Monday, December 14, 2009

Hikayat 1001 kawan....

Orang tua tua kata berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Korang rasa betul tak perumpamaan tu? 

Pada aku, itu teramatlah betulnya kecuali sekarang ni ramai orang berkasih beribu-ribu (kalau boleh ler..). Sesama kawan biasanya kita mendapat benefit antara satu sama lain,  kita berkawan biasanya kerana interes yang sama. Sebagai contoh, aku sebagai seorang fotografer mempunyai ramai kawan2 di kalangan fotografer. Namun begitu ada juga kawan2 ku bukan terdiri dari fotografer.

Kat sini aku nak kongsikan konsep 'kawan' anutan aku.

 Apabila kita berkawan, kita perlu jujur.Tahu dengan jelas, apa tujuannya.  Tiada niat tersembunyi terutama yang tidak baik. Namun aku mengerti bahawa setiap manusia mencari kawan 'bersebab'. Kerana tiada guna kalau kita ada ramai kawan tapi tidak seorang pun boleh memberi faedah atau mendatangkan menafaat samada dari sudut spiritual atau materi. Jadi soal mengguna atau dipergunakan kawan adalah lumrah. Asal kita sedar tentangnya. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Oleh kerana aku amat memahami tentang konsep ini maka kadang kala aku tidak perduli apabila berasakan ada antara kawanku yang mengambil kesempatan keatasku, tanpa membawa mudarat ke atas ku, kerana aku dengan sesungguhnya sedar bahawa di satu hari yang lain aku akan meminta pertolongan atau 'ambil kesempatan' keatas kawanku tu pulak!
 :D.

kawan: macam bungapi... cantik dilihat, silap sikit boleh membakar....

Mudahkan konsep 'kawan' ku?.... korang jangan lupa ada satu golongan kawan lagi yang kita panggil 'kawan baik'. Ini kira lain kes lah! Biasanya kita tak punyai ramai 'kawan baik'. Kalau dengan kawan aku boleh buat2 bodo aja atas isu2 yang ditimbulkan. Tapi bagi kes 'kawan baik' aku sentimental sket la..... :). yer la kan.. ngan kawan baik kita selalu berkongsi apa apa saja yang boleh di kongsi yer tak? Hatta kita sangat berlebih kurang dengannya. Kita mendengar masalahnya. Kita membelanya bila ada orang mengutuknya. Kita memandang tinggi padanya.

Tetapi yang selalu menyebabkan kita bengang ialah kawan yang rapat dengan kita lah! Orang yang selama ini kita pandang tinggi tu lah yang akan memandang rendah pada kita.... ha ha ha... salah tu kalau kita gunakan istilah memandang tinggi pada manusia, sebab balasannya adalah dia akan memandang rendah pada kita! Inilah yang berlaku pada aku.... ha ha ha... semenjak menerjuni bidang fotografi ni banyak rakan yang begini kujumpai.

Aku pernah ada kawan yang kononnya berkongsi minat dalam fotografi, ingin naik sama2, tapi sudahnya tanpa ribut, tanpa taufan, SENYAP. Tahu-tahu hantar SMS ' kunci studio ada dalam posbox'. Maklum dah jumpa partner baru.. ha ha ngan aku ni cuma kawan bukan rakan kongsi. 

Ada juga, telah menuding jari kearahku kononnya aku adalah penambah perisa keatas cerita2 tentangnya. Padahal aku memberitahunya tentang pandangan orang lain tentangnya supaya dia tau apa yang berlaku disekelilingnya, tanpa ada niat untuk memburukkan sesiapa. Salah rupanya langkah ku itu, niat baikku telah memakan diriku sendiri. Dia boleh mempercayai cakap orang yang tidak kenalpun siapa aku. 

Segala yang berlaku, aku terima saja dengan seadanya, sebab aku yakin dan pasti segala perkara yang ku lakukan memang dengan 'niat'. Dan aku tidak pernah berniat buruk terhadap orang lain. Bukanlah nak menegakkan benang basah atau berlagak baik, tapi aku sentiasa percaya akan diri manusia yang mempunya dua sisi. Terang dan gelap (macam foto) terpulanglah sisi mana yang lebih banyak. Bagi aku, akan ku cuba mengenepikan sisi gelap mereka dan hanya menumpukan pada sisi cerah. (walaupun dalam foto perlu kedua dua sisi.. kalu tak OE jadinya.. :D). 

