Wednesday, April 13, 2011

Berhati hati bila menggambar...


Fotografi jalanan kadang kala agak membahayakan, silap hari bulan kepala boleh 'bertelur'. Dua tiga hari yang lepas aku merayap2 di bandar Kota Bharu untuk mencari sekeping dua gambar. Terlihat olehku seorang tukang kasut sedang membaiki kasut di kaki lima sebuah kedai.

Yang menariknya kedai tersebut adalah kedai kasut Bata. Tukang kasut tersebut menjalankan kerja hariannya betul2 di depan logo BATA. Hal ini sangat menarik perhatianku, apa lagi tanpa membuang masa aku terus mengacu kamera kearahnya. Dalam pemidang kamera, aku dapat melihat beliau bangun sambil mengacukan tukul besi kecilnya ke arah ku, sambil melarang aku mengambil gambarnya.
inilah dia foto yang aku perolehi, tak sempat nak 'shoot' dengan betul... dah kena sergah hahaha... padan muka aku.. :)

Aku memetik shutter tanpa berfikir panjang. Aduss... rupa2nya kamera aku dalam mode 'M'. Gambar jadi OE, biasanya jika ingin merayau2 mencari gambar di jalanan aku setkan kamera ke mode 'A' . Malanglah hari ini, dah lah kena marah, gambar pula tak dapat.

Sekian.

Monday, April 4, 2011

Alahai ITNM...


Hancingnya bau mu...

Adess!! Susahnya aku nak tulis entri ni. Tapi aku kena gagahkan juge agar menjadi panduan kepada rakan2 yang lain.

Ceritanya setahun yang lalu Neo Edition (aku dan beberapa fotografer lain) telah menerima satu ‘job’ mengambil gambar ‘acara’ dari Institut Terjemahan Negara Malaysia atau ringkasnya ITNM.

ACARA tu adalah mengambil gambar acara ‘temuramah sofa putih’ di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010. Temuramah ini berlangsung selama sejam sehari selama 10 hari, iaitu sepanjang pesta buku berlangsung lah. Setelah harga dan syarat2 di persetujui maka kami pun mulai bekerja. Pada hari Lawatan PM tu kerja kami panjang sikitlah, tapi aku rasa tak ada masalah, kami bukannya nak berkira sangat. Apa ada hal, yer tak?

Seminggu selepas acara aku telah menghantar contoh print dan album sebagaimana yang dipersetujui. Kemudian kami di beri lampu hijau untuk print album kedua (kami perlu hantar 2 set album). Invois pun di kirim bersama 2 set album serta DVD yang mengandungi segala foto.

Hari berlalu, bulan berganti lah. Kabar berita apa pun tiada… Selepas 3 bulan ada beberapa kali kami cuba bertanya khabar, jawapan dari bahagian kewangannya adalah: “nanti saya call encik semula…” Yang mana tak pernah sekali pun perempuan ni call kitorang balik.

Bulan lepas, setelah sebelas bulan berlalu, aku cuba2 lah ‘terjah’ ke sana bertanya ‘apa sudah jadi dengan bayaran sejemput yang tertunggak tu?’

JENG JENG JENG!! Tadi kitorang dapat satu panggilan dari ITNM ni ……

“ SAYA NAK PROSES BAYARAN NI, TAPI BOSS TAK PUAS HATI DENGAN GAMBAR2 YANG KORANG AMIK, TAK BERKUALITI, SO KITA NAK BAYAR SEPARUH SAJA, BOLEH BAGI JAWAPAN SEGERA TAK.?.”

HeLLooooooooo... ITNM… Kalau nak main kotor pun agak agak lah, kalau sungguh tak suka kenapa tak cakap dari setahun lepas. Kenapa setelah hard copy kau ambik, soft copy kau sebat, kau drag sampai setahun… alih alih sekarang datang korang punya “TAK SUKA”.

Istilah PELANGGAN sentiasa betul selalu aku dengar. Tapi kalau gini cara dan gayanya, aku cuma nampak betapa ITNM sangat tidak profesional. Aku faham pelanggan berhak untuk 'suka' atau 'tidak suka' atas perkhidmatan yang diterimanya, cuma aku tidak boleh faham apabila tidak suka itu datang lama setelah persetujuan di capai. Aku malas nak maki hamun orang , korang yang baca ni fikir fikirkan lah. Daripada aku tunduk dengan tawaran mereka, lebih baik aku ambik balik segala apa yang telah aku serahkan dulu. Namun untuk aku tunduk pada TAWARAN YANG MENGHINA tu tidak sekali2.

EErrrmm seperkara lagi dalam masa menunggu bayaran job fotografi tu kami ada juga buat rekabentuk iklan untuk ITNM ni, setelah puas pi mai, pi mai buat pembetulan dan segalanya, maka mereka pun bersetujulah dengan reka bentuk iklan tersebut. Tup! tup! iklan tak jadi di siarkan… itu pun mereka suruh kami hantar tuntutan ‘separuh’ jugak. Sampai sekarang kami tak hantar tuntutan. Kerana tak setuju. Fikir2kan lah yang ni jugak hahaha… camana tu boleh derang nak main separuh2, terkena lagi lah kitorang gamaknya.

Inilah dia rupa rekabentuk press ad yang kitorang buat, aku tak tau samada projek ni jalan atau tidak, senyap sunyi... tau tau derang cakap boss suruh kitorang klaim separuh WTF!! Tak pro langsung! patutnya kalau projek tak jalan cakap jerlah kita boleh caj rejection fee , ini tak, derang buat senyap jer... apa derang ingat kitorang meniaga main pondok2 ka?

Korang mesti heran kan kenapa aku boleh terkena sampai camtu sekali? Jawapannya mudah saja… ITNM ni adalah sebuah badan berkanun yg di tubuhkan untuk memperbanyakkan karya2 terjemahan dari English ke BM atau sebaliknya. Aku menaruh sepenuh percaya...maklumlah 'semi gomen' lah katakan. Tapi tak sangka pula ‘BADAN BERKANUN’ boleh jadi macam LANUN.