Saturday, September 26, 2009

PM ke Petaling Street?



Macam tak percaya kan? Betul, DS Najib dan isteri berjalan kaki melalui petaling street malam tadi, sempena Pesta Tanglung KL '09. Kalau nak di kira jauh jugak perjalanan yang di lalui tu, dari CM ke kota raya, jln petaling, tamat di CM. (harap2 sempat le dia jeling barang2 tiruan yang berlambak kat situ... :D)

Dalam keadaan ramai begini agak sukar untuk mendapatkan shot yang bagus, asyik kena tepis dengan abang polis dan abang body gard yang teramat ramai tuhh! Kita pun paham yang di kawal tu adalah Perdana Menteri Malaysia, orang nombor satu negara, tapi apalah salahnya kalau berlembut sket yea tak? Tapi kawan2 dari press cakap, biasa la cam tuh, pernah ada fotografer yang terpelanting kena tarik abang bodygard. Apa2 lah, untuk para fotografer pulak , kena la faham undang2, kalau VVIP cam PM ni takkan lah nak acu lens depan hidung, memang cari na'as la tuh.

Untuk para pemimpin dan abang polis serta abang bodygard; SATU MALAYSIA tu amat luas pengertiannya.

Sunday, September 20, 2009


nasi sup, daging bakar...

Setiap kali balik kampung, aku mesti ke pasar Pasir Mas, pekena nasi sup, daging bakar kegemaran ku. Pagi tadi aku berkunjung lagi ke pasar, nasib baik diorang dah berniaga walau pun baru raya kedua :). Apa lagi aku layan laaaa.... dah lama tak kena ni....
Kalau ada sesiapa datang ke Pasir Mas, silalah ke pasarnya, cuma ada 2 gerai saja yang menjual nasi sup, daging bakar, dan kedua-duanya... marbleezzz... :)
Lepas tu, seperti biasa.... potraiture... orang2 lama.. :). Ternyata orang2 tua di sini senang untuk di foto....

Baru sebentar tadi aku mendapat berita kematian teman pejabat lama, En.Rizuan Hassan, umurnya belum pun 55 tahun, seorang yang baik dan tak pandai marah. Al fatihah, semoga di tempatkan dalam golongan orang beriman. Begitulah putaran hidup, kematian yang tidak di jangka begini seharusnya mengurangkan rasa sombong kita sesama manusia, apa lagi terhadap Allah s.w.t.


Saturday, September 19, 2009

mana 'bangau' nya?

Sukarnya mencari Gambar!

Banyak orang ingat, nak mendapatkan gambar semudah menarik nafas,sedut, hembus. selesai (sebab tu lah diorang nak pakai gambar2 secara free jer.. :D). Hakikatnya tidak begitu, nak mendapatkan gambar sekeping, berpuluh2 km perlu di tempuh, duri dan onak perlu di harung.. he he..

Hari ni sesudah subuh aku dan ayie memulakan perjalanan mencari perahu nelayan yang ada "bangau" di atasnya. Dari Kuala Besut hinggalah ke Pantai Sabak! Jauhnya perjalanan, cuma untuk mendapati bahawa perahu jenis itu kini tidak lagi di parkir di atas pantai( seperti kebiasaannya dahulu ), semuanya berlabuh di muara sungai. Ini adalah kerana pantai2 yang biasa menjadi 'garaj' sudah hilang di hakis ombak. Tapi akhirnya kami berjumpa juga dengan perahu jenis ini di Sabak. Perahu jenis ini dah pupus di pantai2 lain. Jadi perjalanan sesepagian ini kira ada hasil jugalah.

Dalam perjalanan, aku sempat berhenti di kedai gunting kampung untuk bergunting raya... ha ha ha.... lihat la gambar tu.... berderet orang menunggu... dan yang paling best ialah harganya... dewasa Rm4, kanak2 Rm2.... best kan duk di kampung... :)

foto: ayie

Friday, September 11, 2009

aidil fitri datang lagi.....