Tidak ada manusia yang mempunyai sisi cerah semata. Jadi aku percaya jika kita mengasingkan sisi gelap dan cerah dengan berhati hati kita akan dapat berkawan dengan ramai orang. Pun begitu kadang kadang kita terlewat melihat sisi gelap kawan kita.. :) Sekiranya ini berlaku... pandai pandai lah cari jalan keluar.... kira jadikan kawan....

 "HI HI, 
BYE BYE" jer lah.. :D







Wednesday, December 9, 2009

antara Kellie's Castle, Ipoh dan Nasi Ganja.....


kellie's castle yang di katakan berhantu....
Pagi semalam aku bersama geng entusias photo ke Batu Gajah Perak, gi melawat mansion uncle Kellie.... sebetulnya dah banyak kali aku lalu kat situ tapi belum pernah sekali pun aku singgah untuk mengambil gambar. Kalau dulu2 tempat tu nampak scarry jerk, sekarang tak tau la pulak.


dari kiri: enche adykasyah, zamrud, kurt G & joe.

Sekitar jam sebelas kami sampai, matahari terik memancar, langit biru. Haaa... seswai sangat untuk IR fotografi nih! nasib baik aku bawak kamera IR(foto2 kat sini semuanya guna kamera IR). Kami berlima tak membuang masa terus mencari angle yang menarik untuk di foto. Mengambil gambar bangunan atau arkitekstur ni sebetulnya agak mengelirukan kerana kita perlu memahami dengan sangat mendalam berkenaan bangunan yang nak di foto... err.. kena amik masa yang lama sket (..untuk aku). Memahami setiap sudut dan dinding serta struktur akan membantu kita merakam gambar yang akan mencermin kan 'jiwa' bangunan tersebut. Yang sememangnya agak sukar untuk di terjemahkan ke dalam bentuk visual foto.


koridor...

Ku cuba-cuba merakamkan gambar Kellie's Castle, seperti yang korang dapat lihat di sini. Berjaya atau tidak bergantunglah pada rasa korang... ha ha..


sebahagian dari runtuhan kellie...

sesudah tu kami ke Bandaraya Ipoh untuk mengisi perut yang kelaparan... jeng jeng jeng.... kitorang pekena .. nasi ganja... kenapa dipanggil begitu? aku pun tak tau. Yang pasti mereka kata kalau dah terkena sekali yang pasti akan datang lagi. Buktinya aku... abis jer makan, terus bungkus lagi, bawak balik hu hu hu.... dah tersangkut kot?? Dalam kedai pelanggan penuh, kat luar panjang beratur..... memang terbukti sangat terkenal. Kopi kat situ pun kaw kaw best! kalau aku singgah ipoh lagi pasti aku akan pekena 'nasi ganja'.

.. nasi ganja..

deretan bangunan lama di Ipoh...

Monday, December 7, 2009

Perak Aman Jaya International Eco Adventure '09

dari kiri: ariff, atoii, zaen, yaman, remy, ajako, maddog, mel.

Hu hu hu... Baru aku tau bahawasanya mengambil gambar event antarabangsa ni tersangatlah memenatkan.. fuh fuh fuh... stamina kena lebih!!! Kalau tak pancit la... Selama 5 hari (2-6 dis) aku bersama geng Official Shooter @ Expose Studio diketuai oleh saudara Ajako mengenali kepayahan dalam menghasilkan gambar.

http://www.perakecoadventure.com/

Nak tau lebih detail pasal perlumbaan tu.. korang baca kat web diorang. Apa yang aku nak cerita kat sini adalah tentang hal2 sampingan yang tak semua orang nak tau.. ha ha ha.

Perancangan yang teliti sangat perlu dalam menangani event antarabangsa begini kerana pihak penganjur hanya mahu hasil yang terbaik. Pun begitu pasukan fotografer yang mantap sangat perlu dalam merealisasikan kehendak penganjur ini. Dalam hal ini aku rasa pihak Official Shooter telah melakukan yang terbaik... Tahniah Mr. Ajako... fun gilerrrr...

Pink Panther, peserta dari UK, sentiasa di tempat tercorot.

Hari pertama kat Pulau banding, aku kena cover orang absailing ngan kayak serta berbasikal, adoi.. dah lama tak eksesais.. ha ha ha... pancit geng!!! tapi kena teruskan jugak. Dalam hujan renyai2 aku tembak gak para peserta.. nasib laa kamera selamat. he he. Kitorang tido kat Belum Resort, Pulau Banding, Berasak asak 7 orang dalam satu bilik. Bilik tak cukup!. Korang bayang kan lah terdapat 4 orang dari kitorang yang tidur sambil tiup seruling, trombone, trumpet dan seangkatan dengannya. Gamat siottt.

Hari kedua, perlumbaan berlangsung kat Taiping dan Kuala Sepetang. Baru aku tau, rupa rupanya banyak lagi tempat2 yang menarik ada kat Taiping. Ada air terjun dan anak sungai yang cantik, yang jarang di ketahui oleh orang luar. Hatta orang sekitar Taiping pun berkemungkinan tidak menyedari kewujudan tempat2 ini. Kali ni kitorang tidur kat Hotel Flemington, di tepi Taman Tasik Taiping.. Best!

dalam hutan di Taiping.

Hari ketiga, di Gua Tempurung dan Sg.Kampar. Laluan kali ini pada aku sangat mencabar, kerana aku kena mengambil gambar dari dalam bot getah sambil melalui jeram2 sepanjang 12km di Sg.Kampar. acara white water rafting ini betul2 mencabar keberanian aku kerana aku perlu mempertaruhkan diri serta peralatan yang aku bawa kepada kemahiran 3 orang pendayung pro yang mengemudi bot tersebut. alhamdulillah segalanya selamat! Pengalaman yang sukar di lupakan. Sungguh!!!  Seperkara lagi, hari ni ada pesta makan deroyan kat gua tempurung... hua hua hua makan durian free.......Malam tido d Hotel Grand Kampar.


mendayung di celah batu dan jeram

peserta singapura terjatuh dalam air

Hari terakhir di Pasir Salak dan Pangkor. Pengalaman menarik dan agak menakutkan adalah bila aku terpaksa menyeberang laut dari Teluk Batik ke Pasir Bogak di Pangkor dengan menaiki bot aluminium berinjin 25kk. Cuba lah bayangkan 4 orang yang berbadan 'cute' menaiki bot berkuasa kecil merentas laut yang beralun. Macam naik perahu yang di kayuh jerk..." Dah tak boleh laju lagi bang" kata pemandu bot. ha ha ha... aku naik risau bila bot besar melintas, macam nak terbalik rasanya....Lain aku tak pikir.... peralatan, peralatan, peralatan. Malam tido d Pangkor Island Beach resort.

Sebelah petang, penyampaian hadiah dibuat oleh Menteri Besar Perak, asal orang Pangkor. Sangat peramah orangnya.

pemenang keseluruhan dari Sweden

Monday, November 30, 2009

nasi berlauk KAK WOK...


lauknya cuma ayam goreng dan gulai....


Kalau sebut nasi berlauk, semua orang di Malaya ni akan kaitkan dengan Kelantan dan Terengganu, biasanya berlaukkan gulai ikan... Tapi nasi berlauk Kak Wok ni cuma berlaukkan ayam goreng dan ayam gulai semata mata.. lain2 lauk takder...
... dengan RM2.50 kita dah kenyang....

Kedai Kak Wok ni terletak di belakang Kota Bharu Medical Centre, sangat popular di kalangan para pekerja ofis dan penduduk sekitar. Nasi berlauknya mula di jual waktu tengah hari.

..walau hujan, nasi Kak Wok tetap menjadi puujaann hati ku....

Kepada penduduk sekitar Kota Bharu nasi Kak Wok sangat popular, kerana rasanya yang lazat. Juga kerana harganya yang sangat berpatutan. Kalau dulu dengan rm2, kita dah boleh dapat sebungkus. Tapi kini sekurang2nya kena rm2.50 baru dapat. Maklumlah barang semua dah naik. Namun begitu dengan rm3, kita boleh dapat nasi berlaukkan ayam goreng dan ayam gulai yang mampu membuatkan perut kita kenyang sampai ke malam... Kalau nak lauk banyak order yang berharga rm5.. ha ha ha.... pasti buntang kekenyangan....

..nasi berlauk Kak Wok, nampak je simple camni... sekali kena... tak akan luperrrrrr....

