Friday, September 11, 2009

aidil fitri datang lagi.....


Saban tahun setelah sebulan berpuasa umat islam merayakan aidil fitri, dengan pelbagai gelagat. Yang kaya dengan bergayanya, yang kurang mampu pun tak kalah jua. tahun ini akan berulang rutin yang sama. Ada yang begitu taksub dengan persediaan hari raya, semua mesti baru belaka.. ha ha.. tapi puasa? cukup ke..? :D Apa apalah!

Aku macam biasa, tidak pernah kemaruk dengan persediaan hari raya, nak beli kasut baru? rasa rasanya baru sebulan lepas beli sepasang! Nak baju melayu baru? haaaihh! yang dok ada banyak pasang tu pun jarang di pakai. Lagi pun aku rimas kalau ke pusat membeli belah di ambang perayaan macam ni... SSeessakkkk!!

Raya tahun '09 ni aku tidak lagi makan gaji, rasa bebas bila nak cuti, bila nak masuk keja balik. 6 tahun lebih aku kerja di syarikat 'datang walau malas'. Tahun lepas merupakan kenangan raya ku yang paling bermakna di kompeni tu... tahun lepas banyak staff di kompeni ni beraya tanpa duit! bonos tak dapat, kerana masalah kedatangan katanya! duit raya pun tak dapat, walau dah mengabdikan diri bertahun tahun.. (tapi staff kontrak dapat duit raya..) Haaiihhh.. kompeni dia, ikut suka lah apa dia nak buat yer tak?

Tiada belas, tiada ihsan.. jauh sekali perihatin! Jawapannya cuma 'kita ikut peraturan, ada masalah disiplin, tiada bonus atau duit raya'... Ha ha ha ha... aku rasa berbulu dalam seluar pun ada... yang bercakap tu takpa .. gajinya mencecah 5 angka.... yang dok merana ni adalah manusia2 yang mempunyai banyak tanggungan .. dengan gaji yang tak sampai 2k (itu pun dapat 2 minggu sebelum raya).. camana tu nak raya????

Mulai detik itu lah, aku tawar hati untuk berada di situ lagi... cukuplah..cukuplah aku mendengar MEREKA menabur pelbagai janji yang tak pernah tertunaikan. Mengaku sebuah Syarikat Melayu Islam Yang Hebat di Malaya ni, tetapi cakap tidak serupa bikin. Aku teringat, lama dulu aku pernah bekerja di syarikat penerbitan cina di PJ.... anehnya MEREKA MEMBERI DUIT RAYA, bila tiba aidil fitri.

Selamat Menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

p.s. Aku dengar raya tahun ni kompeni lama aku tu tak beri bonus, apa lagi duit raya... errrmmmm..... (blur)... aku pasti alasannya adalah semua orang tidak bekerja dengan cemerlang!.. :D

sekali lagi Salam Maaf ku hulur....
jangan marah nanti kena jual.. !!

9 comments:

  1. ishh ishhh ishh.. ini boleh mendatangkan marah nih.. tapi bukan lah pada saya, tentunya pada pihak pengurusan sykt "datang walaupun malas" itu ler.. statement sedara nih mcm statement tak puas hati jer..
    kasihann.. kasihan sungguh pada staff sykt itu. Saya yang berniaga kecil-kecilan ini pun bagi juga duit raya setengah bulan kat staff saya yg setia walaupun ekonomi tgh gawat nii..
    aduhai.. ya lah kan.. logiknya, berniaga juta-juta, hutangnya juga pasti berjuta. Tentunya sykt "datang walau malas" ada alasan dalaman untuk tidak memberi bonus kat korang semua, bukan sekadar kerana korang tak cemerlang dalam bekerja... :P

    ooo..kasihaannnn..mcm madu tiga tuu.. apa dia?? kasihaannnn..

