Monday, December 27, 2010

India - Entri 2

 TAJ MAHAL.......


Sebuah kuburan tugu cinta yang paling terkenal di dunia, di bina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Mengambil masa selama 22 tahun untuk di siapkan dengan menggunakan seramai 20 ribu orang pekerja. Bangunan yang sangat sempurna dari segi rekabentuk serta reka hiasnya. Di bina dari batu marmar putih sepenuhnya. Disinilah bersemadinya Mumtaz Mahal dan kemudiannya Shah Jahan, bersama2.

Kubur ShahJahan dan Mumtaz

Melangkah masuk pintu gerbang untuk ke Taj Mahal merupakan satu pengalaman yang sukar untuk di gambarkan kerana nun di depan sana tersergam megah sebuah monumen cinta agung dahulu kala. Sebuah binaan yang selama ini hanya aku lihat di mukasurat buku atau di kaca tv. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa aku terpegun melihatnya.

Pelawat bertali arus, tanpa henti dari pagi hingga ke petang.

Kini Taj Mahal menjadi produk pelancongan terpenting India, memang bijak maharaja Shah Jahan, walaupun beliau membelanjakan wang yang banyak semasa membinanya dahulu, kini bangunan tersebut menjana pendapatan yang bukan sedikit untuk rakyat dan negara India. Pelancong kena bayar 750 rupee untuk masuk kesini. Ha ha ha... kadang2 aku rasa itulah kewajarannya membuat projek mega. Bukan untuk untung segera, tetapi untuk di nikmati oleh generasi kemudian.

Walau pun aku kurang gemar 'posing'... namun ku gagahkan juga, kerana di belakangku adalah TAJ MAHAL.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk melangkah kakiku kearah tamannya yang saujana mata memandang itu. Aku berdiri lama... menikmati keindahan seni bina Mughal itu. Sambil sekali sekala menekan shutter kamera. Manusia yang bertali arus masuk, kadang2 melanggar aku. 'Aku sudah berjaya menjejakkan kakiku ke Taj Mahal' kata hatiku, kini cuma dua tempat lagi yang mesti aku jejakkan kaki iaitu, egypt dan Masjidilharam. Insyaallah, tahun 2011 aku akan kesana. 

Tekadku.


Tuesday, December 21, 2010

INDIA: entri 1

Tompok-tompok BUKAN tahi unta...

Bagaimana aku ingin ceritakan tentang sebuah negara yang kisahnya telah banyak di tulis sepanjang peradaban manusia ini. Mungkin dari sudut 'terkejutnya' aku apa bila melihat India dengan mata kepala sendiri buat pertama kalinya... :)
Banyak perkara2 yang aku rasa agak aneh dan tidak dapat di terima akal, pada awalnya. Namun hal itu beransur2 menjadi pemandangan biasa. Lalu aku pun 'alah bisa tegal biasa' jadinya.

Sewaktu ketibaan aku pada 11 dec 2010, India berada dalam awal musim sejuk. Suhu di lapangan terbang Indira Ghandi berada sekitar 5-8 darjah celsius. Pada ukuran kita orang Malaysia, itu dah sangat sejuk :). Keadaan di airport..OK. Namun ianya agak berbeza apabila kami mula merentas bandar Delhi untuk ke hotel, barulah aku rasai betapa berbahayanya memandu di Delhi ini...

Apa yang aku lihat, cara pemanduan mereka sangatlah kelam kabut, selit menyelit perkara biasa, hon di bunyikan sahut menyahut. Bagaikan satu pesta 'hon'. Anehnya tiada orang yang marah jika di hon. Kalau di Malaysia, pasti dah kena jegil biji mata. Kereta, motosikal, lori membelok tanpa signal ( atau memang dah tak ada lampu signal ha ha). jalan 2 lorong jadi 3 atau 4 lorong. Dari jauh kita boleh lihat perkataan "PLEASE HORN atau BLOW HORN" tertulis dalam pelbagai warna di bontot2 bas atau lori, kini fahamlah aku bila orang di sana begitu mudah menekan horn..... ha ha ha.... lain padang lain belalang ......
Percayalah... yang bertompok2 tu adalah najis manusia... kering dan basah ha ha ha.... hati hati jalannya cik ritz oiii....

Seperkara lagi adalah tentang kebersihan, hampir semua kawan2 aku berpesan apabila ke India, jaga makan dan minum, kerana tahap menjaga kebersihan disana jauh berbeza dgn di sini. He he... kat India kita boleh melihat manusia kencing dan berak di tepi tepi jalan.... mereka boleh kencing di tembok2 tepi bus stop atau dinding2 kedai... ha ha ha jangan sekali2 menyandar sesuka hati di tembok2 di sini..... bahaya beb! Mereka boleh berak di atas kaki lima jalan atau di mana2 sahaja tempat kosong. Sumpah!! dulu aku tak percaya apa yang orang cakap, kini selepas melihat dan mengambil gambar perbuatan mereka itu baru lah aku percaya... jadi kalau ke India, disamping mata memandang sekeliling, jangan lupa pandang kebawah... ha ha ha

Satu pertandingan di pagi hari?


sekali lagi... LAIN PADANG LAIN BELALANG....

DUNIA INI BULAT......

Hampir dua tahun yang lalu aku pernah menulis dalam blog ini tentang bekas tempat kerja lama aku yang bergelar DAtangWAlauMAlas itu, tentang bagaimana ianya melayan pekerja2 nya bagai sampah. Sebuah syarikat bumiputera seratus peratus yang sepatutnya menjadi payung kepada pekerja Bumiputera yang bernaung mencari rezeki di dalamnya. Namun apa yang terjadi tidaklah sepertimana yang diharapkan. Bagaikan mengharap panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari rupanya.

Pada mesyuarat pertama di syarikat itu ( 2002) aku telah melihat bagaimana 'dendam' telah menyebabkan seorang penolong pengurus pemasaran telah di maki hamun oleh salah seorang 'tuan punya' syarikat. Kenapa aku mengatakan 'DIA' itu tuan punya syarikat?? ... kerana ayat kegemarannya adalah "this is my company, bukan kompeni bapak kau punya"...

