Sunday, May 25, 2014

Pacu Jawi 2014.


Pacu jawi atau pacu lembu merupakan sejenis sukan lasak yang sangat terkenal di daerah Tanah Datar, Bukit Tinggi Sumatra Barat. Sukan ini begitu terkenal sehinggakan para pelancong dari serata dunia datang untuk menyaksikannya. Sukan ini juga menarik minat ramai fotografer dari serata dunia datang untuk merasai keterujaannya serta mengabadikan foto2 para pemacu lembu itu beraksi.

Dua ekor lembu yang dipacu oleh seorang joki akan berlari dengan deras ke hujung lapangan lumba. Pasangan lembu yang bagus akan berlari secara sekata dan laju, manakala joki yang baik pula akan bertahan selama mungkin di belakang lembu2 tersebut. Seusai acara, akan berlaku proses jual beli lembu pula, lembu2 yang kuat serta bagus dalam acara pacu tadi harganya akan lebih tinggi berbanding dengan lembu2 yang rendah prestasinya.


Menonton serta mengambil gambar acara pacu jawi ini amat mengujakan, kadang2 agak merbahaya. Lembu2 itu mungkin akan berlari kearah kita, jika tidak berhati2 mungkin kita akan di rempuh oleh lembu2 tersebut.


Aku sudah beberapa kali berpeluang mengambil gambar acara ini, pun begitu aku masih berasakan tidak puas. Mungkin juga aku masih belum mendapat gambar pacu jawi yang terbaik. 

Nampak gayanya acara pacu jawi pada 24 mei lepas bukan titik noktah untuk aku memburu gambar pacu jawi terbaik!

Wednesday, May 21, 2014

Setiap FOTO akan mempunyai waktunya…


Berbicara tentang foto2 yang bagus, tidak akan ada hujungnya. Kerana terdapat banyak foto2 yang bagus dari ramai jurufoto yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan yang terbaik. Namun harus di ingat bahawa foto yang bagus mestilah bertunjangkan kepada paksi yang teguh. Yakni, dari segi penceritaan, komposisi,eksekusi, isi, serta hal hal teknikal kamera dan pengeditan.
5 foto ku terpilih untuk tahap pertama GAWPC 2014

Namun jangan terkeliru antara foto yang bagus dan bercerita dengan foto yang cantik semata tanpa pengisian cerita. Agak sukar untuk membezakan ini, kan?
Sering kita bertanya kenapa foto yang kita rasa biasa2 saja tapi mampu menjadi juara pertandingan foto yang besar2. Sebelum itu kita kena bertanya, adakah kita melihatnya melalui mata semata, atau melalui mata dan minda? Jika kita melihat sesuatu hasil karya itu melalui mata dan minda, maka kita akan dapat mencerna intipati sebenar di dalam foto2 tersebut, bukan pada cantiknya semata, tetapi juga kita akan dapat merasai kegembiraan, kesedihan, kesenangan serta kesusahan yg terungkap bila kita menatap foto itu. Kita juga mungkin dapat menelah tujuan foto tersebut diambil.

Alhamdulillah satu dari fotoku ini berjaya melepasi tahap kedua untuk GAWPC 2014. Namun aku percaya foto2 ku yang lain tidak "GAGAL" cuma BELUM WAKTUNYA. SEkiranya foto ini gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, bermakna waktu untuknya belum TIBA.

Foto yang bagus ni ibarat ‘kebenaran’ yang akan timbul juga walau pun cuba di benamkan. Khalayak akan ‘perasan’ akan kewujudannya dan akhirnya akan mula mengangkatnya. Aku suka menghantar foto2 ku untuk pertandingan foto. Terdapat banyak foto2 ku yang ku rasakan bagus tapi tidak berjaya menarik perhatian para juri. Aku tidak bersedih atau berasa lara, kerana aku yakin ‘setiap foto mempunyai masanya sendiri’…

Kita cuma perlu yakin dan percaya.

Sekian.

Tuesday, May 20, 2014

… fajar masih jauh?


Berbicara soal kejayaan, tak kiralah dalam bidang apa sekali pun yang kita ceburi. Pastinya kita amat amat mengharapkannya bukan? Jika kita menjadi penyanyi, makan besarlah harapan kita untuk menjual sejuta album sekurang kurangnya. Jika kita menjadi pelakon, harapan besar jika dapat menjulang Oscar?
Begitu juga jika menjadi, guru, askar, orang politik hatta pemungut sampah sekali pun, kita tetap mempunyai sasaran dan impian tersendiri.

Meh aku nak cerita tentang menjadi fotografer yang berjaya, Senangkah? Ramai orang cakap tak berapa susah, tapi tak jugak begitu senang! Ini bergantunglah pada bagaimana kamu mentakrifkan kejayaan itu. Ada orang, dapat job 2 kali sebulan yang bernilai 6 ribu, dia anggap sudah berjaya. Ada pulak yang kaut pendapatan 15 ribu sebulan dari hasil fotografi pun dia kira masih ciput.

Aku, sudah hampir 8 tahun menjadi fotografer sepenuh masa, masih lagi belum menyentuh jangan kata KEJAYAAN, birai2 nya pun belum lagi…..


Adakah fajar itu masih jauh…?

















POTY maybank kali pertama aku melepas, tapi aku berjaya juga mencapai impian nak jadi POTY maybank, di tahun keduanya.... 2013! KUNCINYA adalah tidak putus asa!


p.s:
AZAM BARU: cari masa update blog yang tak seberapa ni :)