Thursday, November 9, 2017

Potret: Pencahayaan Mudah



Mengambil gambar potret di studio boleh di lakukan dengan pelbagai cara. Hasil akhirnya tergantung kepada kehendak fotografer atau pelanggan. Kita boleh saja meniru mana2 cara penataan cahaya yang difikirkan sesuai.

Kali ini mari kita lihat salah satu cara penataan cahaya yang menarik, namun jarang2 di lakukan oleh para fotografer. Biasanya orang menggunakan satu sumber cahaya untuk potret, sekiranga dua sumber cahaya digunakan ianya di gunakan secara tidak seimbang, iaitu satu lampu utama dan satu lagi lampu menyokong.


Cara yg saya nak kongsikan ini adalah bagaimana kita nak menggunakan dua sumber cahaya yang di gunakan secara bersama dan sekata kuasa cahayanya.  Foto A, lampunya menggunakan beautydish sebagai pengubah cahaya. Kedua2 lampu ini di letakkan diatas dan di bawah kepala subjek dengan kecondongan 45* ianya ditembak menggunakan kuasa yang sama banyak. hal ini penting untuk mengelakkan efek 'hantu' pada potret.


Manakala foto B pula menggunakan dua lampu yang menggunakan strip softbox sebagai pengubah cahaya. Ianya diletakkan di hadapan subjek, agak rapat antara keduanya, coma meninggalkan sedikit ruang untuk lensa kamera sahaja. Kedua2 lampu ini juga menggunakan kekuatan yang sama.

Jika anda perhatikan foto A dan foto B, anda boleh lihat cahaya yg seimbang, pun begitu foto A kelihatan agak 'moody' kerana efek dari beautydishnya.

foto di ambil dengan kamera : Fujifilm GFX50s + 32-64mm @50mm f/4 

No comments:

Post a Comment