Semenjak itu setiap tahun ada sahaja para pekerja yang mengundur diri terutama dari kalangan pengurusan. Namun itu bukan lah satu hal yang pelik, pekerja datang dan pergi. Patah tumbuh Hilang berganti, namun aku tahu mereka pergi kerana tidak mahu maruah di injak injak oleh seorang manusia yang sudah mati rasa.

Kenapa aku mengatakan 'dia' sudah mati rasa?

... kerana sudah tiada rasa belas dan ehsan dalam dirinya terhadap manusia2 yang bersusah payah berkorban untuk kemajuan syarikatnya itu. Aku tak nak cerita lebih lebih kat sini kerana semua itu telah berlalu. 

Namun begitu bak kata orang tua2 'Bumi ini bulat"...' hidup ini bagai roda'... sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah....Hari ini aku mendapat perkhabaran bahawa 'DIA' telah tidak di jawatannya yang sangat tinggi itu... Ada yang kata dia meletak jawatan, ada juga yang kata dia telah di pecat. DIPECAT!!?? gila ka?? itu kan kompeni dia... ha ha ha

Itu lah dia renungan untuk kita semua... kesombongan itu bukan milik manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak sombong. Tapi manusia cepat jadi sombong apabila mula berasa kaya dan berkuasa......

Renung renungkan, sekian.

p.s. : aku dengar semasa diiring untuk mengambil barang2 peribadinya dalam pejabatnya yang hebat itu dia bertanya pada pengurus pentadbiran " apa salah saya di perlakukan begini?"....... erkkk korang rasa apa ek??

Sunday, November 14, 2010

Nak Hasil PRO... carilah PRO....

Hasil nak bagus. Tapi harga nak murah. Akhirnya sendiri yang rugi. Ha ha ha ha...Ini pengalaman aku sendiri ek!! bukan pasal foto tapi pasal website.....kadang2 kita tak dapat berfikir dengan jelas tentang apa yang kita hendak sebenarnya... :).  Ceritanya bila kita ada kengkawan yang cakap dia boleh buat macam2 dan untuk kawan2 boleh bagi harga yang sangat menarik!! dek kerana tertarik, aku pun setuju ajer.....

Masalahnya dengan aku nih... senang jer percaya kat orang.. lagi kalau kawan2, tunjuk jer contoh kat aku sedikit sebanyak, aku kira ON je.... alkisahnya dulu aku ada upah seseorang utk buat website neoedition, selepas ding dong ding dong... punyalah lama, berbulan siaplah site tu. Secara peribadinya aku rasa cam hampeh. Tapi susah gak aku nak komplen sebab aku tak berapa reti ngan benda2 ni, katanya dengan rega tu, itu jelah yang aku dapat. Maka dok lah kat situ web neoedition.com. Tak boleh nak update, tak boleh nak buat apa-apa. ha ha ha. sehinggalah habis kontrak. Aku daftar pulak nama baru neoedition.com.my, sebab nama lama dah kena amik orang. Yang ni mahal sket sewanya setahun, sebab .my katanya. Entah aku tak mengertilah benda2 ni. Aku layan saja. 

Masa ni aku ada jumpa satu kompeni membina web, orangesoft, kalau tak silap. Derang mintak 4.5K untuk buat satu website yang sederhana dengan menggunakan template serta scripting derang. Aku rilek dulu, tup2 ada pulak member yang cakap dia boleh perbaikkan website lama aku tu dengan kos 2k. Pikir punya pikir, timbang punya timbang. Member aku tu cakap dia boleh tolong updatekan sekali dengan syarat aku aku supply bahan. Menarik gak, aku rasa. Jadi aku 'ON' lah.... murah dan dapat bagi member job, pikirku....

Namun 'putaran ganas' tu berulang lagi, di samping site tu tak banyak beza dari yang lama, aku juga tak ada masa nak supply bahan utk update site. maka jadilah site tu saling tak tumpah macam yang lama...... tak berubah kontentnya.... ha ha ha. Berlarutanlah hal ini sehingga kontrak habis.

Site perlu dibangunkan semula, jadi aku mencari semula orange soft, namun kini harganya bukan macam dulu. Untuk basic site pun aku perlu bayar dekat 8K, he he he... menyesal aku tak suruh derang buat masa murah dulu. Aku mencari2 lagi... aku jumpa sebuah lagi kompeni bina web yang bertempat di Solaris Dutamas, harganya boleh tahan, kerana dalam 'promo' katanya :). Kali ini aku memilih syarikat yang pro untuk membina site www.neo.com.my ku itu.

Semoga kali ini pilihanku itu tidak silap. Dulu aku telah membelanjakan 6k untuk website yang akhirnya tidak dapat aku manfaatkan sepenuhnya kerana:
1. tidak kelihatan pro.
2. tidak user friendly.

 Kini aku berharap aku membuat keputusan yang betul. Biarlah orang yang 'ahli' membuat kerjanya, barulah hasilnya baik dan memuaskan.

bak kata orang kalau nak hasil yang PRO, kena minta PRO yang buat.... :)

Jadikan ini sebagai satu teladan.
sekian. TK.

Sunday, September 19, 2010

..jadi yang MURAH atau yang MAHAL

HHermmm... hal yang selalu ditanya orang pada aku... ermmm sukar jugak nak jawab. Sekarang ni ada puluhan ribu orang yang mengaku dirinya fotografer. Hal ini senang, kerana di Malaysia, kita tak perlukan sijil, pengalaman, atau kelayakan khusus untuk menjadi fotografer. cukup dengan mempunyai sebiji kamera (kalau boleh DSLR), dah boleh mengaku diri adalah seorang fotografer.

 

Fotografer pulak terbahagi kepada beberapa golongan, ada profesional sepenuh masa, ada yang katanya pro tapi separuh masa, ada yang suka suka tapi sangat berbakat, serta ada yang baru sebulan dua kenal shutter, tapi mengaku hebat. Jangan kita kesah pada golongan2 fotografer ini kerana apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang bayaran kepada khidmat fotografi yang semakin mengecut, dek kerana kecanggihan teknologi digital serta dek kerana ramainya fotografer2 yang sanggup 'potong harga' atas pebagai alasan.

 

antara alasan yang popular untuk potong harga adalah.

1. saya baru belajar.

2. nakkan job pertama dari klient 'baru'

3. ketiadaan job.

4. tergoda dengan janji2 klient...'lain kali ada job lagi....'

