Friday, July 10, 2009

sebok2 orang kawen..

ermmm.. orang yang sebok kawen.... kita kena tumpang galas. kalau adik beradik yang nak kawin memang kita juga terpaksa bersusah payah... baik tenaga atau wang dan benda, bukan nak kata apa, sejuk juga telinga kalau  mendengar perkataan terima kasih! Bukan nak minta atau paksa, tapi baik dari tuan punya kerja atau sedara mara, hatta mak bonda, bisu seribu bahasa. Pada sedara mara dan handai taulan aku ucapkan jutaan terima kasih lah kerana sudi ikut serta dan mengerah tenaga! Tak terbalas akan jasa tu. Pada ahli keluarga baru, pandai2lah bawa diri, jangan tau mengata sombong orang tapi kita menyendiri! Pada adik lelaki yang dah jadi laki, pandai2 jaga kemudi, jangan sampai di kontrol bini, kelak susah di kemudian hari.