Sunday, November 29, 2009

Daudsu Kahwin......

Ha ha ha... kawe jadi 'tokllaki ore doh.....'

Jarang sekali aku mengambil gambar orang kahwin. Terbaru ni adalah perkahwinan Daudsu, pemain bolasepak Red Warrior, Kelantan. Majlis orang2 glamer ni biasanya di hadiri oleh orang orang terkenal, tak terkecuali lah jugak dengan majlis Daudsu ni.....
Bersama rakan2 sepasukan....

Ramai yang menghadiri majlis ini saudara mara, handai taulan dan para peminat bola kelantan yang mengetahuinya, datang beramai2 memeriahkan majlis. Nasib baik cuacanya panas hingga ke petang...

di apit 2 pelakon tanah air.....

kelihatan dalam gambar: Datuk Fathmi (SUS Perdana Menteri), Tan Sri Annuar Musa.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA DAUDSU DAN SHAHMINA SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU....

Thursday, November 26, 2009

Abang Li, pelukis veteran

Seorang sahabat lama, Abang Li... Lama dah tak jumpa.

Semalam aku berkunjung ke kedai tempat beliau melukis di Bazaar MARA Pasir Mas, beliau masih macam dulu peramah dan banyak ceritanya. Kebetulan ada pelanggan yang sedang menunggu beliau menyiapkan lukisannya. Abang Li ada lah seorang pelukis angkatan lama yang masih lagi menghasilkan lukisannya yang menggambarkan Jambatan Sultan Yahya Petra di tahun 70'an. Lukisan ini terkenal seantero malaya, menurut Abg Li, beliau telah menghasilkan beribu ribu lukisan tersebut. Malah lukisan itulah yang menyara kehidupan beliau sekeluarga selama ini.
Tiba2 Abg Li menunjukkan sekeping surat dari MARA, mengarahkan beliau keluar dari lot kedai tersebut. dengan nada separuh hati beliau berkata, mungkin beliau harus berhenti melukis. Tergamam aku mendengarnya....dia pun kurang mengerti kenapa MARA nak mengambil balik lot tersebut... melihat pada lokasi dan keadaan kedai yang daif, mustahil kawasan itu boleh maju... menurut Abg Li, beliau tidak ada tunggakan sewa.

Melihat pada kedai2 lain yang juga kelihatan begitu daif dan menyedihkan keadaannya, aku rasa sepatutnya MARA mengambil inisiatif untuk memajukan kawasan tersebut. Bazaar MARA Pasir Mas tu seingat aku dah ujud sekitar 30 tahun dahulu dan tidak pernah di naik taraf sehingga kini....

Tentang nasib Abg.Li pula aku rasa sangat simpati kerana bukan mudah untuk mendapat kan tapak kedai dengan sewa yang sangat murah kini. Pihak MARA juga perlu menimbangkan kesukaran bumiputra dalam mendapatkan tapak berniaga. Kewujudan MARA adalah untuk membantu kaum bumiputra, bukan untuk menjadi badan korporat yang mangaut untung besar lalu melupakan fungsi utama penubuhannya.

Saturday, November 7, 2009

KELATE kena GOMO......


merah memenuhi stadium... bagaikan lautan darah!! GO! Red Warrior!!


.. ni peluang aku , nah amik korang....

.. kecewa...

N9=3, Kel=1

penyokong kuningnya sedikit cuma... 

Aku ni bukan peminat bola, jauh sekali pemain bola, aku kaki bangku. Seumur hidup aku baru sekali aku tengok bola di stadium, itu pun masa aku kecil. Tapi malam tadi aku telah memecah tradisi hidup dewasa aku. Aku gi tengok Kelantan lawan N9, kerana teruja dengan semangat 'gomo kelate gomo', atau mungkin kerana dah 40 tahun kelantan tak ke final piala Malaysia. Bersesak2 lah aku dalam train ke Bukit Jalil.  Lautan manusia berbaju merah dalam stadium begitu mengujakan, dah macam tengok stadium MU dah. Merah memenuhi tiga suku stadium, kuning aku lihat tak sampai suku, sebab zon penampan yang polis ujudkan agak besar. 