Saban tahun setelah sebulan berpuasa umat islam merayakan aidil fitri, dengan pelbagai gelagat. Yang kaya dengan bergayanya, yang kurang mampu pun tak kalah jua. tahun ini akan berulang rutin yang sama. Ada yang begitu taksub dengan persediaan hari raya, semua mesti baru belaka.. ha ha.. tapi puasa? cukup ke..? :D Apa apalah!

Aku macam biasa, tidak pernah kemaruk dengan persediaan hari raya, nak beli kasut baru? rasa rasanya baru sebulan lepas beli sepasang! Nak baju melayu baru? haaaihh! yang dok ada banyak pasang tu pun jarang di pakai. Lagi pun aku rimas kalau ke pusat membeli belah di ambang perayaan macam ni... SSeessakkkk!!

Raya tahun '09 ni aku tidak lagi makan gaji, rasa bebas bila nak cuti, bila nak masuk keja balik. 6 tahun lebih aku kerja di syarikat 'datang walau malas'. Tahun lepas merupakan kenangan raya ku yang paling bermakna di kompeni tu... tahun lepas banyak staff di kompeni ni beraya tanpa duit! bonos tak dapat, kerana masalah kedatangan katanya! duit raya pun tak dapat, walau dah mengabdikan diri bertahun tahun.. (tapi staff kontrak dapat duit raya..) Haaiihhh.. kompeni dia, ikut suka lah apa dia nak buat yer tak?

Tiada belas, tiada ihsan.. jauh sekali perihatin! Jawapannya cuma 'kita ikut peraturan, ada masalah disiplin, tiada bonus atau duit raya'... Ha ha ha ha... aku rasa berbulu dalam seluar pun ada... yang bercakap tu takpa .. gajinya mencecah 5 angka.... yang dok merana ni adalah manusia2 yang mempunyai banyak tanggungan .. dengan gaji yang tak sampai 2k (itu pun dapat 2 minggu sebelum raya).. camana tu nak raya????

Mulai detik itu lah, aku tawar hati untuk berada di situ lagi... cukuplah..cukuplah aku mendengar MEREKA menabur pelbagai janji yang tak pernah tertunaikan. Mengaku sebuah Syarikat Melayu Islam Yang Hebat di Malaya ni, tetapi cakap tidak serupa bikin. Aku teringat, lama dulu aku pernah bekerja di syarikat penerbitan cina di PJ.... anehnya MEREKA MEMBERI DUIT RAYA, bila tiba aidil fitri.

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

p.s. Aku dengar raya tahun ni kompeni lama aku tu tak beri bonus, apa lagi duit raya... errrmmmm..... (blur)... aku pasti alasannya adalah semua orang tidak bekerja dengan cemerlang!.. :D

sekali lagi Salam Maaf ku hulur....
jangan marah nanti kena jual.. !!

Thursday, September 10, 2009

Kg.Beng, Afiq, Ipoh... untuk kesekian kalinya....

Untuk kesekian kalinya, aku mengunjungi lagi subjek2 fevretku...

Kampung Beng, yang terletak di Lenggong, merupakan sebuah kampung yang sangat memukau pandangan, walau dikunjungi berkali-kali (sayang sekali di sini tiada homestay). Kali ini kunjungan ku disambut hujan yang sederhana lebat....

Afiq, merupakan fevret modelku dari Sayong, sudah besar dia, dah sekolah darjah satu. Pertama kali ku kenali, dia berumur 4 tahun.. kedatangan ku di sambut gembira oleh Afiq.. ha ha ternyata dia masih mengenali aku....

Ipoh, sebuah bandar yang penuh dengan peluang2 bagi fotografer yang tahu mencari... aku tinggal di hotel stesen keretapi Ipoh.... klasik la konon, dah masuk dalam bilik... adoi.. scary siot..... :D :D....

Tuesday, September 8, 2009

maut itu hampir dan pasti......

erm.. susah jugak nak di mulai... 

