Thursday, February 10, 2011

kau TAG aku.... aku TAG kau......

Kali ni aku nak cerita sikit kisah fotografer dalam facebuk pulak. Entah kenapa dalam facebuk ini sangat ramai orang yang minat fotografi atau pun sememangnya fotografer. Errrmmm adakah mungkin kerana kemudahan digital kini telah membantu membangkit kan minat orang ramai terhadap dunia visual ini?

Keperluan untuk gambar kita dilihat di dunia maya fesbuk, telah menyebabkan, ramai diantara kita telah menggunakan kaedah, 'tag' menge'tag' rakan dan taulan. Aku tidak melihat ini sebagai satu perlakuan negatif, malah agak seronok juga kalau ada orang menge'tag' gambar mereka kepada aku... :)

Malah aku juga kadang kadang menggunakan kaedah ini untuk berkongsi gambar atau 'work' aku yang terbaru. Tapi aku pastikan orang2 yang aku tag itu merupakan rakan yang biasa berkomunikasi dengan ku. Bukannya main 'tag' semberono saja. Aku juga sudah bersedia jika ada yang nak komen gambar aku 'sesedap rasa' nya... hahah :)

Cuma apa yang aku heran adalah apabila ada pulak pihak yang tidak senang bila gambarnya kita beri komen yang 'membina'. Janganlah kita berasa kecil hati apabila ada pihak memberi komen yang agak tidak menyenangkan kerana rambut kita sama hitam, hati lain lain. Terimalah saja komen yang diberi asalkan bukan berunsur KUTUKAN.

Proses komen-mengomen secara sihat sebetulnya dapat membantu kita fotografer untuk melihat karya kita melalui viewfinder orang lain. Kita tidak akan tahu kesilapan kita jika selalu mengharapkan pujian. Kita juga akan senang tersungkur apabila kembung dengan puji pujian.

Kita tidak boleh berhenti belajar, dalam dunia yang pantas mengejar masa ini, sesaat kita terleka, kita akan jauh ditinggalkan.

7 comments: