Monday, December 21, 2015

cahaya! cahaya! CAHAYA!!!

Itulah antara elemen yang sangat penting bila kita berbicara tentang fotografi. Bukannya kamera mahal, lensa gedabak, atau lensa boleh buka luas2. Kalau korang ada semua tu tapi ilmu fotografi ciput, tak guna jugak. Tak mahir peralatan, tak tahu cari suasana atau subjek, tidak reti tengok cahaya, maka baik jual saja peralatan tu. Murah2 hahahaha.

Minggu lepas aku ke Lahad Datu, ada lah sedikit pekerjaan. Aku telah ambil peluang shoot dalam ladang kelapa sawit MPOB. ADUHAI…. cahaya paginya… korang tengok lah sendiri!

matahari pagi menjenguk…



Jaluran2 cahaya matahari yang menjadi kegilaan ramai fotografer, termasuk aku lah.



Sesekali layan shot2 camni best jugak…

gambar spontan! nak gi kerja agaknya dia...

Tengok gambar 'hujan cahaya' di atas. Kalu korang tak tahu nak shoot apa kat situ… baik berenti jadi fotografer lah!



Saudara Shahdan a.k.a. Saja Saja Ba kat fb. Banyak membantuku mencari lokasi. TQ Bro….

Salah satu gambar yang kita boleh dapat dalam kebun kelapa sawit….. agak2 sesuai tak untuk pertandingan foto… :D







Saturday, December 12, 2015

Yes India, Pushkar Mela 2015.

Camel Fair Pushkar datang lagi! Untuk kali keempat grup YesIndia Photo Travel menjejakkan kaki ke benua kecil India pada 20 november 2015. Kali ini kumpulan kami berjumlah 13 orang. Seperti biasa kita mendarat di New Delhi, bezanya pada kali ini kami tidak mencari gambar di Delhi, kami cuma melepas lelah semalaman, kemudian terus bergerak ke Pushkar untuk melihat Pushkar Mela (festival).

berehat sewaktu pesta pushkar.

Muslianshah, sedang memotret sadhu.

Selepas berada di Pushkar selama 3 hari, kami bergerak ke Jaisalmer, sebuah bandar padang pasir yang terletak di Gurun Thar, bandar ini bersempadan dengan Pakistan. Dalam perjalanan banyak kenderaan2 tentera India kelihatan, juga terdapat kem2 tentera di sepanjang jalan. Di Jaisalmer kami tidur di padang pasir, berharap nak shoot milkyway, malangnya bulan terang, musnahlah impian peminat2 bintang.

Gadisar Lake, Jaisalmer.

Ini bukan kanak2 riang ya...

Golden City, Jaisalmer.

Seterusnya kami ke Jodhpur atau bandar biru, cuma semalaman. jadi tidak banyak gambar yang dapat di hasilkan, namun tetap juga lumayan.

Telaga Pana Mena Ka Khund, Jaipur.

Kemudian kami ke Jaipur dan seterusnya ke Agra, kota cinta Shah Jahan dan Mumtaz. Kalau ke Agra, wajiblah ke Taj Mahal, dengan tiket 750 rupee, aku masuk ,elawat Taj Mahal untuk kesekian kalinya.
Dari Agra kami bertolak ke Delhi dan terus ke lapangan terbang Indira Gandhi untuk terbang ke KL pada 29 november 2015.

Bukan main lagi ya!

Kunjungan wajib. Taj Mahal.

Untuk merealisasikan trip Yes India ini Aku telah membuat tinjauan beberapa kali semenjak tahun 2010. Penghujung 2013, barulah trip pertama di buat dengan peserta kurang dari 10 orang. Kini kebanyakan 'spot' yang kami kunjungi adalah merupakan spot 'mudah' mendapat gambar. Aku percaya bagi peminat fotografi, mendapat gambar yang bagus adalah menjadi agenda utama, kita tidak mahu membuang masa tercari, tertanya tanya di mana spot foto yang menarik di bumi asing. Kita memang boleh mendapatkan maklumat dari buku dan internet, namun realitinya tidak semudah yang kita sangka.


