Sunday, June 22, 2014

Mentawai – Bagaikan kembali ke zaman silam.


Orang tua2 berkata, ‘jauh berjalan, luas pandangan’. Memang tersangatlah betulnya ungkapan tersebut. Namun tidak ramai yang sanggup meninggalkan keselesaan serta kesenangan di rumah untuk sengaja ‘mencari susah’. Bagi yang tidak pernah keluar dari daerah selesanya itu, hiduplah mereka bagai ‘katak di bawah tempurung’. OOppss!! Melalut pulak aku!

feri di pangkalan Mailepet, Siberut.

Aku baru sahaja pulang dari Pulau Siberut, Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat. Ini merupakan kunjungan ku untuk kali kedua. Aku sedia maklum akan kesukaran perjalanan ke sana, namun demi pengalaman fotografi yang tak terbanding, aku gagahkan jugalah. Untuk ke sana, aku menaiki kapal terbang dari KLIA 2 ke Padang, makan masa satu jam. Lewat petangnya pula aku menaiki feri dari Pangkalan Bungus di Padang menuju Mailepet di Muara Sungai Siberut, Pulau Siberut, yang memakan masa 12 jam. Selepas itu aku naik pulak bot pancung menyusuri sungai siberut menuju ke kampong Madobak, memakan masa 5 jam. Dari Madobak, aku terpaksa berjalan kaki naik turun bukit meredah hutan dan hutan sagu ke Kampung Butui, memakan masa 4 jam.

Pangkalan perahu atau bot, anak2 mentawai riang ria bermandi manda.

Perjalanan yang panjang ini berakhir dengan kenyamanan air sungai Butui. Sungai butui yang terletak di sebelah rumah etnik mentawai yang aku kunjungi itu sememangnya merupakan nadi dan sumber air rumah tersebut.

Rumah Mentawai bersama reban ayamnya.

Berada di rumah mentawai butui ini mengingatkan aku tentang kehidupan aku sewaktu kecil. Kelantan di tahun 70an. Di Butui tiada elektrik. Malamnya gelap kelam di terangi bintang. Rumah di terangi cahaya pelita minyak tanah dan lampu gasolin. Air minumnya di angkut dari sungai. Mandi manda, membasuh juga di sungai.

Orang Mentawai yang masih bercawat atau memakai 'kabit'.

Segala kegiatan seolah2 berpusat pada sungai tersebut. Aku ‘melepas’ juga di sungai (terpaksa- aku takut melepas di semak, takut ular). Rumah mentawai ini adalah rumah kayu beratap nipah. Mereka juga memasak dengan menggunakan kayu api. Anjing peliharaan mereka bebas keluar masuk rumah. Manakala babi peliharaan pula berkeliaran di luar pagar rumah.


Antara binatang peliharaan penting, 'babi'.


Orang Mentawai ini sangat menghormati tetamu, mereka akan makan selepas tetamu kenyang. Mereka juga halus tutur katanya. Golongan muda memahami bahasa Indonesia, manakala golongan tua, biasanya tidak. Golongan tua masih lagi mengenakan pakaian tradisi iaitu bercawat. Manakala golongan muda sudah mula meninggalkan cawat, mereka sudah berseluar dengri. Golongan anak2 pula ramai yang sudah bersekolah. Mungkin dalam masa 10 atau 15 tahun lagi segalanya akan berubah secara total. MODEN.

Keadaan ruang hadapan rumah mentawai.

Tengkorak babi yang di jadikan hiasan di jenang pintu, kena berhati2 bila nak keluar masuk rumah, takut terhantuk.

Namun itu lah dia resam dunia, kita tidak akan mampu mengekang arus perubahan, apa yang kita boleh lakukan sebagai seorang fotografer? Kita cuma mampu mendokumentasikan segalanya tanpa rasa prejudis.

Yang berbaju biru itu bukan orang mentawai. Beliau adalah rakan fotografer.



sekian.

Tuesday, June 10, 2014

YES INDIA phototravel… 2015?


Hari ini aku cuba2 untuk menduga air, nak tengok sejauh mana sambutan terhadap siri ‘travel photography’ yang nak aku jalankan pada tahun depan, jauh lagi masanya tuh. Entah sempat entah tidak dengan umur, ya tak? Ada sesetengah orang akan berkata “ada dekat 10 bulan lagi masanya, lambat lagi tuuuu”. Aku hanya senyum ajer, sebabnya MASA ITU BERLALU SANGAT PANTAS!

Saudara Muslianshah sangat teruja dengan simbahan debu warna...

Lagi pun trip yang jauh dan memakan masa yang lama begini memerlukan banyak ‘modal’. Jadi secara otomatiknya ia perlu di rancang lebih awal serta teliti. Tidak boleh main hentam keromo saja. Lagi pun kita yang nak berkelana sambil mencari gambar ni bukannya para jutawan atau bilionwan, petik jari semua terhidang! Kita cuma rakyat marhaen yang mencuba untuk mencari pengalaman yang berbeza di luar gelanggang selesa kita, dengan menggunakan ‘sumber’ yang ‘ketat’.

kumpulan pertama untuk trip YesIndia, dari kiri Asad Khan (guide), Irman, Yong, Rafidah, Ameens, Ariff, Yaman dan Ruzely. serta tukang gambar Rita.

Trip YES INDIA ni aku reka khusus untuk para penggemar foto yang ingin melihat dan merakam secebis penghidupan manusia di sebuah benua kecil yang di huni oleh lebih sebilion manusia. Jika kita berada di sana, pandang kiri kanan depan belakang, tiada lain selain kelihatan manusia dan lembu.

aksi biasa para pelancong...

Perjalanan selama lebih seminggu di sana akan ditemani oleh jurupandu tempatan yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dan telah beberapa kali membawa pelancong serta jurufoto dari serata dunia mengelilingi negaranya yang besar itu.Ada orang cakap, lebih murah jika kita buat trip tu sendiri2, segalanya kita buat sendiri, tempah hotel, tempah ketapi, tempah bas dan lain2 semuanya sendiri. Tapi aku lebih suka menggunakan jurupandu tempatan kerana mereka lebih mahir dengan negara mereka.

Juara Sony World Photo Award 2013, saudara Yong N Yong (nama glamer)... 

Trip kali ini pun aku buat bersempena dengan Pesta warna atau holi festival yang jatuh pada 6 mac. Jika mengikut rancangan awal kami akan bertolak pada 27 feb 2015 dan pulang pada 8 mac 2015. Tiket flight masih murah sekarang, sekitar RM1100 utk Malindo Air. Ini juga merupakan salah satu sebab trip ni di rancang begitu awal.

Jal Mahal, Jaipur.

Lelaki gipsi di Pushkar.

Alhamdulillah, nampaknya sambutan sangat menggalakkan. Poster rasmi belum di naikkan di FB, tapi tempat sudah di tempah habis. (secara tidak rasmi). Segalanya akan muktamad bila setiap peserta yang berminat sudah membeli tiket masing2. Kira siapa cepat dia lah yang berpeluang ikut. Segala detail akan di muat naik di page YesIndia Photo Travel.

Sekian.