Sunday, September 19, 2010

..jadi yang MURAH atau yang MAHAL

HHermmm... hal yang selalu ditanya orang pada aku... ermmm sukar jugak nak jawab. Sekarang ni ada puluhan ribu orang yang mengaku dirinya fotografer. Hal ini senang, kerana di Malaysia, kita tak perlukan sijil, pengalaman, atau kelayakan khusus untuk menjadi fotografer. cukup dengan mempunyai sebiji kamera (kalau boleh DSLR), dah boleh mengaku diri adalah seorang fotografer.

 

Fotografer pulak terbahagi kepada beberapa golongan, ada profesional sepenuh masa, ada yang katanya pro tapi separuh masa, ada yang suka suka tapi sangat berbakat, serta ada yang baru sebulan dua kenal shutter, tapi mengaku hebat. Jangan kita kesah pada golongan2 fotografer ini kerana apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang bayaran kepada khidmat fotografi yang semakin mengecut, dek kerana kecanggihan teknologi digital serta dek kerana ramainya fotografer2 yang sanggup 'potong harga' atas pebagai alasan.

 

antara alasan yang popular untuk potong harga adalah.

1. saya baru belajar.

2. nakkan job pertama dari klient 'baru'

3. ketiadaan job.

4. tergoda dengan janji2 klient...'lain kali ada job lagi....'

 

Kesanggupan sesetengah fotografer menerima bayaran yang murah atas perkhidmatan yang di beri sebenarnya menjerut leher sendiri. Perasaan bahawa 'ini merupakan cara untuk menembusi market atau klien baru',adalah salah. Fotografer merasakan bahawa lain kali boleh lah harga dinaikkan.... namun apa yang berlaku adalah setiap kali mendapat job dari klient tersebut, upahnya tak boleh di tinggikan malah klient tersebut akan menggunakan 'harga rendah' itu sebagai benchmark untuk menekan fotografer2 lain pula. Yang jelas mengaut untung di sini adalah klient, kerana setiap kali berurusan dengan fotografer baru, mereka akan meminta harga rendah dengan alasan 'sebagai pengenalan'.

 

Belajarlah untuk berkata 'tidak' terhadap urus niaga yang jelas tidak menguntungkan kita dan rakan2 fotografer lain. Dengan cara itu sahaja klient akan memahami bahawa kita  bukannya monyet yang menekan2 shutter, terus jadi gambar. Kita adalah insan kreatif yang bertungkus lumus serta berusaha untuk melahirkan hasil kerja yang terbaik, penat lelah kita mestilah di imbangi dengan bayaran yang setimpal.

 

Sekian, renung2kan... dan selamat menggambar.