Saturday, September 23, 2017

WoW! Lama Betul Tak Update Blog...

Sudah hampir 2 tahun lamanya aku tak update blog Mata Yaman Fotografi ni, rasanya lepas ni aku akan perlahan2 aktifkannya semula. Bermula dengan nota Terima Kasih yang telah di muatnaik di FB semalam.









TERIMA KASIH
Salam Maal Hijrah. Nampaknya permulaan tahun hijrah ke 1439 ini merupakan satu titik penting dalam kerjaya saya sebagai seorang fotografer profesional. Bermula sebagai fotografer sepenuh masa pada tahun 2008, saya telah melalui pelbagai liku2 pahit manis sebagai seorang jurufoto sepenuh masa. Yang pahit biasanya di tawarkan oleh yang manis, begitulah seterusnya silih berganti. Pun begitu, sentiasa cuba menjadi yang terbaik, itulah yang saya amalkan.

Perkenalan saya dengan Fujifilm mirrorless adalah pada tahun 2012, dengan model X-pro1 dengan dua lens iaitu 35mm 1.4 dan 14mm 2.8. Kamera itu menemani saya ketika travel merata, dan kamera itu juga telah merakam beberapa foto terbaik saya terutamanya di India. Xpro1 saya tu dah melalui pelbagai situasi, sehinggakan kelihatan seperti dah sangat berusia, tetapi ianya masih lagi berfungsi dengan baik.

Tahun 2016 saya ditawarkan untuk menjadi Fujifilm X-Photographer Malaysia, peluang yang baik semestinya tidak akan di tolak. Memandangkan saya amat meminati sistem fujifilm X, ini bagaikan ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.

Maka bermula pula era pengimejan dengan Fujifilm X-pro2 dan X-T2 yang “ringan seksi dan laju” itu, telah membuatkan saya RINGAN pabila travel. Saya pernah travel India selama 2 minggu dengan hanya membawa I beg kamera kecil bersama 2 bodi tadi, membawa pulang hampir 500GB imej.

Tahun ini… 2017, Fujifilm Malaysia telah membuka jalan yang lebih luas kepada saya untuk pergi lebih jauh dalam bidang fotografi dengan melantik saya sebagai jurucakap untuk kamera sistem X Fujifilm Malaysia. 
TERIMA KASIH FUJIFILM MALAYSIA.

Kepada isteri saya Rita Aziz, rakan2 di Fujifilm Maeda San, Kelvin oi, Jun Han, Esther, Juga kepada geng hebat dari Aperture, KL Yeam dan Karling Pua, TERIMA KASIH di atas sokongan padu anda semua.

-->