 

Kesanggupan sesetengah fotografer menerima bayaran yang murah atas perkhidmatan yang di beri sebenarnya menjerut leher sendiri. Perasaan bahawa 'ini merupakan cara untuk menembusi market atau klien baru',adalah salah. Fotografer merasakan bahawa lain kali boleh lah harga dinaikkan.... namun apa yang berlaku adalah setiap kali mendapat job dari klient tersebut, upahnya tak boleh di tinggikan malah klient tersebut akan menggunakan 'harga rendah' itu sebagai benchmark untuk menekan fotografer2 lain pula. Yang jelas mengaut untung di sini adalah klient, kerana setiap kali berurusan dengan fotografer baru, mereka akan meminta harga rendah dengan alasan 'sebagai pengenalan'.

 

Belajarlah untuk berkata 'tidak' terhadap urus niaga yang jelas tidak menguntungkan kita dan rakan2 fotografer lain. Dengan cara itu sahaja klient akan memahami bahawa kita  bukannya monyet yang menekan2 shutter, terus jadi gambar. Kita adalah insan kreatif yang bertungkus lumus serta berusaha untuk melahirkan hasil kerja yang terbaik, penat lelah kita mestilah di imbangi dengan bayaran yang setimpal.

 

Sekian, renung2kan... dan selamat menggambar.


Wednesday, August 11, 2010

Hyper Portrait Kota Bharu 2


Para peserta kursus Hyper Portrait di KB

Berakhir sudah sesi kelas hyper portrait ku di Kota Bharu yang telah berlangsung selama 2 hari. Satu sesi yang sangat mengujakan. Dengan jumlah peserta yang begitu ramai, sesi tersebut tetap berlangsung dengan jayanya. Terima kasih pada pihak penganjur Digimarc academy, yang telah mampu menjayakan bengkel ini dengan begitu baik sekali.
peniup serunai yang di bawa khas dari pasir mas....

Melihat pada hasil2 kerja para peserta, aku yakin mereka telah dapat memahami dan seterusnya menerapkan editing cara hyper ku yang sangat mudah itu ke atas foto2 mereka. Memang terdapat perbezaan antara satu peserta dengan satu peserta, hal ini kerana setiap dari mereka mempunyai pengalaman dan latar penggunaan photoshop yang berbeza. Namun aku percaya dengan latihan yang konsisten serta gabungan dengan kemahiran2 editing yang mereka ada , maka gambar2 potret mereka akan menjadi lebih baik, malah mungkin akan lebih baik dari gambar2 hyper kepunyaanku.

Akhir sekali aku berharap para peserta menggunakan ilmu hyper mereka untuk menghasilkan gambar2 yang cantik dan 'munasabah' dari segi editingnya..... serta mampu mendatangkan pulangan yang berpatutan kepada mereka.

Sekian.

Thursday, August 5, 2010

Hyper Portrait di Kota Bharu...

Bermula lusa, iaitu pada 7 dan 8 ogos 2010 akan berlangsung sesi ketiga bengkel editing hyper portrait ku untuk tahun ini. Ianya akan berlangsung di bangunan Perpustakaan Negeri Kelantan di Kota Bharu. Pihak penganjur bertungkus lumus untuk menyempurnakan event itu dengan sebaik mungkin. Hebat Abe JO ngan Abe R'zley weh... banyak malam doh tak cukup tido... Terima kasih kerana bersungguh2 dalam menjayakan bengkel foto ini.

Melihat pada persiapan2 yang telah di lakukan aku rasa sungguh kagum kerana begitu teratur dan rapi. Sehingga kini mereka belum memaklumkan berapa ramai yang akan hadir, cuma katanya 'ramai'... aduss.... berapa ramai tu..??

Sesi kali ini juga dikembarkan bersekali dengan bual bicara foto bersama Saudara Bazuki Muhammad dari Reuters. Beliau merupakan seorang fotografer yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi... feymess sudaa.. :)

Sunday, July 25, 2010

Seminggu Bersama RARINDRA PRAKARSA....

Dayak Losarang.....

Pada tarikh  16-23 julai 2010 aku telah mengikuti  kembara foto bersama Rarindra Prakarsa, seorang fotografer ternama dari negara seberang, Indonesia. Selama seminggu aku dan teman2 fotografer lain berkunjung ke tempat tempat yang sangat menarik untuk di foto. Secara jujurnya kedatangan aku adalah untuk melihat, memerhati, serta mempelajari cara sang maestro foto ini bekerja.

 

Pengukir topeng di Indramayu....

Kesimpulannya adalah beliau merupakan seorang yang sangat sederhana dan merendah diri. Beliau juga mengambil gambar dengan membawa peralatan yang sangat minima, sebuah kamera dan 3 lens. Aku kira lens fevretnya adalah 135mm 2L dan 50mm. Hampir sepanjang masa aku melihat lens 135mm itu melekat pada kameranya. Tergantung di beg galasnya adalah sebidang reflector bersaiz kecil, yang biasanya di gunakan untuk membalikkan cahaya kepada wajah subjek.

 

Pemandangan pagi di Tasik Situ Gunung....yang terletak di Sukabumi.

Setelah melihat sendiri cara beliau ‘membuat’ gambar, samada mencari subjek, menentukan angle, memberi arahan sehinggalah saatnya menekan shutter, membuatkan aku sedar bahawa gambar yang baik tidak  selalu ‘datang’ kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan ‘mencipta’ gambar, agar gambar yang kita hasilkan tidak sama dengan gambar2 orang lain. Semua orang bisa menggambar, tapi tidak semua orang bisa mendapatkan ‘gambar’.

 

Aku dan Rarindra.....

Sudah bertahun tahun aku melihat gambar2 beliau di fotografer.net. Kini aku berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat cara beliau menghasilkan foto2nya. Rarindra terkenal dengan foto2 yang memperlihatkan ‘ray of light’. Sehinggakan ada yang mengandaikan bahawa ROL tersebut merupakan hasilan dari photoshop. Juga terdapat ramai fotografer2 yang cuba meniru gaya foto beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Nampak gayanya keberhasilan terbesar aku pada kali ini adalah bukan foto2 yang ku bawa pulang, tetapi pemahaman ku tentang bagaimana hendak menghasilkan gambar2 yang memperlihatkan ROL serta mempunyai kesan seperti sinematografi wayang gambar.

Wednesday, June 2, 2010

PhotoTravel Semporna













Pengail kecil di Pulau Omadal.

Salam rakan2 semua,
Aku baru sahaja menyelesaikan trip pertama aktiviti Photo Travel yang aku jalankan bersama sama rakanku mr. Zamrud. Perjalanan pertama ini kami buat ke Pulau2 sekitar Semporna, Sabah. Tempat ini adalah merupakan syurga bagi peminat2 fotografi kerana terdapat begitu banyak benda yang boleh dijadikan subjek foto, dari lanskap hinggalah kepada manusianya. Segalanya memukau.













Semua orang galak mengambil gambar.

Pada awalnya aku tidaklah menjangka projek ini akan berjaya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semua peserta yang terlibat begitu berpuas hati kerana mereka berpeluang untuk melihat sendiri gaya hidup masyarakat Bajau Laut, yang  tidak bernegara itu. Di samping itu
 mereka juga dapat mengambil gambar2 yang sukar utk di temui di tempat lain di Malaysia ini.
Terdapat juga peserta yang ingin lagi menyertai trip ke Semporna ini di masa akan datang. Hal ini amatlah mengujakan serta membakar semangat aku dan zamrud untuk meneruskan aktiviti ini di masa akan datang.

Mendarat di Pulau Sibuan.

Kami merancang untuk mengadakan trip kedua ke Semporna dan kawasan sekitarnya sewaktu bulan mengambang, kerana suasana malam bulan mengambang di pulau2 di situ adalah umpama siang hari. Untuk trip kedua ini juga kami akan mengubah tempat2 yang akan dilawati. Jadi kepada fotografer2 diluar sana yang berminat, tungguuuuu.... :)

sekian.


Saturday, May 15, 2010

Biar Foto Yang Bicara 3













Kulit buku - Malaysia-The walk of life.

Photographer : Yaman Ibrahim
Size : 8" x 10"
Pages : 164 - full color
Finishing : Matt Lam + Spot UV

Two types of Cover

> Hard Cover : 157gm Art Paper wrap on 1400gm Chipboard
> Soft Cover : 360gm Art CardProducts:Price for order:

> Hard Cover : RM149.00
> Soft Cover : RM98.00


Syukur Alhamdulillah, akhirnya buah tangan ku untuk pencinta Malaysia dan fotografi di Malaysia khususnya bakal terbit tidak lama lagi. Setelah meneliti pandangan2 yang di beri oleh pelbagai pihak di FB, akhirnya aku memilih gambar rumah suluk ini sebagai kulit buku, kenapa?

Kerana setelah meneliti akan buku2 tentang Malaysia di kedai2 buku merata Ibu kota, aku dapati hampir kesemuanya menggunakan KLCC di kulit mukanya. Seakan akan imej KLCC itu, walau bagaimana bagus sekali pun agak kurang mampu menarik mata pengunjung kedai buku. Aku faham bahawa KLCC itu merupakan lambang kemajuan negara ini, namun imej 'rumah suluk' yang aku gunakan ini juga merupakan sebahagian realiti kehidupan rakyat Malaysia, dengan peratusan yang agak tinggi juga.

Pendekatan 'Photo album' telah digunakan untuk menghasilkan buku ini. Ini kerana aku berharap ianya akan wujud sebagai sebuah buku fotografi, bukannya buku pelancongan. Pun begitu ianya boleh juga menjadi panduan kepada pelancong untuk lebih memahami Malaysia menerusi foto.

Akhir sekali aku berharap kepada rakan dan taulan agar dapat memberi sokongan kepada buku ini. Aku faham mungkin ada yang berasakan harganya agak mahal dan membandingkan dengan buku2 keluaran luar negara. Tapi fahamilah bahawasanya buku ini di cetak dalam jumlah yang sangat terhad (cetakan Malaysia), berbeza dengan buku2 luar negara yang dicetak dalam jumlah yang sangat banyak (di China pulak tu.. tapi masih dijual dgn harga tinggi).

Sokongan anda sangat2 di hargai....
sekian.
TK.

Monday, May 10, 2010

Biar Foto Yang Bicara 2

biar biar biar biarkanlah  mereka yang tidak mengerti itu mengarut tentang hal2 sampingan yang tidak membantu sesebuah karya............

foto merupakan sebuah karya seni?
masih boleh diperdebatkan.......

foto untuk komersial?
pun boleh dibincang panjang lebar......

foto engkau bagus?
belum tentu......

foto aku hebat?
siapa cakap..........

engkau bagus?
aku hebat?


aku rasa bukan diri sendiri yang memberi jawapan......
BIAR FOTO YANG BICARA

gambar hiasan semata mata........ :)

Wednesday, April 28, 2010

BIAR FOTO YANG BICARA


















Kedua2 cadangan kulit ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari rakan FB aku. Masing2 dengan pendapat yang 'masuk akal'. Terima kasih semua. Keputusan belum lagi di buat. :)


Selama bertahun tahun aku menekuni fotografi digital tanpa jemu2 hanya dengan satu tekad, bahawasanya pada suatu hari nanti aku boleh menghasilkan sekurang kurangnya sebuah buku tentang Malaysia bertunjangkan foto2 yang aku ambil. Alhamdulillah nampaknya cita cita aku semakin hampir menjadi kenyataan.Selama setahun lepas aku mula mengumpulkan bahan2 yang sesuai untuk buku aku, 'my malaysian journey'(mungkin akan bertukar tajuk lagi?).

   Kebanyakan gambar2 yang aku pilih lebih menjurus pada dokumentari dan jalanan, kerana itulah genre fotografi kegemaran ku. Aku cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum melalui gambar2 yang aku ambil. Aku sedar bahawa buku ini bukanlah boleh menggambarkan secara total tentang malaysia, tapi aku harap ianya sedikit sebanyak dapat memberi sedikit gambaran tentang negara ini kepada masyarakat dalam dan luar negara.

  Mungkin kita tidak sedar tentang betapa kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud di Malaysia ini sangat unik dan sukar di temui ditempat lain. Persembahan buku ini dibuat seringkas mungkin, tiada cerita panjang berjela, hanyalah foto dan keterangannya sahaja. Aku benar2 berharap "Biar Foto Yang Bicara".

  Gambar2 yang termuat dalam buku ini juga merupakan satu manifestasi dunia fotografi digital, kerana bukan semua gambarnya berada dalam keadaan 'pure', ada gambar yang mengalami proses editing seperti HDR dan sebagainya. Golongan 'purist' mungkin akan melihat hal ini sebagai  kurang sihat, tetapi aku sentiasa percaya bahawa menggunakan teknologi yang ada tidak salah, asalkan tidak menambah atau membuang elemen2 yang terdapat di dalam foto. Aku berasakan kita akhirnya akan akur dengan perubahan teknologi, jadi apa salahnya jika kita menjadi antara orang yang terawal mengikut arus perubahan. Atau kita akan di tinggalkan jauh di belakang.

Aku benar2 berharap bahawa buku ini bukanlah merupakan buku ku yang pertama dan terakhir. Aku juga berharap akan sokongan rakan2 dan umum keatas buku ini, kerana cetakan pertamanya adalah terhad. :)

Akhir kata: Biar Foto Yang Bicara.....

sekian.

Sunday, April 4, 2010

ada apa dengan 'PERTANDINGAN FOTOGRAFI'

Kalau kita bercakap pasal fotografi, pasti tak boleh lari daripada "pertandingan fotografi". Ada banyak pendapat tentang pertandingan foto ini, ada yang suka dan sudah pasti ada yang kurang suka. Sebabnya ada pelbagailah.. dari yang munasabah, sampailah kepada yang tidak masuk akal.

Ada apa sebenarnya dengan 'pertandingan foto' ini???

Kalau nak ikutkan aku senang saja lah:

1. melaluinya kita boleh menunjukkan bakat kita pada umum.
2. 'work' kita mudah di kenali ramai.
3. kita juga akan di kenali ramai.
4. mudah nak 'mencari makan' dengan fotografi.
5. paling penting... habuannya yang bukan sedikit, sekiranya kita menang.
6. untuk menang, kita terpaksa menghasilkan foto yang bagus dari segenap segi.

Namun terdapat juga orang2 yang memandang rendah pada fotografer yang gemarkan pertandingan. Hermmm... apa sebabnya secara tepat tidaklah pula dapat aku butirkan. Aku rasa untuk memenangi sesuatu pertandingan, foto kita perlu bagus, ikut tema, tepat dari segi teknikal dan sebagainya. Tapi ada setengah2 orang yang sudah lama dalam arena fotografi ni, memandang rendah atau sengaja merendahkan fotografer2 baru yang ingin mencuba nasib di bidang ini melalui pertandingan2 fotografi.

Pendapat aku mudah saja; GO for It lah..... yang penting kita tidak mengganggu gugat orang lain, serta kita dapat membuktikan kebolehan kita. kerana akulah 'FOTOGRAFER PERTANDINGAN'.

Sekiranya ada rakan2 yang memenangi pertandingan, aku tidak pernah mengungkapkan ayat "aku saja jer tak masuk pertandingan tu", kerana ini adalah ayat yang lahir dari manusia pengecut dan pendengki yang boleh memusnahkan bangsa!!

JOM IKUT AKU KE TAIPING ' NIKON PHOTO HUNT 2010' PADA 11/4/2010.

Thursday, March 11, 2010

NEO STUDIO












Neo Studio is a photography studio located in Platinum Walk, Setapak. Its facility designed to work for you and your clients. Neo Studio provides a space to foster and nourish creativity. Our 20ft x 20ft private space is an average space to encompass still, domestic and creative portraiture with medium sets, yet intimate enough to provide a comfort environment.

Contact
Neo Studio • 60-2, block H, Platinum Walk, 2 jalan Langkawi, Taman Danau Kota 53300 Setapak, Kuala Lumpur. • Tel.Fax – 03.4142.5733

Equipments
a. 3 X 600watt Profoto compact
b. 2 X 400watt Elinchrom D-Lite 4
c. Sekonic Digital Flash Meter
d. Camera Tripod
e. 3 X Lowell video light
f. 6 panel motorised back drop (white, grey, black, red, airbrush green, air brushed orange)
g. 1 X industrial fan

additional: Barn door, snoot, soft box. Reflector ( silver/white/gold), portable diffuser Area Setup: 18x20’ shooting area fully carpet with grey wall + 4 windows for available light shooting (facing KL skyline) 9 and half feet high ceiling Fully aircond.

Comfortable Waiting area – wi-fi available Reference books and magazine on photography and design.

Rental Rates
Monday to Friday
RM80 per hour, minimum 2 hours.
4 hours (half day) RM280
8 hours (1 day) RM480

Sat & Sunday or Public Holiday
RM100 per hour, minimum 2 hours
4 hour (half day) RM350
8 hour (full day) RM650

* Less 10% for student with 'student ID.'
Working hour start from 9am to 8pm

For Booking call
Ritz - 019.304.4533
Yaman – 019.644.8383


    Monday, March 8, 2010

    Hyper Portraits with Yaman Ibrahim













    Ada beberapa orang teman yang bertanya aku, apa itu hyper portrait? Tidak pernah dengar istilah itu, kata mereka. Sebenarnya itu adalah istilah yang aku gelarkan keatas foto2 potret yang kini banyak di paparkan di media cetak, terutama iklan. Kebanyakan iklan memerlukan imej yang 'terlebih real', maka sebab itu lah kita melihat foto2 yang menghiasi iklan kelihatan sangat cantik dan 'terlebih real'. Namun untuk menghasilkan foto2 sebegini bukan mudah. Banyak hal yang perlu di perhatikan, terutamanya lighting. Hal yang tidak kurang penting juga adalah kemahiran editing.

    Untuk mendapatkan kemahiran ini, kepada sesiapa yang berada di Kota Kinabalu, boleh mengikuti bengkel saya di Studio Pesona pada 27 mac.


    Saya akan berkongsi dengan anda tentang bagaimana setting lightingnya, serta bagaimanakah cara editing yang termudah untuk mencapai hasil 'Hyper Portraits', Pengetahuan yang anda dapat ini membolehkan anda mengedit portrait dengan lebih baik, dan kelihatan lebih profesional. 

