Tuesday, November 14, 2017

INDIA: Syurga Fotografi Potret.

Jika kita mengembara atau pun sesaja melancong ke India, kita akan terpesona dengan pelbagai ragam dan gaya seta kepelbagaian rupa rakyatnya. India mempunyai lebih 1 bilion rakyat yang terdiri dari beratus etnik.





Setiap bahagian negara tersebut mempunyai etnik2 yang pelbagai dan sangat bagus untuk di jadikan subjek potret fotografi. India sejak berdekad telah menjadi tumpuan para jurufoto dari seluruh pelosok dunia. Tidak lengkap perjalanan fotografi seseorang jurufoto jika beliau tidak pernah menjejakkan kaki dan mengalami hiruk pikuk kota2 di benua kecil itu.



Penduduk India biasanya mudah di dekati, terutama jika kita ingin memotret mereka. Mereka biasanya peramah dan senang hati utk di potret. Pun begitu terdapat kes2 terpencil, ada yang melenting bila melihat lensa dihalakan ke arah mereka. Contohnya ada Sadhu yg tidak gemar diambil gambar, walaupun kebanyakkan tiada halangan.







Orang tua, kanak2, lelaki dan wanita hampir kesemuanya gemar untuk di foto. Untuk mendapatkan foto2 potret di sana amatlah mudah. Tetapi kita perlu ingat tidak semua wajah mempunyai ‘NILAI’ seni yg tinggi. Sebagai jurufoto kita perlu mahir dalam mengenalpastinya.



Kamera: Fujifilm X-Pro2 + 35mm & 14mm.

No comments:

Post a Comment