Wednesday, May 25, 2011

Kenny G - Secara Langsung di KL

Aku baru saja menonton konsert Kenny G, seorang saksafonis termasyhur dari negara atas angin sana. Konsert yang telah berlangsung di Plenary Hall, KL Convention Centre ini nampaknya tidak 'penuh', terutama untuk seat di bahagian depan. Aku memang minat kat mamat ni terutama di zaman aku muda remaja lah... iaitu di tahun 80'an. Masa tu lagu 'song bird' nya sangat lah termasyhur seantero dunia, sampaikan dia mendapat gelaran artis intrumental paling banyak jualan album di dunia ini.

Walaupun entri ini tak berapa berkenaan dengan fotografi: Namun aku rasa ada sedikit kena mengenalah kerana aku sempat juga curi2 mengambil gambar dalam konsert ini. :)
Biasanya fotografi amat di larang di dalam konsert2 sebegini, apa lagi yang di adakan di dalam dewan tertutup begini. Dengan rasa was was aku bawa juga D7000 dan sebiji lens 50mm, mana lah tau kalau2 ada peluang untuk menembak.

Hahaha rupa2nya keadaan dah tak terkawal semua orang amik gambar atau video pakai fon daaa.... cahaya dari skrin fon boleh d lihat di merata2. Malah ada yang ambil video pakai ipad2 lagik hahaha.

Rupa rupanya 50mm tu tak mencukupi untuk aku mendapatkan shot yang agak baik, aku hanya dapat establish shot ajer... nasiblah. Lagipun aku nak g tengok konsert bukannya nak amik gambar yer tak. Tapi satu ingatan untuk rakan2 fotografer lain, sekiranya anda ingin mengambil gambar 'curi' dalam konsert2 begini, pastikan kamera anda bukan dari jenis mengeluarkan bunyi yang kuat, serta 'off' kan LCD display anda... untuk keselamatan dari 'pak gard' hahaha.

Secara keseluruhannya konsert Kenny G semalam tu kira OK je lah... terasa macam aku tgk DVD konsertnya yang di buat di Miami pada 80an saja. Tiada yang baru dari segi seleksi lagu dan showmanship. Cuma lightingnya ajer yang meriah.

Sekian.

Friday, May 20, 2011

Jangan takut untuk bereksperimen…

gambar hiasan: bereksperimen dengan cahaya serta pergerakan.

Experimental Photography, boleh dipanggil ujikaji fotografi? Fotografi percubaan? Ermm aku rasa seronok di dengar jika di sebut fotografi eksperimen. Namun aku rasa sebelum kita bereksperimen, adalah wajib kita memahami secara jelas asas2 fotografi. Memahami yang asas sangat penting. Memahami bagaimana cahaya yang menerobos masuk melalui lensa lalu membentuk imej di sensor digital, kemudian boleh dijelmakan menjadi foto. Pengetahuan yang asas ini akan membantu kita mencipta hasil seni yang ‘sedap’ di lihat. Mempunyai makna.

Jangan takut membuat silap. Jangan terlalu peduli akan pandangan orang. BUAT dan kemudian belajar dari kesilapan (jika ada). Itu maknanya bereksperimen. Keseronokan bereksperimen dengan fotografi digital kini adalah kerana maklum balasnya boleh di lihat dengan segera. Melalui paparan LCD serta histogram. Kita boleh terus memahami dan melihat ‘hasil’ yang berbeza untuk setiap setting yang berlainan. Berbeza dengan zaman filem, bereksperimen boleh menyebabkan poket ‘koyak’.

Tiada lagi halangan untuk kita ‘pantas berlari’ dalam era fotografi digital, selepas membeli kamera, lensa, kad memori atau juga flash, kita mempunyai encik GOOGLE untuk membantu. Melalui pembacaan dan penyelidikan di tambah pula dengan eksperimen yang berterusan, pasti foto2 anda selepas itu akan ada UUmmPPHH!!

Walau sesukar mana pun fotografi digital ini pada sesetengah orang, hakikatnya adalah ianya hanya perlu dipelajari sahaja. Sebagai contoh: melalui cubaan2 kita akan memahami bagaimana gambar akan lebih gelap jika kita menggunakan dedahan kurang 2 stop dari yang sepatutnya. Segala peralatannya sudah dicipta, pelajari saja. Kita bukannya perlu menghasilkan kamera atau lensa, Jadi tidak sukar bukan?

Jangan bimbang jika foto kita kelihatan kurang tajam, terlebih terang, atau mungkin kelihatan seperti tersalah WB. Sememangnya tidak semua foto2 yang di ambil akan menepati segala syarat2 dalam fotografi. Ada setengahnya kelihatan ‘sedang elok’, ada yang kelihatan seperti ‘fine art’, ada yang seperti ‘berbicara’. Namun sekiranya anda rasa foto itu anda suka, maka jangan di risaukan apa orang lain nak kata. Cuma anda tidak boleh nak memaksa orang lain menyukai foto yang anda suka. Itu saja. Mudah.

Cuma anda perlu sentiasa bertanya, "apa lagi yang perlu di buat untuk menghasilkan foto yang baik?" Itu bermakna anda sentiasa bersedia untuk belajar. Maka teruskan pembelajaran dan jangan berhenti bereksperimen, walau pun terdapat suara2 sumbang di belakang anda. Di hujung hari anda yang akan untung.

Sekian,

selamat menembak…