Tuesday, December 21, 2010

DUNIA INI BULAT......

Hampir dua tahun yang lalu aku pernah menulis dalam blog ini tentang bekas tempat kerja lama aku yang bergelar DAtangWAlauMAlas itu, tentang bagaimana ianya melayan pekerja2 nya bagai sampah. Sebuah syarikat bumiputera seratus peratus yang sepatutnya menjadi payung kepada pekerja Bumiputera yang bernaung mencari rezeki di dalamnya. Namun apa yang terjadi tidaklah sepertimana yang diharapkan. Bagaikan mengharap panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari rupanya.

Pada mesyuarat pertama di syarikat itu ( 2002) aku telah melihat bagaimana 'dendam' telah menyebabkan seorang penolong pengurus pemasaran telah di maki hamun oleh salah seorang 'tuan punya' syarikat. Kenapa aku mengatakan 'DIA' itu tuan punya syarikat?? ... kerana ayat kegemarannya adalah "this is my company, bukan kompeni bapak kau punya"...

Semenjak itu setiap tahun ada sahaja para pekerja yang mengundur diri terutama dari kalangan pengurusan. Namun itu bukan lah satu hal yang pelik, pekerja datang dan pergi. Patah tumbuh Hilang berganti, namun aku tahu mereka pergi kerana tidak mahu maruah di injak injak oleh seorang manusia yang sudah mati rasa.

Kenapa aku mengatakan 'dia' sudah mati rasa?

... kerana sudah tiada rasa belas dan ehsan dalam dirinya terhadap manusia2 yang bersusah payah berkorban untuk kemajuan syarikatnya itu. Aku tak nak cerita lebih lebih kat sini kerana semua itu telah berlalu. 

Namun begitu bak kata orang tua2 'Bumi ini bulat"...' hidup ini bagai roda'... sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah....Hari ini aku mendapat perkhabaran bahawa 'DIA' telah tidak di jawatannya yang sangat tinggi itu... Ada yang kata dia meletak jawatan, ada juga yang kata dia telah di pecat. DIPECAT!!?? gila ka?? itu kan kompeni dia... ha ha ha

Itu lah dia renungan untuk kita semua... kesombongan itu bukan milik manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak sombong. Tapi manusia cepat jadi sombong apabila mula berasa kaya dan berkuasa......

Renung renungkan, sekian.

p.s. : aku dengar semasa diiring untuk mengambil barang2 peribadinya dalam pejabatnya yang hebat itu dia bertanya pada pengurus pentadbiran " apa salah saya di perlakukan begini?"....... erkkk korang rasa apa ek??

9 comments:

  1. biar betul nih? kalau betul Alhamdulillah...patutla staff dawama dpt gaji awal.

    ReplyDelete
  2. kau baca perkataan merah tuh? amat tidak terhormat bunyinya. selama ni dia rasa hidup staff bawah genggamannya, dunia ini dia yang punya.. ha ha ha... sekarang, amikkk rasakann.....

    ReplyDelete
  3. Pelik juga... dipecat oleh syarikatnya sendiri...

    ReplyDelete
  4. he he he.. itula pasal... kalau share ada sebesar kuman... jangan lah cakap lebeyyyy yer tak?? :P

    ReplyDelete
  5. Tu la kan. apa nak buat. Semoga cepatla taubat sebelum kekubur.

    Hahahaha.. kampeni tu pun bukan bapak dia yang punya.....

    ReplyDelete
  6. ... masa mengenakan orang memang sedap kan?? dah terkena batang hidung baru tau... taulah dia langit tu TINGGI dan bukan BIRU warnanya....

    ReplyDelete
  7. tiba² aku teringat....

    Ada satu masa tu, aku dikelilingi orangnya didalam bilik di cafe UK. bukan main dakwa, mcm akulah yang bagi kampeni rugi juta². padahal brapa yg aku n dept bagi setiap tahun ke kampeni??

    masa kampeni tgh berenam (0006), semuanya baik. leh gelak², leh lawak². tapi bila dah kaya???

    ape dah lupa... sape ramai2 sengkang mata fotostat dokumen kat jln yap kwan seng??

    ape dah lupa... aku stengah mati nak setup dept tu?

    ape dah lupe... brapa jumlah income aku n dept aku bagi kat kampeni tiap2 tahun??

    apa dah lupa... sape keje macam setan, kena maki ngan suami/isteri staf semata2 nak jaga nama baik dia??

    apa kau dah lupa... mcm mana bongkaknya dia bila salam dengan bapak aku??

    apa kau dah lupa...???? tapi aku... sampai mati aku takkan lupa.

    tapi yang dia tak lupa.... staf tak punch in. terus kena gantung... takleh datang opis..... takleh itu.... takleh ini......??? kata takde kat pejabat... tapi pnah ke keje dept aku tak siap??? bongok.

    n dia tak lupa bila suruh soal siasat... bejela tarikh yang aku kononya tak datang keje..walaupun dia tau ada dalam masa tu aku pegi kursus sama² dengan dia. benci punya pasal, tuduh mcm bsalah gile n mcm kampeni rugi juta2. buduh!

    tapi semoga dia tak lupa untuk mintak maap sebelum badan tu dah masuk ke lubang kubo.

    bahlul.

    ReplyDelete
  8. ha ha ha... aku ingat lagi masa dia sesuka hati tuduh kata aku, wan azham, zul mat moh dan abdilah sebagai CULPRIT yang telah menyebabkan kompeni rugi... he he he.. kelakar giler... dia tak ingat ke kalau bukan dept kitorang yang siapkan FA dan cetak.... tak merasa dia gaji RM 4oK sebulan tuhh... aku call cakap kat Loco, yang tak buat keje tu adalah dept konco kesayangan dia yang tak reti jual buku... ha ha ha...

    yang sebetulnya DIA lah CULPRIT yang menyebabkan kompeni tu rugi, tak reti create projek tapi segala projek kompeni derang pakat2 kona dulu sikit sebanyak...

    bangga dia dapat bukak cawangan SMO dengan banyaknya kat kelantan, kalau setakat bukak cawangan pastu amik untung atas angin edar buku teks tu, pok dogol pun boleh buat, heh heh... Dia ingat orang heran dengan duit ringgit dia yang banyak, aku dengar bekas2 staff dia nak boikot majlis kawin anak dia yg akan datang...

    Aku ingat lagi dulu ada orang besar kat kompeni tu kata kalau kompeni tu lingkup alamat dia g jual roti canai di australia laa.... kalau terrer g la jual roti canai kat India... ha ha ha

    ReplyDelete
  9. Lambat betul DIA tu nak kena potong kaki sebab penyakit ke hape, kan!?

    ReplyDelete