Sunday, July 3, 2011

Cerita Di Sebalik Imej Pegunku 1

Perhatikan bayangan pada lengan bapa anak tersebut, bolehkah anda agak dari manakah punca bayangan tersebut?

Memanglah orang berkata 'sekeping foto boleh mengungkapkan beribu perkataan atau cerita'. Semalam sedang aku minum2 bersama teman2 di kedai mamak di Ampang, seorang dari temanku Arif Kaser telah bertanyakan kepada ku tentang sekeping gambar yang aku ambil di Semporna Sabah(gambar itu terdapat dalam bukuku 'Malaysia: The Walk of Life'). Soalannya bukan berkenaan foto itu secara keseluruhan, tetapi tentang kewujudan bayang2 pada lengan subjek, walhal tidak kelihatan pun objek2 yang boleh mewujudkan bayangan itu berada berhampiran subjek.

WaHH!! aku pun agak terkejut kera
na selama ini aku pun tidak pernah memperhatikan hal ini, walhal foto ini pernah di terbitkan di sebuah majalah fotografi di UK. Kelihatan seolah2 aku telah memadamkan sesuatu dari foto tersebut! Oh Tidak! sepanjang ingatan aku, aku tidak memadamkan elemen2 yang penting dalam sesekeping foto.

Beberapa rakan yang ada turut melihat foto tersebut. Mereka juga terasa hairan. Pastinya AKU lah yang paling terasa kepelikannya. Sesampainya aku di rumah pada pukul 3.30 pagi aku terus menggeledah hard disk ku untuk mendapatkan jawapan....

JENG JENG JENG... akhirnya aku mendapat jawapannya. Adoi kenapalah mata kita mudah sangat tertipu hanya kerana bahagian yang di persoalkan itu 'kehilangan' unsur 3 dimensinya. Dengan kata lain 'benda ' yang menyebabkan bayangan pada lengan subjek itu telah menjadi bersebati dengan latar kelilingnya sehinggakan ianya seolah2 tidak wujud di situ. Hal ini berlaku disebabkan sudut bidik aku, jadi dgn melihat gambar yang sama dari sudut bidik berbeza telah 'mendedahkan' penyebab bayangan tersebut. Lega aku... hahaha...

Walau pun kedua2 foto ini bukan foto yang sama, namun ianya di ambil selang beberapa detik sahaja. yang mana foto yang kedua itu telah berjaya mendedahkan 'penyebab' bayangan pada lengan subjek. Jika di lihat pada foto yang pertama kelihatan satu garis menegak berwarna coklat (dlm petak merah) yang selari dengan tingkap rumah. Garis coklat itu adalah kayu penyangga tingkap seperti yang terlihat dalam foto kedua itu.


Walau bagaimana pun aku berterima kasih pada saudara Arif, Lokman dan Nizam kerana persoalan yang telah di timbulkan mereka 'pagi' tadi telah memberi aku idea untuk menulis blog siri "CERITA DI SEBALIK IMEJ PEGUNKU..." nantikan cerita2 di sebalik imej pegunku yang seterusnya....