




Through Yaman's Eye...
HHermmm... hal yang selalu ditanya orang pada aku... ermmm sukar jugak nak jawab. Sekarang ni ada puluhan ribu orang yang mengaku dirinya fotografer. Hal ini senang, kerana di Malaysia, kita tak perlukan sijil, pengalaman, atau kelayakan khusus untuk menjadi fotografer. cukup dengan mempunyai sebiji kamera (kalau boleh DSLR), dah boleh mengaku diri adalah seorang fotografer.
Fotografer pulak terbahagi kepada beberapa golongan, ada profesional sepenuh masa, ada yang katanya pro tapi separuh masa, ada yang suka suka tapi sangat berbakat, serta ada yang baru sebulan dua kenal shutter, tapi mengaku hebat. Jangan kita kesah pada golongan2 fotografer ini kerana apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang bayaran kepada khidmat fotografi yang semakin mengecut, dek kerana kecanggihan teknologi digital serta dek kerana ramainya fotografer2 yang sanggup 'potong harga' atas pebagai alasan.
antara alasan yang popular untuk potong harga adalah.
1. saya baru belajar.
2. nakkan job pertama dari klient 'baru'
3. ketiadaan job.
4. tergoda dengan janji2 klient...'lain kali ada job lagi....'
Kesanggupan sesetengah fotografer menerima bayaran yang murah atas perkhidmatan yang di beri sebenarnya menjerut leher sendiri. Perasaan bahawa 'ini merupakan cara untuk menembusi market atau klien baru',adalah salah. Fotografer merasakan bahawa lain kali boleh lah harga dinaikkan.... namun apa yang berlaku adalah setiap kali mendapat job dari klient tersebut, upahnya tak boleh di tinggikan malah klient tersebut akan menggunakan 'harga rendah' itu sebagai benchmark untuk menekan fotografer2 lain pula. Yang jelas mengaut untung di sini adalah klient, kerana setiap kali berurusan dengan fotografer baru, mereka akan meminta harga rendah dengan alasan 'sebagai pengenalan'.
Belajarlah untuk berkata 'tidak' terhadap urus niaga yang jelas tidak menguntungkan kita dan rakan2 fotografer lain. Dengan cara itu sahaja klient akan memahami bahawa kita bukannya monyet yang menekan2 shutter, terus jadi gambar. Kita adalah insan kreatif yang bertungkus lumus serta berusaha untuk melahirkan hasil kerja yang terbaik, penat lelah kita mestilah di imbangi dengan bayaran yang setimpal.
Sekian, renung2kan... dan selamat menggambar.
Seminggu Bersama RARINDRA PRAKARSA....
Pemandangan pagi di Tasik Situ Gunung....yang terletak di Sukabumi.
Setelah melihat sendiri cara beliau ‘membuat’ gambar, samada mencari subjek, menentukan angle, memberi arahan sehinggalah saatnya menekan shutter, membuatkan aku sedar bahawa gambar yang baik tidak selalu ‘datang’ kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan ‘mencipta’ gambar, agar gambar yang kita hasilkan tidak sama dengan gambar2 orang lain. Semua orang bisa menggambar, tapi tidak semua orang bisa mendapatkan ‘gambar’.
Aku dan Rarindra.....
Sudah bertahun tahun aku melihat gambar2 beliau di fotografer.net. Kini aku berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat cara beliau menghasilkan foto2nya. Rarindra terkenal dengan foto2 yang memperlihatkan ‘ray of light’. Sehinggakan ada yang mengandaikan bahawa ROL tersebut merupakan hasilan dari photoshop. Juga terdapat ramai fotografer2 yang cuba meniru gaya foto beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Nampak gayanya keberhasilan terbesar aku pada kali ini adalah bukan foto2 yang ku bawa pulang, tetapi pemahaman ku tentang bagaimana hendak menghasilkan gambar2 yang memperlihatkan ROL serta mempunyai kesan seperti sinematografi wayang gambar.