Monday, February 14, 2011

INDIA - Entri 6 / makan & makanan


Jauh berjalan, luas pandangan.... perut pun lapar.. HHaaaHH.. :). Kalau nak cerita bab makan ni, aku jenis yang memilih sikit. Bukan nak pilih yang mahal, cuma aku sentiasa bimbang kalau kalau makanan yang aku nak makan tu tak kena dengan tekak aku ajer... Setakat ini, walau kemana aku pergi, aku belum pernah lagi terpaksa berlapar. Bagaimana pulak di India, negara yang baru pertama kali aku kunjungi.

Hari pertama aku di India, aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bernama KAREEM yang terkenal seantero dunia yang terletak di Old Delhi. Mengikut kata menunya, kedai ini pernah di nobatkan oleh majalah TIME sebagai berada dalam 50 senarai terbest di Asia. Kalau kita buka mana2 buku travel berkenaan Delhi, pasti kita juga akan terbaca berkenaan kedai ini. Tak susah nak mencari kedai ini, berada hampir dengan Jama' Masjid, hampir semua tukang beca tau tempat ini.

Makan di Kareem, bagaikan makan di kedai nasi kandar LineClear di Penang, menunya hampir sama, harganya juga lebih kurang. Mungkin sedikit murah sekitar 30%. Aku suka sekali dengan kari ayam dan ayam tandoorinya... WAHH!! memang terangkat. Untuk hidangan yang boleh membuntang kan empat orang (aku maksudkan benar2 kenyang), kita kena bayar sekitar 1,000 rupee... hehehe.. dekat seratus ringgit juga tu....

Restoran Noore Ilahi yg terletak di kawasan Muslim di Jaipur ini menjadi kunjungan ramai, makanannya murah dan sangat lazat... untuk mengenyangkan 4 orang kita cuma bayar sekitar 300 rupee saja....

Di India, sekiranya nak makan di restoran2 besar, kosnya agak tinggilah, boleh mencecah 1,000 rupee utk sarapan yang simple.... jadi aku memilih untuk mencuba makanan dan restoran yang biasanya dikunjungi oleh orang kebanyakan. Mungkin bagi setengah2 dari kita 'tak sanggup' nak makan kat situ... :). Pada aku, apa ada hal... layan ajer.....

Penjual kurma di pinggir Jama' Masjid Old Delhi, dah lama aku tak tengok kurma bertempek2 macam tahi kambing ni, kurma jenis ini biasa di dapati di Malaysia sekitar tahun 70an gitu, kini orang Malaysia makan kurma yusuf tayyoub... yer tak?

Bila berada di Jaipur aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bergelar 'Hotel Nor Ilahi', aku pun kurang periksa kenapa kebanyakan kedai makan di Jaipur ada perkataan hotel, walau pun kedainya macam nak roboh. Kari ayam dan Tandoori di sini amatlah lazat sehingga aku datang berulang kali untuk menikmatinya, hahahahahah.......

Wanita ini sedang menyediakan 'chai' untuk aku dengan menggunakan bahan api dari tahi lembu. Percaya atau tidak, aku layan ajer chai tu habis secawan... hahahaha sedap juga...

Selain dari menjaga makan, di India kita 'AMAT' perlu menjaga air minuman yang di minum, aku hanya minum air mineral atau air tin sahaja disini. Takut kena dairea atau penyakit2 yang seangkatan dengannya. Namun begitu ada beberapa kali aku minum 'chai' atau teh susu panas yang dijual ditepi2 jalan. Secawan kecil chai dapat membantu menghangatkan badan yang kesejukan....

Sekian.

Sunday, February 13, 2011

Hikayat 1001 Kawan #2

Kata orang berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu.... HHaaaAhhHH!!
Bolehlah dipercaya kot! sebabnya ada segelintir manusia yang kita panggil kawan ni ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kealpaan kita. Jadi.... kawan datang... kenyang!!.... kawan pergi.

Orang kata kalau kita berkawan jangan kita terlalu berkira, tolong menolong apa terdaya. Namun terdapat juga kawan yang semasa susah datang bertandang, bila senang dia menghilang! Tapi orang tetap juga berkata jadilah insan pemaaf, namun apa yang terjadi perkara sama tetap akan berulang! Walhasilnya siapakah yang akan menjadi manusia 'bodo' dalam situasi ini?

Wahai Wahai Wahai..... insan yang bernama 'kawan'.... kalau beginilah perangai kau.." Pergi kau berlakon disana, Buat apa kau datang berdrama di sini!!"

MEMANG SUKAR MENCARI RAKAN SEJATI!!!

sekian......

Friday, February 11, 2011

INDIA - Entri 5 / Dhobi Ghatt


...dari kejauhan kelihatan pakaian dan kain dijemur...... biasanya orang lelaki yang menjadi pendobi...

Bila kereta yang aku naiki melalui jambatan merentasi sungai Yamuna di Agra, aku memandang jauh ke bawah... kelihatan hamparan kain2 berwarna warni sedang di jemur di tebing sungai Yamuna. Kelihatan juga ramai orang sedang membanting kain ke batu2 yang terletak di gigi air.Nampaknya membasuh pakaian cara tradisi ini masih diamalkan dengan meluas di India. Dobi ini juga memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di kawasan sekitar sungai ini.Aku telah mengunjungi 'dhobi ghatt' tersebut. Ternyata mereka membasuh, merebus dan menjemur kain2 itu di tebing sungai Yamuna tersebut.

... aku kurang pasti apa tujuan mereka merebus kain2 tersebut, sukar utk mendapat kan maklumat dari mereka kerana mereka cuma bertutur Hindi...

Mengikut maklumat yang diperolehi dari pekerja2 dobi itu, kain2 yang di basuh itu adalah kepunyaan pengusaha2 tekstil di sekitar Agra. Kain kain itu di jemur di atas pasir, serta dipijak sewenang wenangnya oleh manusia dan binatang. Pendobi ini juga membasuh kain2 serta pakaian dari pelanggan domestik. Melihat kepada cara mereka mengering kan pakaian tersebut, aku menjadi sangat sangsi akan kebersihannya......

... dari kejauhan kelihatan berbalam-balam Agra Fort...jambatan keretapi itu dapat di lihat dalam filem Slumdog Milionaire...

Rupa-rupanya dhobi ghatt yang aku kunjungi itu merupakan lokasi penggambaran 'Slumdog Millionaire'. Ini ku ketahui melalui seorang tempatan yang berada disitu. Aku telah mengulang tayang DVD slumdog tersebut dan ternyata kenyataan tersebut benar.....

... inikah slumdog millionaire yang sebenar?........

Thursday, February 10, 2011

kau TAG aku.... aku TAG kau......

Kali ni aku nak cerita sikit kisah fotografer dalam facebuk pulak. Entah kenapa dalam facebuk ini sangat ramai orang yang minat fotografi atau pun sememangnya fotografer. Errrmmm adakah mungkin kerana kemudahan digital kini telah membantu membangkit kan minat orang ramai terhadap dunia visual ini?

Keperluan untuk gambar kita dilihat di dunia maya fesbuk, telah menyebabkan, ramai diantara kita telah menggunakan kaedah, 'tag' menge'tag' rakan dan taulan. Aku tidak melihat ini sebagai satu perlakuan negatif, malah agak seronok juga kalau ada orang menge'tag' gambar mereka kepada aku... :)

Malah aku juga kadang kadang menggunakan kaedah ini untuk berkongsi gambar atau 'work' aku yang terbaru. Tapi aku pastikan orang2 yang aku tag itu merupakan rakan yang biasa berkomunikasi dengan ku. Bukannya main 'tag' semberono saja. Aku juga sudah bersedia jika ada yang nak komen gambar aku 'sesedap rasa' nya... hahah :)

Cuma apa yang aku heran adalah apabila ada pulak pihak yang tidak senang bila gambarnya kita beri komen yang 'membina'. Janganlah kita berasa kecil hati apabila ada pihak memberi komen yang agak tidak menyenangkan kerana rambut kita sama hitam, hati lain lain. Terimalah saja komen yang diberi asalkan bukan berunsur KUTUKAN.

Proses komen-mengomen secara sihat sebetulnya dapat membantu kita fotografer untuk melihat karya kita melalui viewfinder orang lain. Kita tidak akan tahu kesilapan kita jika selalu mengharapkan pujian. Kita juga akan senang tersungkur apabila kembung dengan puji pujian.

Kita tidak boleh berhenti belajar, dalam dunia yang pantas mengejar masa ini, sesaat kita terleka, kita akan jauh ditinggalkan.

Sunday, February 6, 2011

INDIA - Entri 4 / Pawagam India

Menonton cerita NO PROBLEM di JAIPUR

Kami tiga beranak... :)

Kata orang, atau kata buku2 travel, seperti Lonely Planet, "kunjungan ke India tidak lengkap sekiranya tidak menonton di pawagamnya...". Wayang gambar .... merupakan satu elemen hiburan yang sangat penting bagi penduduk India. Di sini pusat pusat pengeluar filem di panggil Bollywood, Kollywood, Tollywood. Lebih dari seribu filem di hasilkan di India setiap tahun, jauh mengatasi jumlah penghasilan filem Hollywood.

pandangan dalam auditorium Raj Mandir.

Maka itulah yang aku lakukan, bersama isteri dan anak serta guide kami, aku mencuba menyelami sisi glamer orang2 disini. Kenapa aku katakan glamer? Sebab para pelakonnya sangat glamer, juga para penonton yang memenuhi lobi panggung juga berpakaian glamer... lip lap, lip lap... ermm.... Kalau di Malaysia ni aku cuma dapat lihat orang berpakaian cantik2 kalau pergi menonton di Istana Budaya saja, tapi disini lain pula gayanya, semua orang berpakaian kemas dan cantik, semata mata hendak menonton filem NO PROBLEM lakonan Anil Kapoor.

pandangan di lobi pawagam

WAH!! aku sangat teruja apabila memasuki lobi dan seterusnya auditorium panggung Raj Mandir di Jaipur, seni hiasnya sangatlah mengagumkan. Panggung yang aku kunjungi ini merupakan panggung stail lama, panggung yang mempunyai auditorium 2 tingkat. Dan pastinya tingkat atas adalah kelas 'istimewa'. Panggung sebegini rasanya sudah pupus di negara ini (tinggal collesium di KL) .

beratur membeli tiket, lorong berbeza untuk lelaki dan wanita.....

Hahahha... kami pun menonton lah filem itu tanpa sarikata... maknanya.. habuk pun tak paham hahahah.. yang aku tahu tengah2 cerita ada intermission, semua orang keluar g beli makanan atau minuman atau gi tandas. Aku pulak menahan ngantuk, maklumlah letih berjalan di siang harinya belum hilang.