Sunday, July 25, 2010

Seminggu Bersama RARINDRA PRAKARSA....

Dayak Losarang.....

Pada tarikh  16-23 julai 2010 aku telah mengikuti  kembara foto bersama Rarindra Prakarsa, seorang fotografer ternama dari negara seberang, Indonesia. Selama seminggu aku dan teman2 fotografer lain berkunjung ke tempat tempat yang sangat menarik untuk di foto. Secara jujurnya kedatangan aku adalah untuk melihat, memerhati, serta mempelajari cara sang maestro foto ini bekerja.

 

Pengukir topeng di Indramayu....

Kesimpulannya adalah beliau merupakan seorang yang sangat sederhana dan merendah diri. Beliau juga mengambil gambar dengan membawa peralatan yang sangat minima, sebuah kamera dan 3 lens. Aku kira lens fevretnya adalah 135mm 2L dan 50mm. Hampir sepanjang masa aku melihat lens 135mm itu melekat pada kameranya. Tergantung di beg galasnya adalah sebidang reflector bersaiz kecil, yang biasanya di gunakan untuk membalikkan cahaya kepada wajah subjek.

 

Pemandangan pagi di Tasik Situ Gunung....yang terletak di Sukabumi.

Setelah melihat sendiri cara beliau ‘membuat’ gambar, samada mencari subjek, menentukan angle, memberi arahan sehinggalah saatnya menekan shutter, membuatkan aku sedar bahawa gambar yang baik tidak  selalu ‘datang’ kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan ‘mencipta’ gambar, agar gambar yang kita hasilkan tidak sama dengan gambar2 orang lain. Semua orang bisa menggambar, tapi tidak semua orang bisa mendapatkan ‘gambar’.

 

Aku dan Rarindra.....

Sudah bertahun tahun aku melihat gambar2 beliau di fotografer.net. Kini aku berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat cara beliau menghasilkan foto2nya. Rarindra terkenal dengan foto2 yang memperlihatkan ‘ray of light’. Sehinggakan ada yang mengandaikan bahawa ROL tersebut merupakan hasilan dari photoshop. Juga terdapat ramai fotografer2 yang cuba meniru gaya foto beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Nampak gayanya keberhasilan terbesar aku pada kali ini adalah bukan foto2 yang ku bawa pulang, tetapi pemahaman ku tentang bagaimana hendak menghasilkan gambar2 yang memperlihatkan ROL serta mempunyai kesan seperti sinematografi wayang gambar.