Dek kerana zon penampan yang besar, ramai para penyokong kelantan terpaksa berasak asak di ruang penonton atau mengintai intai dari celah celah pagar kat atas. Sungguh tak puas hati rasanya., dah la beli tiket black market! dengarnya ada yang bayar sampai RM50, aku pun beli pasar gelap juga tapi rm21 jer, sebab 3 hari sebelum perlawanan. Ermmm...penganjur memang bangang jual tiket ikut kapasiti stadium, pastu ambik tempat duduk untuk jadikan zon penampan. Kalau FRU tu terrer sangat beratur la jadi pagar antara dua puak tu.. ha ha ha.. kita tengok sapa yang kena..... ini beratur kat tepi padang .. apa barang.... sapa yang boleh lompat longkang 8 kaki tu.... maka jadi la sasaran mercun penonton... :P

Gema sorakan 80 ribu penonton dalam stadium memang mengujakan, dan mampu mengheret perasaan bukan kaki bola untuk bersorak sama. Malam tadi aku melihat gelagat para penyokong Kelantan yang tertewas! Begitu kecewa! Sorakan Kelantan yang kuat , terhenti bila N9 menyumbat gol!!!  Aku dapat merasakan mereka begitu kecewa. Bayangkan mereka datang dari jauh dengan menempuh banjir dalam perjalanan, semata2 untuk melihat pasukan mereka beraksi. Alih alih satu gol demi satu gol terpaksa mereka telan. 

Bila N9 mendapat gol ketiga, para penyokong yang kecewa mula angkat kaki, balik..... Masa ni lah segala botol air, atau apa saja yang boleh di baling terbang ke padang. Masa ni juga mereka membaling mercun2 yang mereka bawa untuk meraikan 'kemenangan' mereka ke arah FRU.... dan masa ni juga pihak berkuasa boleh melepas geram mereka pada penyokong kelantan dengan menyembur serbuk pemadam api kearah penonton..... 

slogan ' gomo kelate gomo' malam tadi tak menjadi, nampak gaya kelantan yang kena gomol, apa boleh buat, bola itu bulat, licin pulak tuh! ha ha ha kita penyokong ni yang tak puas hati...... rasa macam mereka tu main 'main-main'.

Tuesday, October 27, 2009

Adik2 jangan mencuri.

Hari ini aku menerima satu mesej di FB, berkenaan gambar Malena Mohta yang aku shoot beberapa bulan lepas. Katanya gambar itu telah di gunakan oleh seorang pelajarnya untuk kerja kursus akhirnya.
Uiikkss.. terkedu aku, macam ni pun boleh berlaku jugak? Melalui link yang aku beri ,  pensyarah tersebut telah mengesahkan bahawa itulah gambar yang telah di gunakan...

nak tengok?

ni la gambarnya... 

satu jer la pesanan aku pada yang terlibat, berkarya biarlah jujur, orang menghormati sikap kita lebih daripada cantik atau hodoh hasil karya kita.

p.s.  pelajar tu dari jurusan fesyen, institusi .............

Sunday, October 18, 2009

KL heritage trail photo contest

'Geng Neo'... dari kiri, Ah Boi, Ayie, Yaman, Rita, Jai.

Pepagi ahad ni aku terpaksa bangun awal untuk menyertai Kuala Lumpur Heritage Trail Photo Contest... pertandingan ni ala ala 'Canon Photo Marathon' gitu.. cuma hadiahnya tak lah sampai boleh gi jepun...

Tiba di lokasi sekitar 7.30 pagi orang dah agak ramai, ada dalam 250 orang peserta semuanya. Boleh tahan ramainya. Semua peserta kelihatannya tak sabar sabar lagi... ha ha ha... termasuklah aku dan 'geng neo'.

Pertandingan fotografi ini melibatkan jalan2 di dalam kawasan bersejarah di KL, seperti jln masjid india, masjid jamek, stesen keretapi, central market, jalan petaling dan beberapa jalan lagi. Dalam pertandingan  ini nasib aku agak baik kerana mendapat 'merit prize', manakala seorang lagi  geng neo, Rita Aziz mendapat 'consolation prize'. Melihat pada gambar2 yang menang hadiah utama tu dapat la aku agak gambar2 kitorang lebih pada street photo, manakala para pengadil lebih cenderung pada gambar2 heritage architecture....

sepuluh keping gambar yang aku hantar....

... berat menggalas pelbagai lens dalam beg.. akhirnya aku pakai satu jer lens, nikkor 14-24(2.8). Semua gambar2 ini diambil menggunakan lens tersebut.

