Tuesday, June 28, 2011

Aku penulis majalah...

dua mukasurat Lensa Siswa siri pertama ( bulan Jun 2011)

LENSA SISWA...Begitulah tajuk yang dicadangkan oleh Ketua Bahagian Majalah DBP, Puan Padilah Ali terhadap ruangan fotografi yang bakal aku kendalikan dalam majalah Dewan Siswa. Aku bakal menulis tentang fotografi secara santai untuk di hidangkan kepada para remaja sekolah menengah. Dewasa kini minat remaja terhadap fotografi digital sangatlah memberangsangkan. Masing masing berlumba lumba untuk memiliki sebuah kamera digital, baik jenis kompak atau pun jenis DSLR. Atau sekurang kurangnya telefon bimbit yang berkamera.

Bulan Jun, merupakan bulan pertama artikel ku tentang fotografi digital di terbitkan dalam majalah Dewan Siswa. Aku berharap agar tulisan2ku tentang fotografi digital ini sedikit sebanyak dapat membantu anak remaja kita memahami dunia fotografi ini dengan lebih jelas lagi. Aku akui penulisan ku itu mungkin tidak sempurna 100%, namun dengan sokongan dan semangat yang aku terima dari rakan taulan, aku harap tulisan2 ku untuk ruang Lensa Siswa yang akan datang menjadi lebih kemas dan bermutu.

Akhir kata ribuan terima kasih ku ucapkan kepada Pn Padilah dan En Ghani Abu (editor), di atas peluang yang telah diberikan.
SEKIAN.

Monday, June 13, 2011

PakSoh & MakEsah yang sporting!

Sepasang suami isteri yang masih lagi mesra walau sudah lanjut usia.

Entri kali ini adalah berkenaan dengan sepasang suami isteri warga emas yang sangat sporting! terutamanya dengan anak2 muda yang melayan fotografi potret. PakSoh dan MakEsah tinggal di sebuah rumah kampung tradisi di Cabang Empat Tok MekNgah, Tumpat, Kelantan. Rupa dan keadaan rumahnya masih sama dengan rumah2 orang kampung di Kelantan sekitar awal 70'an.

Rumahnya terletak di tepi bendang, di depan dan belakang rumahnya terdapat pokok2 buluh. Manakala dihadapan rumahnya berdiri sebuah 'baluh' atau rumah simpan padi yang di perbuat dari buluh. Di tangga rumahnya terdapat tempayan yang digunakan untuk membasuh kaki, manakala dihalaman depan rumah juga terdapat sebuah perigi yang masih lagi di gunakan untuk mandi manda.

PakSoh, amat gemar beraksi bersama sebatng rokok... :)

Kegiatan seharian PakSoh dan Mak Esah adalah berkisar sekitar kampung dengan memelihara lembu serta bercucuk tanam. PakSoh masih lagi menambat lembunya di bawah rumah apabila malam menjelma.

Kini PakSoh mempunyai pekerjaan sambilan iaitu menjadi 'model' kepada para fotografer dari sekitar daerah tersebut. Terima Kasih kepada ABE LESS kerana telah memperkenalkan PakSoh kepada kami. Dengan cara ini dapatlah PakSoh sedikit sebanyak duit poket atau duit rokok, setiap kali 'beraksi' di depan kamera. :)

MakEsah, merenung jauh ke tengah bendang...

PakSoh mempunyai raut wajah yang 'makan gambar'. Disamping itu beliau juga sangat mudah bekerjasama serta sabar dengan karenah2 para fotografer. Beliau seolah2 faham akan keinginan fotografer untuk mendapatkan shot yang baik. Aku telah beberapa kali mengambil gambar beliau dengan pelbagai tema. Yang pasti setiap kali selesai sesi, pasti aku mendapat beberapa keping gambar yang sangat memuaskan hati. Maklumlah modelnya dah semakin 'pro' hahaha.


Gambar Pak Soh yang aku ambil ni telah disiarkan di majalah Photography Monthly UK.

Thursday, June 9, 2011

Island Photo Safari 2011


Sebagaimana tajuknya, begitulah juga menariknya perjalanan acara tersebut. Minggu lepas aku telah mengikuti trip ke pulau pulau di sekitar Semporna Sabah. Trip yang di anjurkan oleh En.Muslianshah ini sangat memuaskan hati, walau pun aku telah pergi ke kawasan2 ini beberapa kali, namun aku sangat teruja dengan trip ini kerana sifatnya yang lebih lasak dan mencabar.

Dalam trip kali ini Muslianshah telah mengumpulkan beberapa orang jurugambar yang terkenal di Malaysia, seperti Ted Adnan, Cedde Prudente, Rabbani Ayub, John Kong, Agoes SK, Stockie serta beberapa orang lagi yang tidak kurang popularnya seperti Lano Lan, Darmin, Rosley, Jimmy dan Alex Azlan. Semua peserta begitu teruja dengan tempat2 yang di lawati seperti mendaki Bohey Dulang dan bermalam di Pulau Maiga. Dua lokasi ini merupakan lokasi yang eksotik bagi para penggemar fotografi.

'Star Trail' yang aku rakam di Pulau Maiga, menggunakan dedahan sehingga 15 minit.
p.s. katanya kat tempat ini ada hantu perempuan berambut panjang. Nasib baik aku bersama beberapa orang rakan. hehe, seram juga mendengarnya.

Pengalaman mengambil gambar 'star trail' di Pulau Maiga telah menyebabkan aku terasa ingin mencuba membuat perkara yang sama di semenanjung, cuma aku perlu mencari kawasan yang bebas dari jerebu ajer lah hehe. Mungkin di pantai timur?

Kanak2 Pala'oh di Pulau Bodgaya, sekali pandang macam dalam citer 'Waterworld' lah

Mungkin bulan disember ini aku akan melanjutkan siri 'Photo Travel' yang pernah aku lakukan tahun lepas. Kali ini dengan kerjasama Pak Mus pula. Ada Yang Berminat? :)