    Saturday, February 20, 2010

    PHOTO TRAVEL with Yaman Ibrahim & Zamrud.













    tarikh: 28-31 mei 2010
    tempat: Semporna, Maiga, Omadal, Sibuan, Kiring Dingan.
    harga pakej: RM1,300.* untuk:
    - 4D 3N di hotel Dragon Inn.
    - teksi airport dari Tawau-Semporna-Tawau.
    - perkhidmatan bot.
    - 1x lunch di Tampi2 seafood rest.
    - 3x makan malam.

    •• terhad kepada 6/12 orang sahaja.
    * harga tidak termasuk tiket penerbangan.

    Tempahan dan pembayaran sebelum 28/4/10

    aturcara:
    - 28/5/10 - tiba di airport Tawau, terus ke Semporna menaiki teksi.
    - daftar masuk hotel, Dragon Inn ( hotel terapung ).
    - makan tengahari di Tampi-tampi (makanan laut)
    - ke pantai dekat Pulau Tiga.
    - 29/5/10 - ke Pulau Maiga dan Pulau Sibuan.
    - malam, sesi photo review.
    - 30/5/10 - ke Pulau Bintang Biru (Kiring Dingan) dan Pulau Omadal.
    - malam, sesi photo review.
    - 31/5/10 - street photography di sekitar bandar Semporna.

    Kiring Dingan, ada juga menggelarnya Pulau Bintang Biru.....













    di Pulau Omadal....













    penanam rumpai laut, Kiring Dingan...













    sunset di kg. Bangau2, Semporna.
















    sunset di laut, kejauhan kelihatan bandar Semporna.















    Pulau Maiga...

    Sesungguhnya aku berasa sangat bertuah apabila dapat berkongsi indahnya kehidupan yang terdapat dipulau2 sekitar Semporna, Sabah. Air lautnya yang jernih, pasir pantainya yang putih, orang orangnya yang sangat peramah, begitu mengujakan. Semporna dan pulau pulau sekitarnya merupakan syurga gambar bagi fotografer.

    BERMINAT SILA CALL 019 6448383 / 019 3044533 atau email: yamanz66@gmail.com

    Sunday, February 7, 2010

    Pak Muin, drebar bot...


    Pulau Maiga....

    Pak Muin, seorang lelaki separuh baya berketurunan Bajau yang sangat peramah. Kerjanya sebagai pengendali bot penumpang di Semporna Sabah. Orangnya sangat mudah tersenyum dan sangat senang di dekati. Dia juga seorang yang senang bertolak ansur, terutamanya tentang harga sewa botnya...

    Rumpai laut......

    Ini adalah kali kedua aku menggunakan khidmat Pak Muin dan botnya untuk ke tempat2 tertentu di Semporna. Tahun lepas aku dan geng2 fotografer telah menggunakan bot Pak Muin untuk ke pulau Mabul, tahun ini aku dan fotografer dari geng NeoStudio sekali lagi menggunakan khidmat Pak Muin untuk ke Pulau Maiga, Omadal dan penempatan Kiring Dingan yang terletak di tengah2 laut serta ke tempat2 menarik sekitar Semporna.

    Pak Muin dan saya.....

    Aneh sikit Pak Muin ni adalah dia suka membawa isteri kesayangannya yang di panggil 'darling' bersama2. ha ha ha... mungkin untuk menghilangkan rasa bosan bila terpaksa menunggu kitorang merayau2 di pulau2. Kali ini kami sempat makan nasi dan kerabu rumpai laut yang disediakan oleh 'darling' Pak muin... boleh tahan juga rasanya....



    Pak Muin dan botnya......

    ps: botnya berinjin baru 40KK.

    Wednesday, February 3, 2010

    Aliff Firdaus.....


    Ahad lepas aku berpeluang, mengambil gambar untuk promo siri tv, Aliff Firdaus yang sedang hangat di tayangkan kat TV3 sekarang. Penggambaran siri TV terbitan RASHBIR Media ini di buat di Sekinchan, Selangor.

    Baru kali ini aku terlibat dan melihat secara dekat penggambaran drama tv di buat, sebelum ini ada beberapa drama tv membuat penggambaran di studio aku, tapi aku tak terlibat secara langsung, jadi aku tak berapa ambil kisah ha ha ha...


    Baru aku tau, rupa2 nya susah jugak nak menghasilkan drama ni, susah jugak jadi pelakon... apatah lagi jadi pengarah... :).
    Apa yang kita nampak kerjaya orang2 dalam bidang ni macam glamer jer..... tapi hakikatnya mereka terpaksa bekerja keras untuk menjelmakan setiap baris ayat yang tertera pada skrip, menjadi cerita yang mengesankan.


    Apa pun SALUT!! kepada semua insan2 kreatif di dalam produksi ini.

    Sekian.


    Friday, January 29, 2010

    Joe McNally, Bazuki dan Thaipusam.

    Hari ni pepagi buta aku dah terpacak kat Batu Caves, mengikut kata sahabat aku Bazuki, biasanya semasa Thaipusam, dia akan berada di BC skitar jam 5 pagi. Kenapa? kerana nak mengambil gambar suasana Thaipusam ketika 'magic light' muncul. Sebelum matahari naik akan berlaku suasana langit yang biru sekitar 6 ke 8 minit, itulah yang dikatakan 'golden hour @ magic hour'. Malangnya aku tak pulak terpikir sampai kesitu, erkk... sebab 'magic hour' biasanya digemari oleh fotografer lanskap.

    Bazuki, 'cari gambar'.

    Dalam pada aku melilau lilau di tengah2 ribuan manusia dan puluhan fotografer itu, aku terpandang seorang mat salleh, cam kenal... betullah Joe McNally rupanya, aku tegur cam kenal jerk... ha haha , aku bersalam ngan lagenda strobist, sapa yang tak kenal mamat ni boleh gi sini...
    http://portfolio.joemcnally.com

    McNally sedang cari angle... 

    McNally datang ke KL kerana dia ada Talk di KL, sayangnya aku tak dapat pegi kerana berada di Sabah pada tarikh tersebut.

    Tiba2 bahu aku ditepuk dari belakang, Bazuki rupanya. Kali ini aku dapat belajar bagaimanacara nya dia menghasilkan foto thaipusamnya yang terkenal tidak lama dulu. Ha ha ha.. dia siap dok sebelah lagi.. cuba korang tengok foto kat bawah ni.... 


    Dah lama aku nak tiru gambar Bazuki... he he he

    Monday, January 18, 2010

    Manipulasi Foto...