    ReplyDelete
  2. Setelah membaca sehingga habiss hati ni rasa tersentuh betul..sebab akulah di antara orang2 komepeni itu yg tak dpt bonus....dan yg sedih lagi duit raya pun tak dapat huk huk huk...(banjir sudah). Bayangkan dgn gaji tak sampai 2k. Dgn anak 2...apa yg dapat aku sediakan utk menyambut hari raya? Kompeni nak staff keja habis2an utk mereka...tapi imbuhan? HARAMMMMmmm...janji macam2...sapa yg tak kecewa? Aku pernah keluar dgn sukarela bertugas di luar walaupun ia bukan bidang tugas..malah bukan jawatan aku pun nak buat keja mcm tu. Pakai barang sendiri lagi....itupun punya liat nak bagi duit perbelanjaan. Tu kali yg keberapa entahlah. Pernah satu kali...ke sarawak urusan RASMI...boleh booking hotel pakai mulut je kompeni aku ni..tak ke bangang. Aku dah la penat dgn barang..komputer...nak daftar..depa tka bagi masuklaa..sebab tak bayar. Gaji aku tak sampai 2k..nak buat credit card pun tak lepas...depa suruh aku swipe card aku..KAD PENGENALAN adelah.
    Manila kad boleh, kad raya boleh. Yan gmenambahkan lagi sakit hati aku bila aku telepon ke opis aku...org bhgn HR adala minahsamdol tu boleh gelak2 lagi.Kalau org2 besar yg pegi..semua settle..aku bukan nak mintak dok hotel 5 bintang...hotel takda bintang pun takpa..sebab aku pi bekerja bukan pi berjalan2 cari makan.Itupun sanggup kompeni aku buat mcm ni..nak kata takda duit..masyukkkk berjuta2..bukan puluh...ratusss..tapi duitnya kemana? Annual book ..jgn harap la buat...kadang2 kami semua nak jugak tahu kemana sebenarnya duit2 tu.Bagi sedekah kat rumah anak yatim ka, beli sport rim baru ka...beli kereta baru ka...pi umrah buat kali ke10 ka..bagi bonus utk staff 2-3 bulan ka..opsss yg ni kucing dah bertanduk pun tak akan jadi.
    Tahun ni raya yg lepas...lagi 2 hari nak raya baru gaji. Gaji je tau....duit raya jgn haraplah...Bygkan mcmana nak buat pesediaan raya? kalau gaji besar 4-5 ribu peduli apa dgn duit rayakan. Tapi itulah hakikat yg aku kena telan berkhidmat dgn kompeni yg kononnya ditubuhkan dgn niat membantu sesama muslim. Bila aku tgk kawan2 aku keja kompeni bangsa asing..pun diberi duit raya seratus dua....rasa sebak hati aku ni.Aku mmg dah tak bersemangat nak bekerja di sini lagi tapi bila memikirkan pekerjaan itu adalah satu ibadah..aku gagahkan jua dgn harapan satu hari nanti aku berpeluang berhijrah ke tempat lain yg lebih baik yang pandai menghargai kakitangan bawahan mereka.
    Apa pun kalau krang nak kerja kat sini atau sedara mara korang...silakan..senang je ..biar keja lembap...tak bagus, takda kebolehan, korang dtg je awal...borak2..jual kain,jual brooch, tgk drama kat website TV3, buat ulasan drama, pegi solat patutnya 5-10 minit...tapi sampai 2 jam..serombongan lagi tu pegi..korang pasti dpt bonus,dpt duit raya. Pasal solat...solat itu wajib.ibadah paling utama..kerja pun ibadah. tapi mcmana tu kalau pi solat time kerja sampai 1-2 jam? pegi zohor jam 3.30ptg...dok dlm surau borak2..baring2....tggu asar..4.42pm. 5.10 baru masuk opis. Korang pikirla sendirikan.
    Oklaa..dah bnyk aku menaip ni..kalau ikut hati nak je aku buat blog khas..tapi tak best jugak cerita hal majikan sendiri walau seteruk mana majikan kita tu. Ni pun sebab geram sgt dah ni...tapi aku masih dpt bersabar sebab aku pegang dgn rezeki kita yg telah ditetapkan. Mungkin rezeki aku dari sudut lain...Wallahhualam.

    Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua sudara ku diluar sana.

