Monday, December 27, 2010

India - Entri 2

 TAJ MAHAL.......


Sebuah kuburan tugu cinta yang paling terkenal di dunia, di bina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Mengambil masa selama 22 tahun untuk di siapkan dengan menggunakan seramai 20 ribu orang pekerja. Bangunan yang sangat sempurna dari segi rekabentuk serta reka hiasnya. Di bina dari batu marmar putih sepenuhnya. Disinilah bersemadinya Mumtaz Mahal dan kemudiannya Shah Jahan, bersama2.

Kubur ShahJahan dan Mumtaz

Melangkah masuk pintu gerbang untuk ke Taj Mahal merupakan satu pengalaman yang sukar untuk di gambarkan kerana nun di depan sana tersergam megah sebuah monumen cinta agung dahulu kala. Sebuah binaan yang selama ini hanya aku lihat di mukasurat buku atau di kaca tv. Tidak keterlaluan jika aku katakan bahawa aku terpegun melihatnya.

Pelawat bertali arus, tanpa henti dari pagi hingga ke petang.

Kini Taj Mahal menjadi produk pelancongan terpenting India, memang bijak maharaja Shah Jahan, walaupun beliau membelanjakan wang yang banyak semasa membinanya dahulu, kini bangunan tersebut menjana pendapatan yang bukan sedikit untuk rakyat dan negara India. Pelancong kena bayar 750 rupee untuk masuk kesini. Ha ha ha... kadang2 aku rasa itulah kewajarannya membuat projek mega. Bukan untuk untung segera, tetapi untuk di nikmati oleh generasi kemudian.

Walau pun aku kurang gemar 'posing'... namun ku gagahkan juga, kerana di belakangku adalah TAJ MAHAL.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk melangkah kakiku kearah tamannya yang saujana mata memandang itu. Aku berdiri lama... menikmati keindahan seni bina Mughal itu. Sambil sekali sekala menekan shutter kamera. Manusia yang bertali arus masuk, kadang2 melanggar aku. 'Aku sudah berjaya menjejakkan kakiku ke Taj Mahal' kata hatiku, kini cuma dua tempat lagi yang mesti aku jejakkan kaki iaitu, egypt dan Masjidilharam. Insyaallah, tahun 2011 aku akan kesana. 

Tekadku.


7 comments:

  1. saluttt
    perjalanan yang memberi inspirasi.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kena bahasakan Haji Yaman dah Hajah Rita la pulak...............

    ReplyDelete
  3. EA: kalau nak biasakan sekarang pun boleh gak ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Lepaih ni bole wat exhibition "Journey to India"... pergh gambo mantop abe...

    ReplyDelete
  5. Terbaik ler... Chaiya2... india mari..

    ReplyDelete
  6. whoa.. bestnye..
    btol ke taj mahal xda bayang2..
    tbaca kt mne ntah xingat..

    ReplyDelete
  7. TajMahal ada bayang2.... saya ada buktinya... :)

    ReplyDelete