    'Zaman dah berubah, dunia makin maju, takkan kita masih di takuk lama.' Merupakan ungkapan yang sering kita dengar. Memang betul, sangat2. Dalam sedekad lepas aku lihat perubahan yang sangat ketara terutamanya dalam dunia digital. Perubahan  mendadak dalam teknologi komputer telah menyebabkan kita membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Aku lebih suka melihatnya dari sudut fotografi. Dulu untuk mendapatkan gambar yang bagus, fotografer perlulah membuat persiapan yang sangat rapi serta mesti memastikan segalanya tepat dan betul sebelum shutter ditekan. Kini dengan kemajuan teknologi komputer persiapan ini lebih ringkas jadinya.

    Kemajuan komputer juga memaksa fotografer beralih daripada menggunakan filem kepada digital. Disamping itu juga fotografer mesti mengetahui pelbagai sofware yang berkait rapat dengan fotografi, paling terkenal adalah fotoshop. Bagi fotografer generasi baru, hal ini tidak menjadi masalah, fotografer olskool pula tidak boleh memandang perkara ini remeh kerana foto digital kini bukan lagi satu igauan, malah telah nyata menjelma dan kualitinya semakin mantap hari demi hari.

    Kemajuan teknologi digital ini telah menyebabkan kerja kerja memanipulasi foto kini semakin mudah dan murah. Malah kini anak sekolahan belasan tahun juga boleh menghasilkan foto montaj atau foto manipulasi yang tinggi kualitinya. Dengan  penggunaan sofware yang betul hasil manipulasi foto boleh  menipu mata orang ramai. Kaedah ini sangat biasa digunakan dalam industri pengiklanan. Industri ini memerlukan imej yang ada 'UUmmPhhh' serta berkuasa menarik perhatian orang ramai, jadi pemaparan visual secara melampau (konsep @ kecantikannya) mampu membuatkan kita melihatnya berulangkali.



    7 keping foto yang di gunakan untuk menghasilkan sekeping foto yang hampir mustahil untuk di ambil secara sekaligus.

    Baru baru ini aku mendapat tugasan untuk menghasilkan sekeping foto yang bakal digunakan pada billbod dan bahan cetakan. Fotonya menggambarkan lapan sekeluarga sedang tidur di atas sebuah katil yang sangat besar. Wah! bagaimana hendak di lakukan sesi fotonya, mana datang pulak katil yang boleh muat 8 orang. Di sinilah perlunya kemahiran fotografer dalam memanipulasi foto. Sebanyak 7 keping foto telah di potong dan di sambung agar menjadi sekeping foto seperti yang di kehendaki oleh ejensi.

    Untuk foto jenis ini, peranan pencahayaan sangat penting. Keduduk
    an lampu tidak boleh berubah, kerana foto akhir mestilah mampu menipu mata audien supaya percaya bahawa itu adalah sekeping gambar yang sebenar. 
    ... hasilnya...

    Kedudukan model dalam foto di atas perlu di rancang dengan betul dari peringkat awal lagi, supaya kelak tidak timbul kejanggalan dan proses montaj menjadi rumit. Proses menukar beberapa keping foto untuk menjadi sekeping foto merupakan satu proses yang agak rumit dan menuntut banyak masa serta kemahiran mengendalikan sofware yang tinggi. Proses yang juga di panggil DI atau 'digital imaging' ini tidak semestinya di lakukan oleh fotografer, ia juga boleh di lakukan oleh orang lain yang mahir dengan sofware2 imaging seperti photoshop, paintshop pro, painter dan banyak lagi. 
                                                                 iklan untuk Kota Seriemas

    Untuk foto ini aku melakukan proses DI sendiri. Mak aih... bersekang mata nak menyiapkan nya. Tapi alhamdulillah dapat juga aku siapkan mengikut dateline. Walau bersekang mata, hati puas sebab dapat melihat foto pelik yang terhasil.

    Sekian. :)

    Sunday, January 17, 2010

    FLASH... bounce @ tidak....

    Salam...
    minggu lepas merupakan minggu yang agak panas dalam komuniti fotografer terutamanya di dalam laman Facebook. Kisah bermula apabila ada seorang fotografer perkahwinan terkenal yang dikatakan bertaraf 'jutawan' telah mengeluarkan komen tidak berlapik terhadap fotografer2 press.

    Di sini bukanlah aku nak menyibuk atau mencampuri hal dalam kain orang, tapi aku rasa terpanggil untuk memberi komen tentang hal ini, itu pun dalam blog sendiri jer lah. Ada jugalah aku membaca pelbagai bagai komen, kerana nampak gaya
    nya sesetengah yang terlibat tu merupakan rakan FB aku ( yang pastinya aku bukan kawan fotografer jutawan.. ). Jadi berjela-jela la news feed aku... layann jer lahh.

    Sememangnya komen fotografer jutawan tu sangat lah tidak patut dan kedengaran sangat angkuh. Di tambah pula dengan komen komen tambahan yang dibuat oleh para penyokongnya yang masih cuba menegakkan benang basah. Adoii... merepek betul. Aku tak nak komen banyak pasal fotografer press, sebab aku paham benar kekangan kerja diorang, editor adalah raja. Gambar mutlak adalah pilihan editor. Editor tak peduli gambar tu lighting cantik ke hapa ker.. Yang mereka nak ialah nilai berita dalam gambar. Kalau nilai berita nya terlalu tinggi, gambar blur pun derang sanggup siarkan. Jadi paham paham sajalah.

    Lain halnya dengan genre fotografi yang lain, gambar nak cantik, berseni, sharp @ blur (terpulang pada taste), warna warni, BW.. dan macam macam lagi lah. Ini kerana segalanya boleh di atur. Bukan berlaku secara spontan. Tak banyak foto yang lawa boleh diKandid kandid. Kena plan tuuu... :)

    Menuduh atau mengata orang lain tidak bagus (secara tak langsung, mengaku kita bagus), secara terbuka begitu adalah secara sengaja mencari publisiti murahan. Publisiti jenis ini kadang2 memakan diri sendiri. Walau beribu ucapan maaf di pinta, hati orang orang yang dah terguris dan menyampah susah nak di sejukkan.

