Monday, May 11, 2009

wiwin dah besar

masa, memang cepat berlalu. tanpa kita sedari. sungguh!! sedar2 anak2 dah nak masuk kolej, muka dah banyak berubah, kawan2 dah banyak mula pakai kopiah. hari ini pagi2 lagi kami da bertolak ke gambang, kuantan. hantar wiwin anak sulung aku ke kolej matrikulasi pahang. perjalanan selama 3 jam. lancar. pendaftaran yang lancar dan teratur. pukul 12 tghri semua dah siap. teringat aku masa mula2 aku mendaftar di Um tahun '86. seorang diri terkial2 menarik beg besar. he he he sekurang2 nya wiwin lebih baik dari aku dulu.

Thursday, May 7, 2009

jakarta oo jakarta...


tarikh 24-27 april.... saya ada di kota tua jakarta,  sebuah kota yang sangat sibuk, berdebu dan pengap. manusianya terlalu rame, sesak! sesak nafas, sesak mata. pemandangan yang susah di dapati d mana2, ada d jakarta tua.

saya datang ke sini semata2 nak mengambil gambar kegiatan di pelabuhan sunda kelapa, yang telah berusia ratusan tahun.. sejak dari zaman belanda. banyak foto2 dari fotografer indonesia tentang tempat ini sangat memukau pandangan. saya tinggal d hotel omni batavia, di tepi kali besar yang mengalir terus ke sunda kelapa. kali, yang bermaksud sungai ini pegun, berwarna hitam, dengan bau yang menyusuk hidung, namun saya tetap juga kena bayar omni batavia usd45 untuk semalaman. layan saja, dalam bilik tak berbau he he he.

pagi hari kedua saya bergerak ke sunda kelapa menaiki bajaj.  untuk pajakan selama 3 jam saya kena 150 ribu, mulanya angguk saja tapi selepas di fikir2 semula rupanya sangat mahal.. aha ha ha... padan muka. mungkin kerana terlalu ingin ke sunda kelapa yang dapat di lihat dari tingkap bilik, saya terkena.

sunda kelapa ternyata tidak mengecewakan. selama saya di sini 3 kali saya berulang alik ke sini. pagi, petang , pagi.