Sunday, January 30, 2011

Royal Belum...

Hutan Belum yang mengelilingi Empangan Temenggor....

Salah satu air terjun di Hutan Belum....

Hutan Belum atau di kenali juga dengan nama Royal Belum State Park telah di gazetkan pada tahun 2007, merupakan hutan yang berkeluasan 117,500 hektar, terletak di Perak dan belum tercemar oleh pembangunan. Terletak berhampiran dengan sempadan Thailand. Hutan ini bersekali dengan empangan Temenggor, merupakan hutan dara terbesar di semenanjung Malaysia.
bunga pakma atau bunga raflesia boleh di jumpai di sini.....

Hutan Belum merupakan tarikan alam semulajadi dan juga kaya dengan flora dan fauna, menjadikannya sangat sesuai untuk destinasi eco pelancongan. Terdapat banyak spesis hidupan liar di sini seperti seladang, gajah dan badak sumatera. Terdapat sepuluh spesis burung kenyalang di hutan ini. Disini juga terdapat bunga pakma atau raflesia, sejenis bunga parasit yang besar dan berbau busuk.

para peserta ekspedisi......

Di Royal belum ini juga terdapat kaum orang asli dari suku Jahai dan Temiar, yang mendiami beberapa perkampungan kecil yang terletak di tebing2 tasik.

Orang asli Jahai, menunggu laki pulang.....

Untuk sampai kesini kita cuma perlu melalui Lebuhraya Timur Barat, jeti permulaannya adalah terletak di Pulau Banding. Sayugia di ingatkan setiap pelawat ke Royal Belum wajib mendapatkan permit masuk ke sini dari Perak State Parks Corporation.

dikatakan, untuk melihat tempat2 menarik disini secara menyeluruh dengan menggunakan bot, kita perlukan masa selama tujuh hari tujuh malam... :)

Monday, January 3, 2011

India - Entri 3

KERETAPI DI INDIA

Meh aku ceritakan pengalaman aku naik keretapi di India. Korang rasa ada tak macam dalam citer Tamil atau Hindustan? He he he.. ada laa sikit sikit. Keretapi adalah salah satu pengangkutan penting di India, ekspressnya panjang2 sayup mata memandang. Untuk sesiapa yang biasa naik keretapi di Malaysia, terutamanya keretapi ekspress, akan dapat merasai perbezaan tahap perkhidmatan keretapi antara Malaysia dan India. Kita boleh membeli tiket keretapi India melalui internet. Ada pelbagai harga, bergantung pada pilihan koc kita.




Aku naik keretapi 'Taj Express' dari stesen Nizamudin Delhi ke stesen Agra Cannt di Agra mengambil masa selama 3 jam. Senarai nama setiap penumpang di tampalkan di dinding2 koc yang berkenaan, jadi senang bagi kita untuk mencari koc yang betul. Sengaja aku memilih koc kelas 3 'sitting coach' kerana aku nak merasai aura India... kata orang, menaiki keretapi di India merupakan satu pengalaman yang menarik.

Perjalanan 3 jam itu terasa singkat, kerana terlalu banyak yang dapat di lihat di dalam koc. Aku terpaksa memendam rasa untuk melihat ke luar jendela kerana mereka menutup tingkap dan bidainya untuk mengelakkan cuaca yang sangat sejuk. Angin pagi di musim sejuk India tu mungkin berada bawah 10* cel. Pelbagai barangan di jual orang. Surat khabar, 'chai', makanan ringan hilir mudik dijaja mereka dengan suara yang berlagu2 mereka cuba menarik pelanggan.

Yang pastinya perjalanan aku tu tidak lah seindah dalam citer hindi... ha ha ha tapi aku tetap  'mendapat' feel spt shah rukh khan.. dengan mendengar lagu 'Chaiyya Chaiyya' menerusi iphone ku he he he...

 sekian.... :)