Saturday, October 17, 2009

Nyamannya Puncak Rimba....

Sudah agak lama aku tidak bermandi manda di sungai atau laut atau tasik.... walaupun tempat tempat sebegitu selalu juga aku kunjungi... Maklum, jika di kunjungi sebagai fotografer, alamatnya takder can laa... Kita cuma mampu pandang jer laa.... he he he...

... foto dari henfon sony ericsson...

Tapi hari ini berbeza...di Puncak Rimba, Bkt Tinggi, selepas mengambil gambar, nekad aku berendam dalam anak sungai berbatuan tu , walhal peralatan kamera ku tinggalkan kat tebing sungai.. :) Airnya sejuk macam air batu walau pun jam dah 2 petang... bbrrrrr....



Saturday, September 26, 2009

PM ke Petaling Street?



Macam tak percaya kan? Betul, DS Najib dan isteri berjalan kaki melalui petaling street malam tadi, sempena Pesta Tanglung KL '09. Kalau nak di kira jauh jugak perjalanan yang di lalui tu, dari CM ke kota raya, jln petaling, tamat di CM. (harap2 sempat le dia jeling barang2 tiruan yang berlambak kat situ... :D)

Dalam keadaan ramai begini agak sukar untuk mendapatkan shot yang bagus, asyik kena tepis dengan abang polis dan abang body gard yang teramat ramai tuhh! Kita pun paham yang di kawal tu adalah Perdana Menteri Malaysia, orang nombor satu negara, tapi apalah salahnya kalau berlembut sket yea tak? Tapi kawan2 dari press cakap, biasa la cam tuh, pernah ada fotografer yang terpelanting kena tarik abang bodygard. Apa2 lah, untuk para fotografer pulak , kena la faham undang2, kalau VVIP cam PM ni takkan lah nak acu lens depan hidung, memang cari na'as la tuh.

Untuk para pemimpin dan abang polis serta abang bodygard; SATU MALAYSIA tu amat luas pengertiannya.

Sunday, September 20, 2009


nasi sup, daging bakar...

Setiap kali balik kampung, aku mesti ke pasar Pasir Mas, pekena nasi sup, daging bakar kegemaran ku. Pagi tadi aku berkunjung lagi ke pasar, nasib baik diorang dah berniaga walau pun baru raya kedua :). Apa lagi aku layan laaaa.... dah lama tak kena ni....
Kalau ada sesiapa datang ke Pasir Mas, silalah ke pasarnya, cuma ada 2 gerai saja yang menjual nasi sup, daging bakar, dan kedua-duanya... marbleezzz... :)
Lepas tu, seperti biasa.... potraiture... orang2 lama.. :). Ternyata orang2 tua di sini senang untuk di foto....

Baru sebentar tadi aku mendapat berita kematian teman pejabat lama, En.Rizuan Hassan, umurnya belum pun 55 tahun, seorang yang baik dan tak pandai marah. Al fatihah, semoga di tempatkan dalam golongan orang beriman. Begitulah putaran hidup, kematian yang tidak di jangka begini seharusnya mengurangkan rasa sombong kita sesama manusia, apa lagi terhadap Allah s.w.t.


Saturday, September 19, 2009

mana 'bangau' nya?

Sukarnya mencari Gambar!

Banyak orang ingat, nak mendapatkan gambar semudah menarik nafas,sedut, hembus. selesai (sebab tu lah diorang nak pakai gambar2 secara free jer.. :D). Hakikatnya tidak begitu, nak mendapatkan gambar sekeping, berpuluh2 km perlu di tempuh, duri dan onak perlu di harung.. he he..

Hari ni sesudah subuh aku dan ayie memulakan perjalanan mencari perahu nelayan yang ada "bangau" di atasnya. Dari Kuala Besut hinggalah ke Pantai Sabak! Jauhnya perjalanan, cuma untuk mendapati bahawa perahu jenis itu kini tidak lagi di parkir di atas pantai( seperti kebiasaannya dahulu ), semuanya berlabuh di muara sungai. Ini adalah kerana pantai2 yang biasa menjadi 'garaj' sudah hilang di hakis ombak. Tapi akhirnya kami berjumpa juga dengan perahu jenis ini di Sabak. Perahu jenis ini dah pupus di pantai2 lain. Jadi perjalanan sesepagian ini kira ada hasil jugalah.

