Thursday, January 22, 2015

Pasca Banjir, Kelantan 2014 bersama Samsung NX1.


Bulan Disember 2014, bakal di kenang sebagai bulan bencana banjir terburuk di Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Malaysia amnya. Banjir mula melanda Pantai Timur bermula pada 23 disember dan semakin memburuk pada 25,26, 27 disember terutamanya di kawasan Ulu Kelantan. Bandar Kuala Krai Lumpuh sepenuhnya kerana di tenggelami air. Banyak kampung2 di Krai yang di tenggelami air sehingga ke rabung2 rumah.

 Kampung Manek Urai, Dabong, Kemubu, Pahi, dan banyak lagi kampung2 yang berada di kawasan yang sama mengalami kemusnahan yang dahsyat. Jika kita melihat pada kemusnahan harta benda, ianya seolah2 dilanda tsunami, mujurlah tidak dari segi kehilangan nyawa.

Pemandangan biasa di kampung2 yang terlibat.

Ingin sekali aku mendokumentasikan peristiwa besar ini, namun apa daya, sewaktu kemuncak banjir, segala cara perhubungan terputus, kecuali jika anda ada helikopter . Sebaik air mulai surut dan jalan boleh dilalui, aku pulang untuk menjengok keadaan rumah mak dan mak mertua yang teruk juga di tenggelami air. Perjalanan balik pada 27 disember itu agak tenang, tidak banyak kenderaan di jalan, mungkin mereka masih tidak pasti dgn keadaan jalanraya. Perjalanan agak terganggu apabila menghampiri Manik Urai, kerana terdapat jalan yang roboh serta hanya boleh di lalui selorong sahaja. Kesesakan sehingga 5 km. Aku memerlukan masa lebih sejam utk melepasi kawasan tersebut.

Bagai di langgar garuda.

Kawasan tersebut gelap gelita, kerana bekalan letrik sudah terputus, dengan hanya di terangi lampu kereta, aku dapat lihat rumah2 yang rosak di kiri kanan jalan. Kerosakan yang bukan sedikit, rumah kayu yang beralih tempat, tangga batu yang tegak, tapi rumahnya ntah di mana, rumah batu dua tingkat yang berselut sehingga tingkat atas. Melihat keadaan itu aku terfikir apalah nasib rumah orang tuaku.

Mujurnya rumah orang tua kami, di Kota Bharu dan Pasir Mas masih utuh, cuma terdapat kerosakan barang2 serta pakaian serta kenderaan yang tidak sempat di selamatkan. Namun semuanya selamat.

 Bercerita tentang pasca banjir di Kuala Krai, Aku dan isteri menyertai misi bantuan MAPIM, menyampaikan bantuan untuk mangsa2 banjir. Aku telah melihat dengan mata sendiri, mendengar rintihan mangsa dengan telinga sendiri serta merakam suasana selepas banjir dengan kamera sendiri (Samsung NX1).

Misi bantuan yang masuk ke kampung Manik Urai

Masih sukar mempercayai apa yang berlaku

Lihatlah kemusnahan yang berlaku di pinggir Sungai Lebir

Selut di dalam rumah kedai ini mencecah betis...


Disini barulah jelas kepada aku tentang apa sebenarnya yang berlaku, bagaimana mereka yang tinggal di Manik Urai lama terpaksa memanjat bumbung rumah dua tingkat utk selamatkan diri dari air yang derasnya bagai peluru. Mujurlah ada individu2 yang bergadai nyawa memandu bot datang menyelamatkan mereka di dalam keadaan gelap gelita, mereka cuma berpandukan lampu suluh sahaja utk mencari arah. Orang2 begini sepatutnya di beri penghormatan besar kerana keberanian yang tiada taranya itu.

Dahulu (3 hari sebelum) disitu tegaknya stesen keretapi Manik Urai.

...bersarapan di hadapan papan tanda, di belakang papan tanda itu 'dulu' adalah rumah mereka.

Inilah dia ukuran tingginya air di atas landasan keretapi di stesen Manik Urai, tiang telegraf tu adalah setinggi rumah dua tingkat.


Stesen keretapi Manik Urai, tidak kelihatan, yang tinggal cuma papan tanda serta peti besinya sahaja. Begitulah dahsyatnya penangan banjir kali ini. Umum mengetahui, biasanya stesen keretapi akan di bina di kawasan yang tinggi. Mengikut cerita mak saya, dahulu, kalau musim banjir, mereka akan berpindah ke stesen keretapi kerana tempat itu lebih tinggi dan selamat. Kali ini lain sangat ceritanya. Sungguh tragis, melihat sepasang suami isteri bersarapan di hadapan bekas rumah mereka, yg tegak di situ dua hari lepas, kini tinggal ceracak2 saja.

Stesen Kemubu, landasannya tertimbus selut, di kejauhan kelihatan bukit yang gondol.

Jambatan keretapi Kemubu, putus dua.

Rumahnya juga 'hanyut'.

Gigih bertahan, demi kelangsungan hidup, walau terpaksa berkhemah di tapak bekas rumah.

'Mencari air' kini sungai Galas merupakan punca air utama.

Rumah bertenggek di atas jambatan... hanya di Kemubu.


Sementara itu di Kemubu, aku lihat jambatan keretapi besi yang dibina sekitar tahun 1920an itu terputus dua. Kuarters pekerjanya hancur, hanyut. Runah rumah di kampong tersebut banyak yang hanyut, yang tinggal hanyalah tiang, tangga batu serta lumpur pekat setinggi lutut.

Begitulah! Air yang diminum seharian, menjadi pemusnah yang hebat, bila di kehendakiNYA.



SAMSUNG NX1.



Samsung, baru2 ini (disember 2014) telah melancarkan kamera mirrorless APS-C nya yang terbaru dan tercanggih di pasaran kini. Di sini saya kongsikan beberapa imej kamera tersebut untuk tatapan anda.




Kamera ini bersaiz kecil, ringan, serta ergonomik. Kamera ini juga berkapasiti 28MP, satu saiz pixel yang cukup untuk menghasilkan foto2 yang tajam serta detail. Dengan size ini kita dapat membuat cetakan foto saiz poster dengan mudah.  
Senarai harga pakej NX1.

Acara "Meet The Pros" ini merupakan acara Khusus yang di adakan bagi memperkenalkan NX1 kepada khalayak fotografi. Jika anda berminat, sila ke web yg tertera.


Disamping mempunyai bilangan pixel yang tinggi, NX1 juga mempunyai beberapa kelebihan lain, seperti sistem fokusnya yang sangat tepat serta laju. Kelajuan pengatupnya mencapai 15 fps. Kita tidak akan terlepas akan aksi2 penting, terutama jika kita terlibat dalam bidang fotografi sukan bermotor seperti motocross atau pun perlumbaan kereta. Kamera ini juga amat sesuai untuk penggemar sukan ekstrim seperti BMX dan papan selancar.