Apa tunggu lagi JOM! Yes India Holi Festival 2016, sudah dibuka!


Tuesday, November 3, 2015

Fujifilm/500px Global Photo Walk 2015. Kuala Lumpur chapter.

500px global photo walk, merupakan kegiatan fotografi yang di jalankan serentak di seluruh dunia. Ianya berlangsung pada setiap 26 september. Aku tau entri ni dah sangat terlewat, tapi memandangkan banyak pulak majalah serta suratkhabar yang publish cerita tentangnya, jadi aku tulis entri ni sebagai memoir jer lah.


pagi2 dah beratur... berebut tshirt sebenarnya kekekekek


Ramai KAN?

Peserta untuk chapter KL tahun ini sangat membanggakan. Sejumlah 145 orang telah hadir untuk bersama2 memeriahkan acara yang telah bermula dan berakhir di MaTic pada 26/10. Pada tahun ini juga para peserta telah di bekalkan beberapa cenderamata seperti t-shirt, stiker, kad ahli, lencana dll.




sempat di temuramah di radio Matic.fm oleh dj Nizar


gambar groupie, reflection dari cermin di menara prudential

Aku harap tahun depan akan di beri peluang sekali lagi utk menjadi hos untuk acara dunia ini. Memanglah sekali pandang acara2 begini 'macam' takda apa2. Tapi daripada melepak tgk tivi atau hisap dadah, baik kita layan fotografi ye tak?


Aperture Nov'15


Utusan Malaysia, 31/10/15



SEKIAN.

Sunday, November 1, 2015

Jualan Cetakan Foto. #KOLEKTIF 1.

Fotografi memang telah di akui merupakan satu bidang SENI. Dan umum mengetahui apabila di angkat sebagai seni, seharusnya ia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan (jualan cetakan foto). Tetapi sayang, itu tidak berlaku di negara kita. Budaya membeli foto sebagai karya seni masih lagi asing di Malaysia, mereka sentiasa membandingkan karya foto dengan karya catan.

Aku masih ingat dalam satu pameran foto anjuran sebuah NGO, seorang VIP berkata, "kalau saya nak yang ber'warna' lebih baik saya beli painting" ... merujuk pada ketaksuban beliau kepada foto hitam putih, beliau menolak cadangan kurator untuk membeli karya foto berwarna. Apa yang boleh di fahami di sini adalah, bagaimana persepsi sesetengah 'bakal' pembeli terhadap karya fotografi. Ramai yang condong menganggap foto hitam putih tu lebih berseni dari foto berwarna, sudah semestinya dengan pelbagai hujah.


Foto: Razz Rozzfaizal. Kedua2nya terjual.

Kebanyakan fotografer tidak memahami secara tuntas tentang foto seni halus tu bagaimana? adakah kerana kontentnya atau kerana ianya hitam putih, atau kerana fotografernya terkenal? Sememangnya untuk menghasilkan satu karya foto seni halus agak sukar, kerana fotografer tersebut perlu berfikir dan bertindak serta berkarya sebagai 'artis seni halus', bukannya berkarya sebagai jurufoto. Faham maksudku?
foto: Dollah Deen. Terjual.

Sewaktu pameran foto #KOLEKTIF 1, yg berlangsung di Galeri Seni Matic pada 3 sept. hingga 30 Okt 2015 yang lepas, taerdapat beberapa karya yang telah di jual. Harganya pula pelbagai. Bercerita tentang harga, seperti yang aku katakan sebelum ini, agak sukar bagi seseorang fotografer untuk 'memegang' harga. Fotografer perlu pandai memilih foto yang ingin di pamerkan, di samping mengikut tema pameran, kita juga perlu 'menyelami' minat bakal pengunjung. Tag harga yang di letak, perlulah bersesuaian dengan mutu foto serta mutu cetakannya. Kita tidak boleh syok sendiri serta letak harga yang terlalu tinggi serta tidak munasabah. Di bawah ini ada lima fotoku yang terjual.


Bromo Rider, foto yang paling banyak diterbitkan di dalam dan luar negara, termasuk dalam buku terbitan National Geographic, RARELY SEEN.


