Wednesday, March 2, 2011

Fotografi Jalanan...


Aku minat.. aku suka.. aku buat... fotografi jalanan.
Mat Salleh kata "street Photography". kita selalu sebut fotografi street.. haha...maknanya aku rasa dah ramai yang tahu, Ini merupakan satu genre fotografi yang sangat popular terutama untuk orang2 yang baru berjinak jinak dengan dunia fotografi ni. Ramai yang beranggapan bahawa genre ini merupakan satu genre fotografi yang paling mudah untuk di terokai, tak perlu banyak modal. Dengan bermodalkan kamera dan masa, seseorang itu sudah boleh mengambil gambar2 dijalanan.

less is more... kata omputeh.

Fotografi jalanan ini sememangnya merupakan satu genre fotografi yang sangat menarik dan mencabar. Mencabar ketahanan minda dan fizikal, mencabar keberanian dan kreativiti dalam mencari originaliti.

Untuk mendapatkan gambar jalanan yang baik fotografer hanya perlu berbekalkan sebuah kamera yang sederhana, dengan lens 20mm, 35mm atau 50mm. Ada juga fotografer yang gemarkan sudut pandang yang lebih luas, lalu menggunakan 10-20mm hatta 'fish eye' juga. Namun telefoto lens juga sangat berguna. Begitu pun aku rasa tidak perlulah membawa banyak peralatan kerana faktor keselamatan peralatan, juga faktor beban berat yang dipikul bakal menyumbang pada 'sakit belakang' :).

beca buruk pun boleh juga... di ambil di bandar lama Ipoh....

Banyak gambar2 jalanan yang baik diambil dari paras pinggang, maksudnya memotret tanpa melihat view finder. Teknik ini memerlukan banyak latihan. Cuba dapatkan imej2 yang membawa makna dan ada cerita tanpa perlu mengaibkan 'subjek'. Sebagai contoh: memotret pengemis atau orang gelandangan hanya semata2 kerana penampilan mereka, adalah sangat 'memualkan'.

diambil dari aras pinggang, di jalan Alor. D3 + 14-24mm

Percayalah bahawa 'Low Angle' lebih berkesan daripada 'normal angle'. Jadi rajin rajin lah berlatih mengambil gambar dari angle yang lebih rendah. Mungkin secara mencangkung atau bersila atau meniarap... :P. Jarak antara fotografer dengan subjek juga memainkan peranan dalam keberkesanan foto anda keatas audien.

Anda juga berkemungkinan di marah oleh subjek ketika sedang mengambil gambar mereka, hal ini ada juga terjadi pada aku. Sabar... senyum... say sorry atau apa2 yang patut... dan BLAH.. hahaha. Jangan cari gaduh, tak berbaloi. Seperkara lagi, biasanya kita agak takut untuk memotret subjek yang berwajah garang atau kelihatan agak menggerunkan. Jangan bimbang, biasanya subjek sebegini jarang membantah, malah yang selalunya banyak songeh adalah subjek yang berwajah cute serta kelihatan baik dan penyayang.. hahaha.... hati hati!!

Aku dimarah oleh pakcik ni... :) gambar ni diambil menggunakan D200 + 80-200mm.

Cubalah merayau rayau kebahagian2 bandar yang jarang dilalui orang seperti belakang2 bangunan. Cuma kita perlu lebih berwaspada, maklumlah sekarang ni perompak dan penyamun dah tau nilai dan harga barang2 yang tergalas dalam beg 'lowepro@thinktank@tamrac'. Jadi untuk mengurangkan risiko kena rampok, bawalah peratan asas dalam beg sandang atau beg galas biasa. Jangan jadi macam setengah2 orang yang mengangkut segala peralatan fotografi yang dia ada kehulu kehilir, tanpa digunakan.

Berkreatiflah... dengan pencahayaan, kepelbagaian subjek, bentuk dan corak, perlakuan dan peristiwa serta Jangan lupa menikmati pemandangan yang ada di depan anda dengan penuh rasa kesedaran!

Sekian! selamat menggambar.

3 comments:

  1. Valuable tips!. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak ada orang tu bawak Nikon D3 dalam bakul rotan disekitar Ipoh Old Town...........

    :-)

    ReplyDelete
  3. hehehe... lama da tak shoot kat ipoh...

    ReplyDelete