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari Putrajaya, melaui MEX.. jalan lengang walaupun jam sudah menunjukkan 5 petang. Kalau di KL, di bulan puasa ni, jalannya sudah sesak dengan manusia yang berpusu2 nak balik berbuka. Oleh kerana jalan tak sibuk, sempat aku melamun sambil memandu.. Tiba-tiba aku terkenangkan sepupuku Baha yang telah lama tak bersua muka. Dua bulan lepas sewaktu perkahwinan adikku, beliau tidak datang. Abangnya Dzul, memberitahu Baha kurang sihat, "penyakit lelahnya selalu berulang". Tadi aku tertanya2 dalam hati, apa khabarnya sekarang?

Sekitar jam 9 malam, Mak Bonda menelefon, "BAHA DAH MENINGGAL PAGI TADI"..  baru sempat nak call katanya. Aku terpempan,"mati bakpo?" tanyaku, "doktor kata, sakit jantung" jawab mak bonda. Rasa bersalah menyelinap di benakku, dua bulan lepas aku menjenguk bapa arwah Baha, yang uzur, tidak pula tergerak nak menjenguk sepupuku itu. Mungkin kerana menyangka umurnya masih muda, lain kali boleh jumpa.

Ternyata Pak Cik Wail yang dah hampir 80 tahun, masih bernyawa, Baha yang baru 43 tahun telah tiada. Kita bagaimana? 

Monday, September 7, 2009

Kuala Kubu Baru...



keinginan untuk merakamkan gambar Darul Quran KKb.. membuak-buak setelah melihat foto2 yang dihasilkan oleh saudara Annamir di flickr. Perjalanan ke KKB dari KL tidak mengambil masa lama... sebelum pukul 7 saya sudah terpacak di tepi tasik berhampiran masjid, mujurlah pak gard membenarkan saya masuk utk sesi gambar pagi ini (akan ada lagi)... namun sedikit kecewa kerana langit tidak bersahabat! mentari tidak menjenguk, walau pun sudah hampir jam delapan.. hasilnya tidak seperti yang diharapkan....

terus saya ke Alor Lempah... mana tau kalau2 nasib menyebelahi .... :D

Sunday, September 6, 2009

plagiat..!!???

Sudah lebih sebulan aku tidak melalui jalan Mahameru/istana negara(maklum dah tak ke ofiz ....), entah kenapa minggu lepas sewaktu pulang dari Putrajaya aku melalui jalan tersebut(biasanya aku lalu terowong smart terus ke jln Tun Razak..).. ha ha ha.. rupa2 nya Tuhan nak tunjukkan sesuatu pada ku.... jeng jeng jeng... 



apabila sampai berhampiran muzium negara, aku menoleh ke kiri, kearah sekeping billboard yang terpacak megah di dalam kawasan muzium tersebut. 'Aikk.. macam ku kenal foto yang digunakan pada billboard tersebut!'. Tapi seingat aku tak ada pula pihak muzium atau sapa sapa yang berkaitan membeli atau meminta kebenaran untuk menggunakan foto tsb.

Dah sah lah mereka dengan sesuka hati telah menggunakan gambar aku tu pada billborad merdeka  tersebut (walau pun foto tsb diterbalikkan, masih dikenali). Bukan nak kata aku ni tak patriotik, atau nak berkira sangat, sekarang ni kerajaan heboh bercakap pasal melindungi harta intelek, apakah yang di maksudkan itu harta intelek orang luar je ker?.. kalau kepunyaan rakyat sendiri, bolehlah dijarah sesuka hati.. ? Lagi pun untuk mendapatkan gambar yang "sekeping" tu belanjanya bukan sedikit, gambar tu aku ambil semasa sambutan kemerdekaan di Kuching Sarawak. Banyak duit yang telah dibelanjakan untuk gambar "sekeping" tu.... duit tambang, hotel, makan minum dan lain lain perbelanjaan kena dikira... 

Sebenarnya, gambar itu pernah diterbitkan dalam buku 'Jubli Emas Merdeka', terbitan KekkWa. Tapi itu tidak bermakna gambar itu kepunyaan kekkwa, aku tidak pernah menjual hak keatas gambar itu kepada sesiapa. Kita tunggu nanti apa kata mereka, selepas mereka menerima surat menuntut penjelasan dariku.... :D (langkah pertama)