...dari kejauhan kelihatan pakaian dan kain dijemur...... biasanya orang lelaki yang menjadi pendobi...
... aku kurang pasti apa tujuan mereka merebus kain2 tersebut, sukar utk mendapat kan maklumat dari mereka kerana mereka cuma bertutur Hindi...
Mengikut maklumat yang diperolehi dari pekerja2 dobi itu, kain2 yang di basuh itu adalah kepunyaan pengusaha2 tekstil di sekitar Agra. Kain kain itu di jemur di atas pasir, serta dipijak sewenang wenangnya oleh manusia dan binatang. Pendobi ini juga membasuh kain2 serta pakaian dari pelanggan domestik. Melihat kepada cara mereka mengering kan pakaian tersebut, aku menjadi sangat sangsi akan kebersihannya......
... dari kejauhan kelihatan berbalam-balam Agra Fort...jambatan keretapi itu dapat di lihat dalam filem Slumdog Milionaire...
Rupa-rupanya dhobi ghatt yang aku kunjungi itu merupakan lokasi penggambaran 'Slumdog Millionaire'. Ini ku ketahui melalui seorang tempatan yang berada disitu. Aku telah mengulang tayang DVD slumdog tersebut dan ternyata kenyataan tersebut benar.....
... inikah slumdog millionaire yang sebenar?........
bermakna setiap kain/pakaian yang kita beli patut dibasuh dahulu. kat spore ada area nama Dhoby Ghaut :)
ReplyDeletekhabarnya kat penang pun ada juge.... belum sempat nak melawat lagi...
ReplyDeleteNak ikut... g Penang... :P
ReplyDeletemai mai... Dhoby Ghaut Penang dan line clear menunggu kalian.. :D
ReplyDelete