Silat, foto dokumentasi tentang silat melayu.


Dhobi Ghatt, di ambil di Agra, India

Spinning Gasing, dokumentasi tentang permainan tradisi yg makin pupus.

Fighting Arts, dokumentasi silat melayu di Terengganu.

Poster Perasmian. Yang Ini BUKAN untuk di jual.

Saturday, October 31, 2015

#kolektif1 - Yaman Ibrahim & Mutual Friends, satu pameran fotografi.

Hai, kali ni aku nak story sikit pasal pameran foto #kolektif 1, yang baru berakhir 30 oktober lepas
. Pameran foto yang bermula pada 3 september ni sepatutnya berakhir pada hujung bulan tu, tetapi pihak MaTic Art Gallery telah bermurah hati melanjutkan pameran tersebut sehingga 30 oktober 2015.Dan yang menariknya lagi, pameran tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada 5 oktober 2015. Cerita pasal perasmian ni juga keluar majalah, akhbar serta tivi. Pendek kata glamer la sekejap. hahaha.

Poster Perasmian.

Berbalik kepada pameran kolektif, Pameran kali pertama ini sebenarnya di buat bersempena dengan Hari Pelancongan Sedunia yang jatuh pada 27 sept. Foto2 yang di pamerkan adalah yang merangkumi foto pengembaraan, pemandangan serta potret yang di ambil di serata dunia. Jutaan terima kasih kepada En. Zain Azraai, Pengarah Matic kerana telah mencadang serta membuka peluang kepada saya serta teman2 dari grup fotografer Street 2 street. Berbanyak terima kasih juga di ucap kepada rakan2 fotografer, Datuk Azlie Halim, Tuan Yamin Ismail, Agoes, Safira, Tony, John, Jebat, Razz, Hayati, dan tidak lupa CheRitz serta ramai lagi yang telah bersama2 menyertai pameran ini.


kolektif 1, dalam majalah Santai Travel, nov'15.

Kolektf 1, dalam majalah fotografi Aperture nov'15.

Peluang untuk mengadakan pameran foto di galeri besar serba lengkap begini tidak selalu di peroleh. Jadi di sini aku mengambil kesempatan untuk berterima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak Matic. dengan ucapan "Terima Kasih Daun Keladi", tahun depan sekali lagi. hahaha.
CheRitz, bukan sebarang selfie tu, tengah buat repo...


Saturday, October 24, 2015

Hyper Portrait yang terakhir...?

Terakhir? Kelas hyper portrait tiada lagi? Betul ke? Ramai yang bertanya kerana tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. Betul ke? atau khabar angin ke?

Jawapan aku, BETUL lah tu....

Sudah lima tahun aku memahirkan diri dengan editing potret yang aku gelarkan HYPER PORTRAIT.
Editing potret jenis hi kontras sudah sinonim dengan aku. Pun begitu bukanlah semua potret yang aku hasilkan berkonsepkan begitu, biasanya ia hanya melibatkan potret2 projek peribadi sahaja.


foto: Matsuda Mashimaru


Hari ini, di S7even Studio, shah alam, aku dengan rasminya mengumumkan bahawa selepas ini TIADA lagi kelas atau bengkel Hyper Portrat secara kumpulan besar yg akan di jalankan. Ianya hanya terbuka untuk kelas persendirian atau satu dengan satu sahaja.
foto: Arifoto

Alhamdulillah kelas untuk kumpulan terakhir ini mengumpulkan 19 orang peserta. Melebihi jangkaan aku, ada dua peserta yang terbang dari Sarawak, khusus untuk kelas ini. Terima kasih aku ucapkan segala sokongan yang anda semua berikan kepada ku tidak dapat di balas. Melihat kepada respon serta hasil2 editing peserta kali ini, aku amat berpuas hati.
jauh datangnya ni... Eddy dan Azmin.

Perjalanan cerita editing potret ku tidak akan berakhir di sini saja. Selepas ini aku akan meneruskannya dengan "CHIAROSCURO PORTRAIT" pula. nak tahu apa ceritanya. kena tunggulah sebulan dua lagi. Kena kumpul bahan dulu.


