Jauh berjalan, luas pandangan.... perut pun lapar.. HHaaaHH.. :). Kalau nak cerita bab makan ni, aku jenis yang memilih sikit. Bukan nak pilih yang mahal, cuma aku sentiasa bimbang kalau kalau makanan yang aku nak makan tu tak kena dengan tekak aku ajer... Setakat ini, walau kemana aku pergi, aku belum pernah lagi terpaksa berlapar. Bagaimana pulak di India, negara yang baru pertama kali aku kunjungi.
Hari pertama aku di India, aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bernama KAREEM yang terkenal seantero dunia yang terletak di Old Delhi. Mengikut kata menunya, kedai ini pernah di nobatkan oleh majalah TIME sebagai berada dalam 50 senarai terbest di Asia. Kalau kita buka mana2 buku travel berkenaan Delhi, pasti kita juga akan terbaca berkenaan kedai ini. Tak susah nak mencari kedai ini, berada hampir dengan Jama' Masjid, hampir semua tukang beca tau tempat ini.
Makan di Kareem, bagaikan makan di kedai nasi kandar LineClear di Penang, menunya hampir sama, harganya juga lebih kurang. Mungkin sedikit murah sekitar 30%. Aku suka sekali dengan kari ayam dan ayam tandoorinya... WAHH!! memang terangkat. Untuk hidangan yang boleh membuntang kan empat orang (aku maksudkan benar2 kenyang), kita kena bayar sekitar 1,000 rupee... hehehe.. dekat seratus ringgit juga tu....
Restoran Noore Ilahi yg terletak di kawasan Muslim di Jaipur ini menjadi kunjungan ramai, makanannya murah dan sangat lazat... untuk mengenyangkan 4 orang kita cuma bayar sekitar 300 rupee saja....
Di India, sekiranya nak makan di restoran2 besar, kosnya agak tinggilah, boleh mencecah 1,000 rupee utk sarapan yang simple.... jadi aku memilih untuk mencuba makanan dan restoran yang biasanya dikunjungi oleh orang kebanyakan. Mungkin bagi setengah2 dari kita 'tak sanggup' nak makan kat situ... :). Pada aku, apa ada hal... layan ajer.....
Penjual kurma di pinggir Jama' Masjid Old Delhi, dah lama aku tak tengok kurma bertempek2 macam tahi kambing ni, kurma jenis ini biasa di dapati di Malaysia sekitar tahun 70an gitu, kini orang Malaysia makan kurma yusuf tayyoub... yer tak?
Bila berada di Jaipur aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bergelar 'Hotel Nor Ilahi', aku pun kurang periksa kenapa kebanyakan kedai makan di Jaipur ada perkataan hotel, walau pun kedainya macam nak roboh. Kari ayam dan Tandoori di sini amatlah lazat sehingga aku datang berulang kali untuk menikmatinya, hahahahahah.......
Wanita ini sedang menyediakan 'chai' untuk aku dengan menggunakan bahan api dari tahi lembu. Percaya atau tidak, aku layan ajer chai tu habis secawan... hahahaha sedap juga...
Selain dari menjaga makan, di India kita 'AMAT' perlu menjaga air minuman yang di minum, aku hanya minum air mineral atau air tin sahaja disini. Takut kena dairea atau penyakit2 yang seangkatan dengannya. Namun begitu ada beberapa kali aku minum 'chai' atau teh susu panas yang dijual ditepi2 jalan. Secawan kecil chai dapat membantu menghangatkan badan yang kesejukan....
Sekian.
Che Yaman, masih ada kurma 'tahi kambing' kat Msia ni..ada yg panggil kurma unta sebab fit for unta kata sorang kawan dulu. Sekian.
ReplyDeleteSeronok baca ditambah pulak dengan gambar. Rasa macam pergi sekali. TK
ReplyDeleteKam: masih ada ker? kalau dulu kurma ni banyak di jual di kedai2 india di pekan2. taktau pulak sekarang masih ada.
ReplyDeleteEn.Subhi: TQ.. saya juga seronok membaca blog anda...'macham macham ada'... :)
Sedap dan Murah....... tandoori dan chicken Qoormaa... :)
ReplyDelete