Monday, December 14, 2009

Hikayat 1001 kawan....

Orang tua tua kata berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Korang rasa betul tak perumpamaan tu? 

Pada aku, itu teramatlah betulnya kecuali sekarang ni ramai orang berkasih beribu-ribu (kalau boleh ler..). Sesama kawan biasanya kita mendapat benefit antara satu sama lain,  kita berkawan biasanya kerana interes yang sama. Sebagai contoh, aku sebagai seorang fotografer mempunyai ramai kawan2 di kalangan fotografer. Namun begitu ada juga kawan2 ku bukan terdiri dari fotografer.

Kat sini aku nak kongsikan konsep 'kawan' anutan aku.

 Apabila kita berkawan, kita perlu jujur.Tahu dengan jelas, apa tujuannya.  Tiada niat tersembunyi terutama yang tidak baik. Namun aku mengerti bahawa setiap manusia mencari kawan 'bersebab'. Kerana tiada guna kalau kita ada ramai kawan tapi tidak seorang pun boleh memberi faedah atau mendatangkan menafaat samada dari sudut spiritual atau materi. Jadi soal mengguna atau dipergunakan kawan adalah lumrah. Asal kita sedar tentangnya. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Oleh kerana aku amat memahami tentang konsep ini maka kadang kala aku tidak perduli apabila berasakan ada antara kawanku yang mengambil kesempatan keatasku, tanpa membawa mudarat ke atas ku, kerana aku dengan sesungguhnya sedar bahawa di satu hari yang lain aku akan meminta pertolongan atau 'ambil kesempatan' keatas kawanku tu pulak!
 :D.

kawan: macam bungapi... cantik dilihat, silap sikit boleh membakar....

Mudahkan konsep 'kawan' ku?.... korang jangan lupa ada satu golongan kawan lagi yang kita panggil 'kawan baik'. Ini kira lain kes lah! Biasanya kita tak punyai ramai 'kawan baik'. Kalau dengan kawan aku boleh buat2 bodo aja atas isu2 yang ditimbulkan. Tapi bagi kes 'kawan baik' aku sentimental sket la..... :). yer la kan.. ngan kawan baik kita selalu berkongsi apa apa saja yang boleh di kongsi yer tak? Hatta kita sangat berlebih kurang dengannya. Kita mendengar masalahnya. Kita membelanya bila ada orang mengutuknya. Kita memandang tinggi padanya.

Tetapi yang selalu menyebabkan kita bengang ialah kawan yang rapat dengan kita lah! Orang yang selama ini kita pandang tinggi tu lah yang akan memandang rendah pada kita.... ha ha ha... salah tu kalau kita gunakan istilah memandang tinggi pada manusia, sebab balasannya adalah dia akan memandang rendah pada kita! Inilah yang berlaku pada aku.... ha ha ha... semenjak menerjuni bidang fotografi ni banyak rakan yang begini kujumpai.

Aku pernah ada kawan yang kononnya berkongsi minat dalam fotografi, ingin naik sama2, tapi sudahnya tanpa ribut, tanpa taufan, SENYAP. Tahu-tahu hantar SMS ' kunci studio ada dalam posbox'. Maklum dah jumpa partner baru.. ha ha ngan aku ni cuma kawan bukan rakan kongsi. 

Ada juga, telah menuding jari kearahku kononnya aku adalah penambah perisa keatas cerita2 tentangnya. Padahal aku memberitahunya tentang pandangan orang lain tentangnya supaya dia tau apa yang berlaku disekelilingnya, tanpa ada niat untuk memburukkan sesiapa. Salah rupanya langkah ku itu, niat baikku telah memakan diriku sendiri. Dia boleh mempercayai cakap orang yang tidak kenalpun siapa aku. 

Segala yang berlaku, aku terima saja dengan seadanya, sebab aku yakin dan pasti segala perkara yang ku lakukan memang dengan 'niat'. Dan aku tidak pernah berniat buruk terhadap orang lain. Bukanlah nak menegakkan benang basah atau berlagak baik, tapi aku sentiasa percaya akan diri manusia yang mempunya dua sisi. Terang dan gelap (macam foto) terpulanglah sisi mana yang lebih banyak. Bagi aku, akan ku cuba mengenepikan sisi gelap mereka dan hanya menumpukan pada sisi cerah. (walaupun dalam foto perlu kedua dua sisi.. kalu tak OE jadinya.. :D). 

Tidak ada manusia yang mempunyai sisi cerah semata. Jadi aku percaya jika kita mengasingkan sisi gelap dan cerah dengan berhati hati kita akan dapat berkawan dengan ramai orang. Pun begitu kadang kadang kita terlewat melihat sisi gelap kawan kita.. :) Sekiranya ini berlaku... pandai pandai lah cari jalan keluar.... kira jadikan kawan....

 "HI HI, 
BYE BYE" jer lah.. :D







Wednesday, December 9, 2009

antara Kellie's Castle, Ipoh dan Nasi Ganja.....


kellie's castle yang di katakan berhantu....
Pagi semalam aku bersama geng entusias photo ke Batu Gajah Perak, gi melawat mansion uncle Kellie.... sebetulnya dah banyak kali aku lalu kat situ tapi belum pernah sekali pun aku singgah untuk mengambil gambar. Kalau dulu2 tempat tu nampak scarry jerk, sekarang tak tau la pulak.


dari kiri: enche adykasyah, zamrud, kurt G & joe.

