Sunday, November 11, 2012

Nak Gambar Cantik?.... BUAT!



Ramai di kalangan fotografer yang teringin sangat untuk mendapatkan foto2 yang cantik dan bermakna. Mereka menunggu ‘Tuah’ datang bergolek, percayalah perkara ‘tuah’ datang bergolek amat jarang berlaku. ‘TUAH’ perlu di cari atau di cipta. Segala perkara yang baik akan berlaku pada kita melalui usaha keras yang tidak pernah kenal jemu dan jelak. Segala gambar2 yang bagus akan kita perolehi melalui pelbagai perancangan serta usaha yang tidak kenal jemu. Kita perlu mengenal pasti subjek, lokasi, peralatan, perbelanjaan, teknik dan sebagainya.Gambar yang cantik bukan sahaja berkisar pada subjek, ianya juga bergantung pada lokasi, prop, sudut pandangan, serta waktu gambar tersebut di ambil.

Baru baru ini aku dan JohanAriff, telah berpakat untuk menghasilkan  foto ‘orang menjala’. Di akui bahawa tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang aku kira agak sukar. Kerana foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR bukan? Tetapi TIDAK MUSTAHIL!


Lokasi yang masih lagi rahsia, tunggu sehingga waktu yang sesuai...

Perancangan di buat, pertama pencarian lokasi, yang terletak agak jauh dari Bandar. Letaknya di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Kami menyusuri anak sungai yang di gunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup beras siam tersebut dan ternyata lokasinya amat sesuai sekali.


Rakit di ambil dari tali air di Tumpat...

Kedua, mendapatkan prop utama, iaitu sebuah rakit. Kami mendapatkan rakit tersebut dari sebatang tali air di Daerah Tumpat, Kelantan. Dengan menggunakan sebuah lori kecil rakit tersebut dia angkut ke anak sungai tersebut yang berjarak sekitar 20 km.


rakit naik lori: upah lori RM50



Rakit yang sudah di pindahkan dari Tumpat, kini di Pasir Mas.

Ketiga, mendapatkan orang untuk menjala. Kami bernasib baik kerana ada anak muda di tepi sungai tersebut yang pandai menjala serta sanggup mengambil bahagian dalam projek tersebut.


panjat pokok, berendam dalam sungai: demi untuk gambar



Ke empat, mengambil gambar. Satu proses yang selalu di ambil mudah oleh sesetengah fotografer, serta di pandang amat mudah oleh orang ramai. Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni, bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik.


Untuk pengetahuan semua, di sinilah nanti lokasi praktikal untuk BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA RARINDRA PRAKARSA ke-2 yang bakal dianjurkan lagi di KB pada bulan Mac 2013. TUNGGUUUUUU……

Tuesday, October 9, 2012

Maybank Photo Award 2012.

Maybank Photo Award 2012.

Salam semua. Sudah lama rasanya aku tidak mencatat2 di blog yang tak seberapa ini. Kali ini aku terpanggil untuk menulis sedikit catatan tentang pertandingan fotografi yang hangat di perkatakan oleh para jurugambar amatur dan profesional di malaya ini. Di beritakan bahawa ramai jugak rakan taulan ku yang berminat untuk masuk pertandingan ini, maklumlah ianya di anjurkan oleh bank terkemuka Malaysia, kedengarannya agak berprestij. Namun apabila di lihat pada jumlah kategori yang di pertandingkan, aku rasa agak kecewa. Ini kerana ianya kelihatan terlalu umum dan ada pula kategori tertutup.

Dengan tema utama "BEING HUMAN" pertandingan telah di bahagikan kepada 5 kategori. Empat kategori terbuka, satu kategori tertutup. Apabila aku selusuri gambar2 yang telah di hantar, kelihatannya banyak gambar2 yang mantab! manakala ada juga yang tidak sesuai serta tidak mengikut kategori telah di hantar oleh para peserta, sebagai contoh gambar orang solat dalam masjid di hantar untuk kategori Street Photography?  Manakala gambar pengantin serta orang di tengah padang di hantar untuk kategori Studio Photography? Alangkah menyedihkan bila ada di antara kita yang menghantar gambar2 yang cantik menarik, tapi salah kategorinya. Adakah ini menunjukkan kita ini terdiri dari kalangan fotografer yang kurang ilmu atau kita boleh salahkan penganjur yang terlalu kedekut dengan jumlah kategorinya. Misalnya kategori popular seperti Portraits serta Wedding tidak pula di wujudkan secara khusus.

Walau bagai mana pun aku harap pertandingan ini bakal panjang hayat penganjurannya sehingga ke tahun2 akan datang. Ianya bakal menjadi wadah berkarya kepada para peminat fotografi tanah air, Tahniah untuk Maybank dan pihak2 yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Akhir kata kepada para rakan2 fotografer sekalian JOM kita pakat2 hantar, biarlah orang lain menggelar kita sebagai FOTOGRAFER PERTANDINGAN, kerana orang yang berani sahaja yang sanggup mempertontonkan hasil karya mereka untuk di adili.

Sekian.


Saturday, January 7, 2012

AKU MEMANG TAK PAHAM POLITIK....

Adus! Aku memang bukan peminat politik. Walaupun aku amat sedar bahawa politik amat penting demi kelangsungan bangsa dan agama serta negara. Apa yang aku lihat semenjak dari zaman pelajar lagi, aku nampak para anak muda bergelar mahasiswa, mencuba sedaya mungkin untuk menonjolkan diri mereka di tengah2 medan politik kampus dan seterusnya politik kepartian. Biasanya parti2 politik pembangkang banyak mendominasi suasana politik kampus, maka kadang2 terjadilah tunjuk perasaan secara kecil kecilan di kampus. Atau terdapat beberapa kerat dari para pelajar yang kononnya ekstrim melibatkan diri dengan kegiatan tunjuk perasaan yang lebih besar di luar kampus.

 Senario zaman aku di kampus tahun 80an itu nampaknya tidak berbeza dengan senario di zaman 60 @ 70an. Malah sehingga kini pun ianya masih berlaku. Aku dapat lihat beberapa pelajar universiti yang kononnya mempunyai lebih kesedaran dari rakan2 yang lain, kelihatannya tidaklah bijak mana bila berhujah. Adus! malang sekali peluang belajar untuk meningkatkan martabat diri, keluarga , serta bangsa dan agama itu di sia siakan begitu sahaja. Kelihatannya mereka begitu mudah digula gulakan oleh pihak2 berkepentingan. Akhirnya yang menanggung padah adalah mereka dan keluarga2 mereka.

Harus di ingat, Gula gula, yang di beri oleh mana2 pihak sekali pun sangat lah MANIS! jadi adalah menjadi tugas kita sebagai insan yang berakal serta bijaksana untuk memilih kemanisan dari siapa yang tidak membawa kecelakaan. PILIH dengan bijak, APABILA TIBA MASANYA.

Akhir kata, jangan dok berkokok serta berarak melulu lulu, tapi tak pergi mengundi , apabila tiba masanya. Nanti di kata dek orang bagai ayam jantan yang berkokok berdegar2, tapi ekor penuh berlumur tahi... :)

renung renungkan dan selamat beramal.
sekian.