Tuesday, October 9, 2012

Maybank Photo Award 2012.

Maybank Photo Award 2012.

Salam semua. Sudah lama rasanya aku tidak mencatat2 di blog yang tak seberapa ini. Kali ini aku terpanggil untuk menulis sedikit catatan tentang pertandingan fotografi yang hangat di perkatakan oleh para jurugambar amatur dan profesional di malaya ini. Di beritakan bahawa ramai jugak rakan taulan ku yang berminat untuk masuk pertandingan ini, maklumlah ianya di anjurkan oleh bank terkemuka Malaysia, kedengarannya agak berprestij. Namun apabila di lihat pada jumlah kategori yang di pertandingkan, aku rasa agak kecewa. Ini kerana ianya kelihatan terlalu umum dan ada pula kategori tertutup.

Dengan tema utama "BEING HUMAN" pertandingan telah di bahagikan kepada 5 kategori. Empat kategori terbuka, satu kategori tertutup. Apabila aku selusuri gambar2 yang telah di hantar, kelihatannya banyak gambar2 yang mantab! manakala ada juga yang tidak sesuai serta tidak mengikut kategori telah di hantar oleh para peserta, sebagai contoh gambar orang solat dalam masjid di hantar untuk kategori Street Photography?  Manakala gambar pengantin serta orang di tengah padang di hantar untuk kategori Studio Photography? Alangkah menyedihkan bila ada di antara kita yang menghantar gambar2 yang cantik menarik, tapi salah kategorinya. Adakah ini menunjukkan kita ini terdiri dari kalangan fotografer yang kurang ilmu atau kita boleh salahkan penganjur yang terlalu kedekut dengan jumlah kategorinya. Misalnya kategori popular seperti Portraits serta Wedding tidak pula di wujudkan secara khusus.

Walau bagai mana pun aku harap pertandingan ini bakal panjang hayat penganjurannya sehingga ke tahun2 akan datang. Ianya bakal menjadi wadah berkarya kepada para peminat fotografi tanah air, Tahniah untuk Maybank dan pihak2 yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Akhir kata kepada para rakan2 fotografer sekalian JOM kita pakat2 hantar, biarlah orang lain menggelar kita sebagai FOTOGRAFER PERTANDINGAN, kerana orang yang berani sahaja yang sanggup mempertontonkan hasil karya mereka untuk di adili.

Sekian.