    ReplyDelete
  3. datang walaupun malas...

    mmg pun. org lama, yg sengkang mata, koyak muscle masa binding agreement, kena maki ngan isteri/suami staf, duduk opis kecik, semua dah tak diheran. al maklum, semua dah kaya raya.

    dulu kata, kita akan jaga yang lama.. tapi dulu la. masa tgh susah. bila dah kaya, semua jadi kampeni bapak masing2 (tmasuk la kita pun katanya jgn buat mcm bapak korang punya)

    ade yg resign, kata kena buang, ada yg kena internal investigation, semua panel dh kena tutup mulut. so, baik tak payah buat apa2.

    tapi, mmg. kaki tak pandai bodek mmg susah nak survive. kalau bodek mcm kipas air kat Ravi usj, cepatje naik. pas darjah 3 pun leh jadi top management. akademik n reputasi tak penting. yang penting, YES BOSS!!!!...

    bagi yg tinggal, sedarla. simpan2 la tenaga utk hari tua, utk anak2, utk cucu2. jgn sampai dh tinggal tulang baru nk fikir. jgn sampai dah monopos baru nk pikir, jgn sampai dh kena sakit tulang baru nk sedar...

    tiba2 rasa lega plak bila dah takde kat sana. bisnes kecik pun takpe. sebab mmg bis sendiri@bapak kita yg punya...

    Selamat Hari Raya. bagi yang kaya, teruskan. bagi yg tak kaya, fikirla masa depan..

    Idup ******.... hahahahahahha

    kepada haji2 kat mlesia ni, pintu taubat masih terbuka.

    ReplyDelete
  4. ish ish tak sangka ada respon plak kali ni...

    che_ritz
    Sememangnya aku rasa panas dan tak puas hati terhadap apa yang telah mereka lakukan. Cuba pikiaq, staff keluar bertugas dengan mendahulukan duit sendiri,nanti klaim katanya, senang, kan?(kompeni payah nak layan assignment mengejut, ikut ISO la katakan, semua perlu ikut prosedur. Kalau bab2 duit, lebih rm300, tokey besar kena sain.. ha ha ha.. kompeni juta2, nak beli pen sebatang pun kena ada proposal.. ha ha ha.. :D). Ni nak cerita bab klaim, kalau terlewat klaim, kira lupus lah, aaa itu lagi menyenangkan KAN? Jadi gitulah yang terjadi kat aku! Walhal hasil dari 'kerja' yang aku buat tu mendatangkan pendapatan ratusan ribu pada syarikat, hasil dari kontrak yang di perolehi dari kem. pelajaran atas pertukaran dengan buku yang DS Najib nak lancar di K.terengganu.(KESELURUHAN BUKU NI MENGGUNAKAN GAMBAR YANG AKU AMBIL, DENGAN MENGGUNAKAN KAMERA SENDIRI DAN PERBELANJAAN SENDIRI, serta telah di nafikan klaimnya kerana terlewat) Jadi apa kita nak cakap pada kompeni yang macam ni? Pikir lah sendiri.

    'Tokey' dia kata kita bekerja pertamanya kerana 'yang di atas sana' siap tunjuk ke atas! Tapi realitinya bukan begitu aku rasa, cakap cuma nak sedapkan rasa walhal orang tau sombong dan bongkaknya terlalu nyata, di belakangnya semua orang mengata hatta pengurusan kanannya jua! Cuma di depannya mereka membatu dan membisu seribu kata, kerana ada periuk nak di jaga!

    blackmoon,
    Aku rasa kau tak payah risau pasal kompeni ni lah, aku tau dengan skill yang kau ada tuh, di luar sana kau boleh dapat gaji yang jauh lebih baik lagi. Lagi pun kau tu sapa? diorang kata satu pegi seribu dia boleh cari ganti.. ha ha ha... Jangan kau harap nak tau pasal perbelanjaan syarikat ' he he he... ini kompeni diorang, suka hati la diaorang nak buat apa pun... kalu ada untung seringgit dua, diorang halakan dulu ke mana2 yang patut, tinggal sesen dua baru lah kongsi ngan korang, ha ha ha... itu meniaga namanya.