Dalam perjalanan, aku sempat berhenti di kedai gunting kampung untuk bergunting raya... ha ha ha.... lihat la gambar tu.... berderet orang menunggu... dan yang paling best ialah harganya... dewasa Rm4, kanak2 Rm2.... best kan duk di kampung... :)

foto: ayie

Friday, September 11, 2009

aidil fitri datang lagi.....


Saban tahun setelah sebulan berpuasa umat islam merayakan aidil fitri, dengan pelbagai gelagat. Yang kaya dengan bergayanya, yang kurang mampu pun tak kalah jua. tahun ini akan berulang rutin yang sama. Ada yang begitu taksub dengan persediaan hari raya, semua mesti baru belaka.. ha ha.. tapi puasa? cukup ke..? :D Apa apalah!

Aku macam biasa, tidak pernah kemaruk dengan persediaan hari raya, nak beli kasut baru? rasa rasanya baru sebulan lepas beli sepasang! Nak baju melayu baru? haaaihh! yang dok ada banyak pasang tu pun jarang di pakai. Lagi pun aku rimas kalau ke pusat membeli belah di ambang perayaan macam ni... SSeessakkkk!!

Raya tahun '09 ni aku tidak lagi makan gaji, rasa bebas bila nak cuti, bila nak masuk keja balik. 6 tahun lebih aku kerja di syarikat 'datang walau malas'. Tahun lepas merupakan kenangan raya ku yang paling bermakna di kompeni tu... tahun lepas banyak staff di kompeni ni beraya tanpa duit! bonos tak dapat, kerana masalah kedatangan katanya! duit raya pun tak dapat, walau dah mengabdikan diri bertahun tahun.. (tapi staff kontrak dapat duit raya..) Haaiihhh.. kompeni dia, ikut suka lah apa dia nak buat yer tak?

Tiada belas, tiada ihsan.. jauh sekali perihatin! Jawapannya cuma 'kita ikut peraturan, ada masalah disiplin, tiada bonus atau duit raya'... Ha ha ha ha... aku rasa berbulu dalam seluar pun ada... yang bercakap tu takpa .. gajinya mencecah 5 angka.... yang dok merana ni adalah manusia2 yang mempunyai banyak tanggungan .. dengan gaji yang tak sampai 2k (itu pun dapat 2 minggu sebelum raya).. camana tu nak raya????

Mulai detik itu lah, aku tawar hati untuk berada di situ lagi... cukuplah..cukuplah aku mendengar MEREKA menabur pelbagai janji yang tak pernah tertunaikan. Mengaku sebuah Syarikat Melayu Islam Yang Hebat di Malaya ni, tetapi cakap tidak serupa bikin. Aku teringat, lama dulu aku pernah bekerja di syarikat penerbitan cina di PJ.... anehnya MEREKA MEMBERI DUIT RAYA, bila tiba aidil fitri.

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

p.s. Aku dengar raya tahun ni kompeni lama aku tu tak beri bonus, apa lagi duit raya... errrmmmm..... (blur)... aku pasti alasannya adalah semua orang tidak bekerja dengan cemerlang!.. :D

sekali lagi Salam Maaf ku hulur....
jangan marah nanti kena jual.. !!

Thursday, September 10, 2009

Kg.Beng, Afiq, Ipoh... untuk kesekian kalinya....

Untuk kesekian kalinya, aku mengunjungi lagi subjek2 fevretku...

Kampung Beng, yang terletak di Lenggong, merupakan sebuah kampung yang sangat memukau pandangan, walau dikunjungi berkali-kali (sayang sekali di sini tiada homestay). Kali ini kunjungan ku disambut hujan yang sederhana lebat....

Afiq, merupakan fevret modelku dari Sayong, sudah besar dia, dah sekolah darjah satu. Pertama kali ku kenali, dia berumur 4 tahun.. kedatangan ku di sambut gembira oleh Afiq.. ha ha ternyata dia masih mengenali aku....

Ipoh, sebuah bandar yang penuh dengan peluang2 bagi fotografer yang tahu mencari... aku tinggal di hotel stesen keretapi Ipoh.... klasik la konon, dah masuk dalam bilik... adoi.. scary siot..... :D :D....