    Perkara yang berlaku itu tetap akan menjadi ingatan orang, sekurang kurangnya 3 @ 4 tahun orang ramai akan ingat. Jadi fotografer jutawan nampak gayanya menang jadi arang ni (..dia kata dia terrer, jadi menang lah). Kalau pun dia tu menganggap dirinya seperti bukit , yang tak runtuh dek salakan anjing. Jangan dia lupa, datang jentolak, bukit jadi rata. ha ha ha...

    renung renungkan dan selamat mengambil gambar!

    Sunday, January 10, 2010

    Wedding Photography...

    Kali ni aku nak bercerita pasal fotografi orang kawin pulak. Genre fotografi ni sangat lah popular di kalangan fotografer di Malaysia ni, sementelah pula dengan perkembangan teknologi digital yang sangat pesat. Kalau sepuluh tahun dahulu, tak ramai orang boleh jadi fotografer. Kalau pun mampu beli kamera, tak berapa mampu pulak nak terus bergiat (terutama utk suka suka) kerana kos filem dan cuci yang tinggi. Berbeza dengan masa kini, anak berumur 12 tahun pun boleh ambil gambar, kerana harga kamera digital (SLR atau bukan) yang sangat berpatutan kini, pastu takyah kecoh kecoh nak gi cuci, tengok je kat skrin komputer atau tv.


    Oleh sebab ini lah maka bidang fotografi kahwin kini telah menjadi sangat kompetitif. Pagi beli kamera, petang dah jadi fotografer. Ramai orang yang berasakan bidang ini adalah paling mudah untuk membuat duit. Tapi pada aku bidang inilah yang teramat payah nak buat duit, ha ha ha. Terlalu ramai fotografer yang sanggup menjual khidmat mereka di bawah harga pasaran. 

    Laut bukan biru lagi, malah sudah bertukar menjadi lautan darah yang pekat dan likat

    Hal ini biasanya di lakukan oleh fotografer yang menceburi bidang ini secara sambilan atau separuh masa. Mereka tidak kisah dengan bayaran ciput. Apa apa hal pun mereka masih ada gaji bulanan. Macam macam alasan yang di berikan: nak praktis lah! promosi lah! Walhal jika benar mereka ingin menjadikan bidang ini sebagai sumber kewangan, mereka mesti membantu mengekang harga kerana mereka tidak perlu risau kalau ketiadaan job! Mereka ada kerja tetap! 

    Dengan adanya fotografer yang bersikap begini, maka seiring itu wujud pula golongan pelanggan yang dengan sengaja ingin mengambil kesempatan. Mereka mula membanding bandingkan harga yang mereka perolehi, cuba menekan harga. Kalau boleh nak bayar empat lima ratus jer. Kadang2 mereka masih minta diskaun, walaupun harga telah di persetujui. Addooii. Sikap macam ni tidak membantu industri langsung!



    Hal sebegini amat membimbangkan aku, kerana aku adalah fotografer sepenuh masa. Waima apa genre fotografi aku layan. Janji di bayar. Peliknya dah banyak tahun aku bergelumang dalam bidang ni, dari part time sehinggalah full time, aku jarang mendapat job orang kahwin (boleh di bilang dengan jari). Adakah aku tidak pandai mengambil foto orang kahwin? Atau bakal pengantin berasakan portfolio aku tak cukup banyak? Aku nak lihat selepas ini kerana ironinya walaupun aku jarang shoot wedding, aku telah berjaya meraih gelaran 'PHOTOGRAPHER OF THE YEAR 2009, wedding category' majalah Digital Photographer, UK. 
    keputusan penuh kat bawah:

    Bukanlah aku nak mem'poyo'kan diri, cuma aku nak juga tahu apakah kemenangan ini akan memberi sedikit manfaat keatas kerjaya aku ini. Ha ha ha, jika kemenangan2 aku di masa lepas, telah menyebabkan aku menerima ayat.. " client takut kau caj mahal...

    ErrKK...  cam tu la pulak!

    kemenangan kali ini diharap dapat membantu aku menembusi genre ini dengan lebih jauh lagi.

    Sekian!  :)

    Sunday, January 3, 2010

    flickr aku ...

    Dulu, aku tak layan flickr! mungkin sebab aku tak mengerti sangat tentang fungsinya. Lebih kurang setahun lepas, aku layan flickr! itu pun akaun free.. he he he..
    kalau benda free ni kecanggihannya pun agak terhad. Jadi aku layan flickr berbayar, sekitar 50 USD untuk 2 tahun. Ini dah kira agak murah berbanding dengan site2 foto yang lain. Pada aku bayaran ini berbaloi lah dengan servis yang di berinya. Aku pun bukannya nak yang canggih2 sangat.

    Setiap hari aku upload pelbagai2 gambar yang aku shoot kat flickr! Sekurang2nya sekeping dua aku cuba untuk setiap hari. Kalau dulu banyak juga gambar2 aku yang di upload kat fesbuk! kini tak lagi kerana kualiti gambar yang di paparkan kat FB tu, cam haram! sesekali boleh la di upload kat fb. Demi untuk gambar yang seronok di lihat, aku layan flickr! 

    Seperkara tentang flickr ni aku lihat nak dapatkan trafik untuk melihat gambar kita agak sukar, nak kena tag dan letak gambar tu dlm pelbagai grup, baru la ada orang g tengok. Ada gambar2 yang aku letak di lihat oleh sorang dua jer. Tapi tak kisah lah sebab aku ni baru dok melayan flickr, jadi aku dok heran juga bila tgk ada gambar2 orang yang boleh cecah ribuan hit! bila la aku nak dapat peluang camtu...
    JENG! JENG! JENG!

    Masa untuk ku telah tiba... akhirnya. 
    sekeping gambar bunga api tahun baru yang aku shoot telah di hit lebih dari 2 ribu dalam satu hari, dan photostream aku telah di selak lebih dari 10 ribu kali dalam masa 2 hari... he he ini kira sesuatu yang memberangsangkan! Memang aku tak menjangka ini akan berlaku, kerana sebelum ini tiada gambar yang aku letak boleh cecah 1k hit pun. walaupun gambar tu ada buka bukaan 18! Tak caya korang boleh gi tengok.

    http://www.flickr.com/photos/yamanibrahim/

    Aku harap perkara seperti ini akan selalu berlaku kepada gambar2 ku selepas ini...

    ERMMM permulaan yang baik untuk tahun 2010.....

    SALAM TAHUN BARU...!