Sekitar jam sebelas kami sampai, matahari terik memancar, langit biru. Haaa... seswai sangat untuk IR fotografi nih! nasib baik aku bawak kamera IR(foto2 kat sini semuanya guna kamera IR). Kami berlima tak membuang masa terus mencari angle yang menarik untuk di foto. Mengambil gambar bangunan atau arkitekstur ni sebetulnya agak mengelirukan kerana kita perlu memahami dengan sangat mendalam berkenaan bangunan yang nak di foto... err.. kena amik masa yang lama sket (..untuk aku). Memahami setiap sudut dan dinding serta struktur akan membantu kita merakam gambar yang akan mencermin kan 'jiwa' bangunan tersebut. Yang sememangnya agak sukar untuk di terjemahkan ke dalam bentuk visual foto.


koridor...

Ku cuba-cuba merakamkan gambar Kellie's Castle, seperti yang korang dapat lihat di sini. Berjaya atau tidak bergantunglah pada rasa korang... ha ha..


sebahagian dari runtuhan kellie...

sesudah tu kami ke Bandaraya Ipoh untuk mengisi perut yang kelaparan... jeng jeng jeng.... kitorang pekena .. nasi ganja... kenapa dipanggil begitu? aku pun tak tau. Yang pasti mereka kata kalau dah terkena sekali yang pasti akan datang lagi. Buktinya aku... abis jer makan, terus bungkus lagi, bawak balik hu hu hu.... dah tersangkut kot?? Dalam kedai pelanggan penuh, kat luar panjang beratur..... memang terbukti sangat terkenal. Kopi kat situ pun kaw kaw best! kalau aku singgah ipoh lagi pasti aku akan pekena 'nasi ganja'.

.. nasi ganja..

deretan bangunan lama di Ipoh...

Monday, December 7, 2009

Perak Aman Jaya International Eco Adventure '09

dari kiri: ariff, atoii, zaen, yaman, remy, ajako, maddog, mel.

Hu hu hu... Baru aku tau bahawasanya mengambil gambar event antarabangsa ni tersangatlah memenatkan.. fuh fuh fuh... stamina kena lebih!!! Kalau tak pancit la... Selama 5 hari (2-6 dis) aku bersama geng Official Shooter @ Expose Studio diketuai oleh saudara Ajako mengenali kepayahan dalam menghasilkan gambar.

http://www.perakecoadventure.com/

Nak tau lebih detail pasal perlumbaan tu.. korang baca kat web diorang. Apa yang aku nak cerita kat sini adalah tentang hal2 sampingan yang tak semua orang nak tau.. ha ha ha.

Perancangan yang teliti sangat perlu dalam menangani event antarabangsa begini kerana pihak penganjur hanya mahu hasil yang terbaik. Pun begitu pasukan fotografer yang mantap sangat perlu dalam merealisasikan kehendak penganjur ini. Dalam hal ini aku rasa pihak Official Shooter telah melakukan yang terbaik... Tahniah Mr. Ajako... fun gilerrrr...

Pink Panther, peserta dari UK, sentiasa di tempat tercorot.

Hari pertama kat Pulau banding, aku kena cover orang absailing ngan kayak serta berbasikal, adoi.. dah lama tak eksesais.. ha ha ha... pancit geng!!! tapi kena teruskan jugak. Dalam hujan renyai2 aku tembak gak para peserta.. nasib laa kamera selamat. he he. Kitorang tido kat Belum Resort, Pulau Banding, Berasak asak 7 orang dalam satu bilik. Bilik tak cukup!. Korang bayang kan lah terdapat 4 orang dari kitorang yang tidur sambil tiup seruling, trombone, trumpet dan seangkatan dengannya. Gamat siottt.

Hari kedua, perlumbaan berlangsung kat Taiping dan Kuala Sepetang. Baru aku tau, rupa rupanya banyak lagi tempat2 yang menarik ada kat Taiping. Ada air terjun dan anak sungai yang cantik, yang jarang di ketahui oleh orang luar. Hatta orang sekitar Taiping pun berkemungkinan tidak menyedari kewujudan tempat2 ini. Kali ni kitorang tidur kat Hotel Flemington, di tepi Taman Tasik Taiping.. Best!

dalam hutan di Taiping.

Hari ketiga, di Gua Tempurung dan Sg.Kampar. Laluan kali ini pada aku sangat mencabar, kerana aku kena mengambil gambar dari dalam bot getah sambil melalui jeram2 sepanjang 12km di Sg.Kampar. acara white water rafting ini betul2 mencabar keberanian aku kerana aku perlu mempertaruhkan diri serta peralatan yang aku bawa kepada kemahiran 3 orang pendayung pro yang mengemudi bot tersebut. alhamdulillah segalanya selamat! Pengalaman yang sukar di lupakan. Sungguh!!!  Seperkara lagi, hari ni ada pesta makan deroyan kat gua tempurung... hua hua hua makan durian free.......Malam tido d Hotel Grand Kampar.


mendayung di celah batu dan jeram

peserta singapura terjatuh dalam air

Hari terakhir di Pasir Salak dan Pangkor. Pengalaman menarik dan agak menakutkan adalah bila aku terpaksa menyeberang laut dari Teluk Batik ke Pasir Bogak di Pangkor dengan menaiki bot aluminium berinjin 25kk. Cuba lah bayangkan 4 orang yang berbadan 'cute' menaiki bot berkuasa kecil merentas laut yang beralun. Macam naik perahu yang di kayuh jerk..." Dah tak boleh laju lagi bang" kata pemandu bot. ha ha ha... aku naik risau bila bot besar melintas, macam nak terbalik rasanya....Lain aku tak pikir.... peralatan, peralatan, peralatan. Malam tido d Pangkor Island Beach resort.

Sebelah petang, penyampaian hadiah dibuat oleh Menteri Besar Perak, asal orang Pangkor. Sangat peramah orangnya.

pemenang keseluruhan dari Sweden