Tuesday, October 9, 2012

Maybank Photo Award 2012.

Maybank Photo Award 2012.

Salam semua. Sudah lama rasanya aku tidak mencatat2 di blog yang tak seberapa ini. Kali ini aku terpanggil untuk menulis sedikit catatan tentang pertandingan fotografi yang hangat di perkatakan oleh para jurugambar amatur dan profesional di malaya ini. Di beritakan bahawa ramai jugak rakan taulan ku yang berminat untuk masuk pertandingan ini, maklumlah ianya di anjurkan oleh bank terkemuka Malaysia, kedengarannya agak berprestij. Namun apabila di lihat pada jumlah kategori yang di pertandingkan, aku rasa agak kecewa. Ini kerana ianya kelihatan terlalu umum dan ada pula kategori tertutup.

Dengan tema utama "BEING HUMAN" pertandingan telah di bahagikan kepada 5 kategori. Empat kategori terbuka, satu kategori tertutup. Apabila aku selusuri gambar2 yang telah di hantar, kelihatannya banyak gambar2 yang mantab! manakala ada juga yang tidak sesuai serta tidak mengikut kategori telah di hantar oleh para peserta, sebagai contoh gambar orang solat dalam masjid di hantar untuk kategori Street Photography?  Manakala gambar pengantin serta orang di tengah padang di hantar untuk kategori Studio Photography? Alangkah menyedihkan bila ada di antara kita yang menghantar gambar2 yang cantik menarik, tapi salah kategorinya. Adakah ini menunjukkan kita ini terdiri dari kalangan fotografer yang kurang ilmu atau kita boleh salahkan penganjur yang terlalu kedekut dengan jumlah kategorinya. Misalnya kategori popular seperti Portraits serta Wedding tidak pula di wujudkan secara khusus.

Walau bagai mana pun aku harap pertandingan ini bakal panjang hayat penganjurannya sehingga ke tahun2 akan datang. Ianya bakal menjadi wadah berkarya kepada para peminat fotografi tanah air, Tahniah untuk Maybank dan pihak2 yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Akhir kata kepada para rakan2 fotografer sekalian JOM kita pakat2 hantar, biarlah orang lain menggelar kita sebagai FOTOGRAFER PERTANDINGAN, kerana orang yang berani sahaja yang sanggup mempertontonkan hasil karya mereka untuk di adili.

Sekian.


10 comments:

  1. aku memang nak masuk tapi memang kena faham betul-betul tema serta kategorinya..apa2 pun nanti aku try..dh register tapi belum submit lagi..dengar kat chief judge nya self taught fotografer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom lah hantar, aku tgh pilih gambar ni... :)

      Delete
  2. Setuju dengan Pak Yaman and Let's join the competition, no matter what people say.........

    ReplyDelete
  3. "...orang yang berani sahaja yang sanggup mempertontonkan hasil karya mereka untuk diadili" <-- sangat bersetuju, Pada pendapat saya, jika saya masuk pertandingan maka saya juga kena lapang dada terima juga apa keputusannya juga lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... menunggu saat untuk beradu foto dengan inche' ted ni :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ada kelemahan dari segi penguatkuasaan peraturan dalam setiap kategori tapi saya rasa itu boleh diperbaiki melalui penapisan selepas ini. Secara ikhlasnya saya turut masuk penyertaan dlm kategori street photography dan saya terima apa saja kritikan membina dari semua kerana saya ingin melihat sejauh mana kualiti hasil kerja saya di mata orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biaslah tu edisi pertama.... pasti ada kelemahan... mungkin akan diperbaiki di edisi akan datang... :)

      Delete
  6. uihh... keputusan da lama keluar... hari itu aku memang naik pentas amik hadiah utama! tapi bukan kepunyaan sendiri, hanya sebagai wakil pada sahabat. AbeLess Classic touch. TAHNIAH padanya... :)

    ReplyDelete