Chiao!

Friday, October 23, 2015

Sailang bukan sebarang SAILANG!

Entah kenapa sehari dua ni rajin pulak aku nak mengarut2 kat blog ni, harap2 bukan kerana buang tebiat lah. Kali ni aku nak cerita kat korang sakitnya hati bila kita tau kita kena SAILANG! Errr korang tahu kan apa makna sailang tu? Kalau tak tau meh aku kasi sikit pencerahan, sailang tu bahasa pasar yang bermaksud 'kena rampas' atau kena 'potong line' dan seangkatan dengan nya lah.

Ni aku nak cerita sikit lah pasal kisah 'JOB' aku kena sailang. Kisah awalannya bermula lama dahhh, hujung tahun 2014 lagi, bulan november. Ceritanya satu agensi pengiklanan telah bersetuju dengan sebut harga aku untuk mengambil gambar 'interior' rumah yang akan di gunakan dalam iklan serta bilbod. Sebut harga aku tu pun bukannya mahal, maklumlah katanya mereka cuma perlukan 4 keping foto saja, lagi pun klien tadak bajet katanya. Ayat biasa la tuh. Setelah kedua2 pihak bersetuju, aku pun tunggu tarikh nak shooting lah. Tunggu punya tunggu, tertangguh2 la pulak. Biasa la, aku rilek ajer.
logo ini adalah hiasan semata2....

Bulan November tu aku telah ke India dua minggu, untuk trip Yes India, Pushkar Mela. Bila balik agensi yang sama call, minta sebut harga utk job fotografi yang lain pulak. Katanya ini adalah untuk pembungkusan produk kopi yang di keluarkan oleh syarikat yang agak ternama juga di malaysia ni. Aku macam biasa lah, ON ajer. Kasi sebut harga, juga telah di persetujui oleh mereka. Agaknya harga aku tu murah sangat la kot (dalam pada tu derang bertawar menawar jugak).

Dalam masa yang sama mereka kasitau JOB interior tu mereka dah jalankan, menggunakan fotografer lain, pasal klien nak cepat, aku pulak kat India masa tu. Macam biasa aku Okeyyy jer. Aku anggap tadak rezeki jer. Aku ni COOL jer kalau korang dah kenal. Takderlah sesombong raut muka... hahah.

Hari berganti minggu, ada jugak aku bertanya bila mereka nak selesaikan sesi foto untuk produk kopi tu? Senyapppp.... tiada call, tiada sms, tiada email dari mereka. Bila kitorang tanya, adalah alasan2 nya. Akhirnya aku buat bodo jer lah. Anggap lah TIADA rezeki aku juga! Kita kena COOL geng, hidup kita di teruskan, ada banyak tempat lagi kita boleh cari rezeki.

Sekarang ni dah penghujung bulan oktober 2015, bermakna hampir cukup setahun perkara tu berlalu.

Aku baru mendapat tahu, Creative Director yg baru masuk agensi tersebut telah menyerahkan job interior yang sepatutnya aku shoot  kepada fotografer lain dengan harga enam kali ganda dari sebut harga aku. Aku terkedu kerana CD itu merupakan seorang melayu yang sangat senior dan terhormat dalam dunia pengiklanan. Lebih best lagi, job kopi yg sepatutnya aku buat tu beliau serahkan kepada fotografer lain, rakan kepada anaknya.

Moral cerita ini adalah "nasi yang telah di kunyah di dalam mulut pun boleh tersembur keluar" jika itu bukan rezeki yang tertulis untuk kita. Juga dalam dunia foto kemersial ni, harga bukan segala2nya kualiti pun bukan segala2nya. Yang penting adalah NETWORK! ya NETWORK! apa setengah2 orang cakap KABEL! ya KABEL!! atau pun 'know who' bukannya 'know how'.


Sekian.

p.s; foto yang sangat MAHAL tu korang boleh lihat di billboard J***W*** yang merentang NKVE dekat exit Damansara.