Sunday, November 11, 2012

Nak Gambar Cantik?.... BUAT!



Ramai di kalangan fotografer yang teringin sangat untuk mendapatkan foto2 yang cantik dan bermakna. Mereka menunggu ‘Tuah’ datang bergolek, percayalah perkara ‘tuah’ datang bergolek amat jarang berlaku. ‘TUAH’ perlu di cari atau di cipta. Segala perkara yang baik akan berlaku pada kita melalui usaha keras yang tidak pernah kenal jemu dan jelak. Segala gambar2 yang bagus akan kita perolehi melalui pelbagai perancangan serta usaha yang tidak kenal jemu. Kita perlu mengenal pasti subjek, lokasi, peralatan, perbelanjaan, teknik dan sebagainya.Gambar yang cantik bukan sahaja berkisar pada subjek, ianya juga bergantung pada lokasi, prop, sudut pandangan, serta waktu gambar tersebut di ambil.

Baru baru ini aku dan JohanAriff, telah berpakat untuk menghasilkan  foto ‘orang menjala’. Di akui bahawa tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan gambar orang menjala, tetapi untuk mendapatkan gambar orang menjala yang ‘sedap’ di pandang aku kira agak sukar. Kerana foto itu perlu mengambil kira tempat, kostum, peralatan, pencahayaan, sudut penggambaran, serta waktu ianya diambil. SUKAR bukan? Tetapi TIDAK MUSTAHIL!


Lokasi yang masih lagi rahsia, tunggu sehingga waktu yang sesuai...

Perancangan di buat, pertama pencarian lokasi, yang terletak agak jauh dari Bandar. Letaknya di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Kami menyusuri anak sungai yang di gunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeludup beras siam tersebut dan ternyata lokasinya amat sesuai sekali.


Rakit di ambil dari tali air di Tumpat...

Kedua, mendapatkan prop utama, iaitu sebuah rakit. Kami mendapatkan rakit tersebut dari sebatang tali air di Daerah Tumpat, Kelantan. Dengan menggunakan sebuah lori kecil rakit tersebut dia angkut ke anak sungai tersebut yang berjarak sekitar 20 km.


rakit naik lori: upah lori RM50



Rakit yang sudah di pindahkan dari Tumpat, kini di Pasir Mas.

Ketiga, mendapatkan orang untuk menjala. Kami bernasib baik kerana ada anak muda di tepi sungai tersebut yang pandai menjala serta sanggup mengambil bahagian dalam projek tersebut.


panjat pokok, berendam dalam sungai: demi untuk gambar



Ke empat, mengambil gambar. Satu proses yang selalu di ambil mudah oleh sesetengah fotografer, serta di pandang amat mudah oleh orang ramai. Nak tahu bagai mana susahnya nak dapatkan gambar yang cantik? Korang tengok ni, bagaimana susahnya aku panjat pokok serta berendam dalam sungai… kalau tersandung akar, alamat lenjunlah kamera ku …. Namun itu lah risiko yang perlu di hadapi demi untuk sekeping foto yang menarik.


Untuk pengetahuan semua, di sinilah nanti lokasi praktikal untuk BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA RARINDRA PRAKARSA ke-2 yang bakal dianjurkan lagi di KB pada bulan Mac 2013. TUNGGUUUUUU……