    Jangan kau harap nak dapat bonus lebih2, kalau boleh mereka memang tak nak bagi bonus!! meniaga tak untung katanya, aku tau sangat kenapa tak untung tu, sajer maleh aku nak citer kat sini.. buang karan.. lagi satu ...
    "kau makan gaji dalam kompeni yang 'makan' gaji dengan kerajaan" kau rasa ada masa depan ker? nampak gaya lepas 12 tahun tukar nakhoda ler...masa tu baru ada 'orang' sedar langit tu tinggi dan bukan biru warnanya...

    Kompeni bangsa asing beri duit raya, angpau, sebab diorang tau menghargai staff, yang telah mengabdikan hidup, walaupun tak sepenuhnya untuk kelangsungan hidup syarikat! Tapi kompeni kau tu menganggap 'staff' itu menumpang syarikat! boleh lah di perlakukan sesuka hati! Macam bangsat!

    s_hezrin,
    luah perasaan nampak!
    sudah adat manusia, makin senang, makin tegak, makin kaya makin bongkak. Jangan harap diorang nak kenang pengorbanan orang2 yang sanggup bersusah bersama mereka. Apa yang mereka akan ingat ialah berapa banyak gaji yang mereka bayar. Macamlah duit itu boleh beli segala2.

    ha ha kau memang tak pandai bodek boss walhal ayat kegemaran dia "MUNG NI TAK PANDAI BODEK AKU LAH" aaa.. tak reti reti lagi? sapa pandai kipas, cepat la naik, walau pun tak tau apa2. Ini lah dia contoh klasik terbaik cara2 pengurusan korporat Melayu! Sebab tu lah, buku tak leh jual, majalah tak laku, buku tak siap, staff jadi malas, he he he....

    Yang paling best setiap tahun buat projeksi pendapatan syarikat ratusan juta, habuk pun tak der... Kalau setakat nak buat on paper, saper2 pun boleh reka...

    ReplyDelete
  5. dah la. baik cakap ngan baboon lagi bagos.

    kpd yg bkenaan, tangkal di lengan tu buang je la. tak yah la nk pakai pendinding. dinding kat tepi tu pun dah bosan n mluat tgk lu.

    tapi aku baru perasan, kampeni tu pun bukan bapak ko yg punya kan??? so aku pun leh kata "jgn la buat mcm bapak ko punya.. "

    ada otak, letak kat ketiak. tapi, mesti lu rasa hebat sebab ada plak anjing2 yg dok jilat tapak kaki lu beb.. anjing bajingan.

    ReplyDelete
  6. aha ha ha ha... ada lagi ker menasia yang pake tangkal zaman sekarang? tangkal tu boleh jadi pelindung ker? khurafat betul... sesia jer semayang lima nam kali sehari, gi umrah dan haji puluhan kali... tapi tak kisah la kan.. orang yang ada rasa inferior jer buat benda2 mengarut ni, ciri2 tu memang ada kat mamat ni... ha ha ha...
    1. BONGKAK
    2. nak suruh orang jek dia saja
    3. orang lain tak pernah betul.
    4. tak reti handle meeting( kena ikut keputusan dia jer ..).
    5. suka menghina orang bawahan.
    6. tak reti mengenang budi.
    7. MENIKUS bila meeting ngan pihak yang 'lebih' berkuasa.
    8. cuba guna agama nak 'justify' perbuatan dia.
    9. selalu membodek orang 'ATAS' nya...
    10. meletak kan konco2 dan macai2 yang tak tau buat kerja, tapi pandai menjilat bersih bontotnya dari segala macam kotoran bila diperlukan, di tempat2 strategik.

    Cukup la tu 10 dalil ni.... cheers!!!

    ReplyDelete
  7. uikss luper plak... mamat ni memang selalu cuba mengelak dari pergi meeting ngan orang2 yang dia rasa boleh menghentaknya, jadi masa ni la dia akan menghantar konco2nya untuk menerima padah... bagi pihak dirinya.... aha ha ha ha ha... seswai sangat la tuuuu... dapat gaji besar untuk jadi bahan makian orang... :P

    ReplyDelete
  8. owhhh....pedihnye keje kampeni macam ni, ade lagi kampeni layan staff macam ni ye.

    kampeni mane ni boh?

    ReplyDelete
  9. kompeni orang melayu.... dipunyai, diterajui, diurusi oleh seratus peratus orang melayu. tapi sayang....

    ReplyDelete