Monday, January 18, 2010

Manipulasi Foto...

'Zaman dah berubah, dunia makin maju, takkan kita masih di takuk lama.' Merupakan ungkapan yang sering kita dengar. Memang betul, sangat2. Dalam sedekad lepas aku lihat perubahan yang sangat ketara terutamanya dalam dunia digital. Perubahan  mendadak dalam teknologi komputer telah menyebabkan kita membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Aku lebih suka melihatnya dari sudut fotografi. Dulu untuk mendapatkan gambar yang bagus, fotografer perlulah membuat persiapan yang sangat rapi serta mesti memastikan segalanya tepat dan betul sebelum shutter ditekan. Kini dengan kemajuan teknologi komputer persiapan ini lebih ringkas jadinya.

Kemajuan komputer juga memaksa fotografer beralih daripada menggunakan filem kepada digital. Disamping itu juga fotografer mesti mengetahui pelbagai sofware yang berkait rapat dengan fotografi, paling terkenal adalah fotoshop. Bagi fotografer generasi baru, hal ini tidak menjadi masalah, fotografer olskool pula tidak boleh memandang perkara ini remeh kerana foto digital kini bukan lagi satu igauan, malah telah nyata menjelma dan kualitinya semakin mantap hari demi hari.

Kemajuan teknologi digital ini telah menyebabkan kerja kerja memanipulasi foto kini semakin mudah dan murah. Malah kini anak sekolahan belasan tahun juga boleh menghasilkan foto montaj atau foto manipulasi yang tinggi kualitinya. Dengan  penggunaan sofware yang betul hasil manipulasi foto boleh  menipu mata orang ramai. Kaedah ini sangat biasa digunakan dalam industri pengiklanan. Industri ini memerlukan imej yang ada 'UUmmPhhh' serta berkuasa menarik perhatian orang ramai, jadi pemaparan visual secara melampau (konsep @ kecantikannya) mampu membuatkan kita melihatnya berulangkali.



7 keping foto yang di gunakan untuk menghasilkan sekeping foto yang hampir mustahil untuk di ambil secara sekaligus.

Baru baru ini aku mendapat tugasan untuk menghasilkan sekeping foto yang bakal digunakan pada billbod dan bahan cetakan. Fotonya menggambarkan lapan sekeluarga sedang tidur di atas sebuah katil yang sangat besar. Wah! bagaimana hendak di lakukan sesi fotonya, mana datang pulak katil yang boleh muat 8 orang. Di sinilah perlunya kemahiran fotografer dalam memanipulasi foto. Sebanyak 7 keping foto telah di potong dan di sambung agar menjadi sekeping foto seperti yang di kehendaki oleh ejensi.

Untuk foto jenis ini, peranan pencahayaan sangat penting. Keduduk
an lampu tidak boleh berubah, kerana foto akhir mestilah mampu menipu mata audien supaya percaya bahawa itu adalah sekeping gambar yang sebenar. 
... hasilnya...

Kedudukan model dalam foto di atas perlu di rancang dengan betul dari peringkat awal lagi, supaya kelak tidak timbul kejanggalan dan proses montaj menjadi rumit. Proses menukar beberapa keping foto untuk menjadi sekeping foto merupakan satu proses yang agak rumit dan menuntut banyak masa serta kemahiran mengendalikan sofware yang tinggi. Proses yang juga di panggil DI atau 'digital imaging' ini tidak semestinya di lakukan oleh fotografer, ia juga boleh di lakukan oleh orang lain yang mahir dengan sofware2 imaging seperti photoshop, paintshop pro, painter dan banyak lagi. 
                                                             iklan untuk Kota Seriemas

Untuk foto ini aku melakukan proses DI sendiri. Mak aih... bersekang mata nak menyiapkan nya. Tapi alhamdulillah dapat juga aku siapkan mengikut dateline. Walau bersekang mata, hati puas sebab dapat melihat foto pelik yang terhasil.

Sekian. :)

No comments:

Post a Comment