Tuesday, November 3, 2015

Fujifilm/500px Global Photo Walk 2015. Kuala Lumpur chapter.

500px global photo walk, merupakan kegiatan fotografi yang di jalankan serentak di seluruh dunia. Ianya berlangsung pada setiap 26 september. Aku tau entri ni dah sangat terlewat, tapi memandangkan banyak pulak majalah serta suratkhabar yang publish cerita tentangnya, jadi aku tulis entri ni sebagai memoir jer lah.


pagi2 dah beratur... berebut tshirt sebenarnya kekekekek


Ramai KAN?

Peserta untuk chapter KL tahun ini sangat membanggakan. Sejumlah 145 orang telah hadir untuk bersama2 memeriahkan acara yang telah bermula dan berakhir di MaTic pada 26/10. Pada tahun ini juga para peserta telah di bekalkan beberapa cenderamata seperti t-shirt, stiker, kad ahli, lencana dll.




sempat di temuramah di radio Matic.fm oleh dj Nizar


gambar groupie, reflection dari cermin di menara prudential

Aku harap tahun depan akan di beri peluang sekali lagi utk menjadi hos untuk acara dunia ini. Memanglah sekali pandang acara2 begini 'macam' takda apa2. Tapi daripada melepak tgk tivi atau hisap dadah, baik kita layan fotografi ye tak?


Aperture Nov'15


Utusan Malaysia, 31/10/15



SEKIAN.

Sunday, November 1, 2015

Jualan Cetakan Foto. #KOLEKTIF 1.

Fotografi memang telah di akui merupakan satu bidang SENI. Dan umum mengetahui apabila di angkat sebagai seni, seharusnya ia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan (jualan cetakan foto). Tetapi sayang, itu tidak berlaku di negara kita. Budaya membeli foto sebagai karya seni masih lagi asing di Malaysia, mereka sentiasa membandingkan karya foto dengan karya catan.

Aku masih ingat dalam satu pameran foto anjuran sebuah NGO, seorang VIP berkata, "kalau saya nak yang ber'warna' lebih baik saya beli painting" ... merujuk pada ketaksuban beliau kepada foto hitam putih, beliau menolak cadangan kurator untuk membeli karya foto berwarna. Apa yang boleh di fahami di sini adalah, bagaimana persepsi sesetengah 'bakal' pembeli terhadap karya fotografi. Ramai yang condong menganggap foto hitam putih tu lebih berseni dari foto berwarna, sudah semestinya dengan pelbagai hujah.


Foto: Razz Rozzfaizal. Kedua2nya terjual.

Kebanyakan fotografer tidak memahami secara tuntas tentang foto seni halus tu bagaimana? adakah kerana kontentnya atau kerana ianya hitam putih, atau kerana fotografernya terkenal? Sememangnya untuk menghasilkan satu karya foto seni halus agak sukar, kerana fotografer tersebut perlu berfikir dan bertindak serta berkarya sebagai 'artis seni halus', bukannya berkarya sebagai jurufoto. Faham maksudku?
foto: Dollah Deen. Terjual.

Sewaktu pameran foto #KOLEKTIF 1, yg berlangsung di Galeri Seni Matic pada 3 sept. hingga 30 Okt 2015 yang lepas, taerdapat beberapa karya yang telah di jual. Harganya pula pelbagai. Bercerita tentang harga, seperti yang aku katakan sebelum ini, agak sukar bagi seseorang fotografer untuk 'memegang' harga. Fotografer perlu pandai memilih foto yang ingin di pamerkan, di samping mengikut tema pameran, kita juga perlu 'menyelami' minat bakal pengunjung. Tag harga yang di letak, perlulah bersesuaian dengan mutu foto serta mutu cetakannya. Kita tidak boleh syok sendiri serta letak harga yang terlalu tinggi serta tidak munasabah. Di bawah ini ada lima fotoku yang terjual.


Bromo Rider, foto yang paling banyak diterbitkan di dalam dan luar negara, termasuk dalam buku terbitan National Geographic, RARELY SEEN.


Silat, foto dokumentasi tentang silat melayu.


Dhobi Ghatt, di ambil di Agra, India

Spinning Gasing, dokumentasi tentang permainan tradisi yg makin pupus.

Fighting Arts, dokumentasi silat melayu di Terengganu.

Poster Perasmian. Yang Ini BUKAN untuk di jual.