Tuesday, November 3, 2015

Fujifilm/500px Global Photo Walk 2015. Kuala Lumpur chapter.

500px global photo walk, merupakan kegiatan fotografi yang di jalankan serentak di seluruh dunia. Ianya berlangsung pada setiap 26 september. Aku tau entri ni dah sangat terlewat, tapi memandangkan banyak pulak majalah serta suratkhabar yang publish cerita tentangnya, jadi aku tulis entri ni sebagai memoir jer lah.


pagi2 dah beratur... berebut tshirt sebenarnya kekekekek


Ramai KAN?

Peserta untuk chapter KL tahun ini sangat membanggakan. Sejumlah 145 orang telah hadir untuk bersama2 memeriahkan acara yang telah bermula dan berakhir di MaTic pada 26/10. Pada tahun ini juga para peserta telah di bekalkan beberapa cenderamata seperti t-shirt, stiker, kad ahli, lencana dll.




sempat di temuramah di radio Matic.fm oleh dj Nizar


gambar groupie, reflection dari cermin di menara prudential

Aku harap tahun depan akan di beri peluang sekali lagi utk menjadi hos untuk acara dunia ini. Memanglah sekali pandang acara2 begini 'macam' takda apa2. Tapi daripada melepak tgk tivi atau hisap dadah, baik kita layan fotografi ye tak?


Aperture Nov'15


Utusan Malaysia, 31/10/15



SEKIAN.

Sunday, November 1, 2015

Jualan Cetakan Foto. #KOLEKTIF 1.

Fotografi memang telah di akui merupakan satu bidang SENI. Dan umum mengetahui apabila di angkat sebagai seni, seharusnya ia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan (jualan cetakan foto). Tetapi sayang, itu tidak berlaku di negara kita. Budaya membeli foto sebagai karya seni masih lagi asing di Malaysia, mereka sentiasa membandingkan karya foto dengan karya catan.

Aku masih ingat dalam satu pameran foto anjuran sebuah NGO, seorang VIP berkata, "kalau saya nak yang ber'warna' lebih baik saya beli painting" ... merujuk pada ketaksuban beliau kepada foto hitam putih, beliau menolak cadangan kurator untuk membeli karya foto berwarna. Apa yang boleh di fahami di sini adalah, bagaimana persepsi sesetengah 'bakal' pembeli terhadap karya fotografi. Ramai yang condong menganggap foto hitam putih tu lebih berseni dari foto berwarna, sudah semestinya dengan pelbagai hujah.


Foto: Razz Rozzfaizal. Kedua2nya terjual.

Kebanyakan fotografer tidak memahami secara tuntas tentang foto seni halus tu bagaimana? adakah kerana kontentnya atau kerana ianya hitam putih, atau kerana fotografernya terkenal? Sememangnya untuk menghasilkan satu karya foto seni halus agak sukar, kerana fotografer tersebut perlu berfikir dan bertindak serta berkarya sebagai 'artis seni halus', bukannya berkarya sebagai jurufoto. Faham maksudku?
foto: Dollah Deen. Terjual.

Sewaktu pameran foto #KOLEKTIF 1, yg berlangsung di Galeri Seni Matic pada 3 sept. hingga 30 Okt 2015 yang lepas, taerdapat beberapa karya yang telah di jual. Harganya pula pelbagai. Bercerita tentang harga, seperti yang aku katakan sebelum ini, agak sukar bagi seseorang fotografer untuk 'memegang' harga. Fotografer perlu pandai memilih foto yang ingin di pamerkan, di samping mengikut tema pameran, kita juga perlu 'menyelami' minat bakal pengunjung. Tag harga yang di letak, perlulah bersesuaian dengan mutu foto serta mutu cetakannya. Kita tidak boleh syok sendiri serta letak harga yang terlalu tinggi serta tidak munasabah. Di bawah ini ada lima fotoku yang terjual.


Bromo Rider, foto yang paling banyak diterbitkan di dalam dan luar negara, termasuk dalam buku terbitan National Geographic, RARELY SEEN.


Silat, foto dokumentasi tentang silat melayu.


Dhobi Ghatt, di ambil di Agra, India

Spinning Gasing, dokumentasi tentang permainan tradisi yg makin pupus.

Fighting Arts, dokumentasi silat melayu di Terengganu.

Poster Perasmian. Yang Ini BUKAN untuk di jual.

Saturday, October 31, 2015

#kolektif1 - Yaman Ibrahim & Mutual Friends, satu pameran fotografi.

Hai, kali ni aku nak story sikit pasal pameran foto #kolektif 1, yang baru berakhir 30 oktober lepas
. Pameran foto yang bermula pada 3 september ni sepatutnya berakhir pada hujung bulan tu, tetapi pihak MaTic Art Gallery telah bermurah hati melanjutkan pameran tersebut sehingga 30 oktober 2015.Dan yang menariknya lagi, pameran tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada 5 oktober 2015. Cerita pasal perasmian ni juga keluar majalah, akhbar serta tivi. Pendek kata glamer la sekejap. hahaha.

Poster Perasmian.

Berbalik kepada pameran kolektif, Pameran kali pertama ini sebenarnya di buat bersempena dengan Hari Pelancongan Sedunia yang jatuh pada 27 sept. Foto2 yang di pamerkan adalah yang merangkumi foto pengembaraan, pemandangan serta potret yang di ambil di serata dunia. Jutaan terima kasih kepada En. Zain Azraai, Pengarah Matic kerana telah mencadang serta membuka peluang kepada saya serta teman2 dari grup fotografer Street 2 street. Berbanyak terima kasih juga di ucap kepada rakan2 fotografer, Datuk Azlie Halim, Tuan Yamin Ismail, Agoes, Safira, Tony, John, Jebat, Razz, Hayati, dan tidak lupa CheRitz serta ramai lagi yang telah bersama2 menyertai pameran ini.


kolektif 1, dalam majalah Santai Travel, nov'15.

Kolektf 1, dalam majalah fotografi Aperture nov'15.

Peluang untuk mengadakan pameran foto di galeri besar serba lengkap begini tidak selalu di peroleh. Jadi di sini aku mengambil kesempatan untuk berterima kasih dari lubuk hati yang paling dalam kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak Matic. dengan ucapan "Terima Kasih Daun Keladi", tahun depan sekali lagi. hahaha.
CheRitz, bukan sebarang selfie tu, tengah buat repo...


Saturday, October 24, 2015

Hyper Portrait yang terakhir...?

Terakhir? Kelas hyper portrait tiada lagi? Betul ke? Ramai yang bertanya kerana tidak percaya dengan apa yang mereka dengar. Betul ke? atau khabar angin ke?

Jawapan aku, BETUL lah tu....

Sudah lima tahun aku memahirkan diri dengan editing potret yang aku gelarkan HYPER PORTRAIT.
Editing potret jenis hi kontras sudah sinonim dengan aku. Pun begitu bukanlah semua potret yang aku hasilkan berkonsepkan begitu, biasanya ia hanya melibatkan potret2 projek peribadi sahaja.


foto: Matsuda Mashimaru


Hari ini, di S7even Studio, shah alam, aku dengan rasminya mengumumkan bahawa selepas ini TIADA lagi kelas atau bengkel Hyper Portrat secara kumpulan besar yg akan di jalankan. Ianya hanya terbuka untuk kelas persendirian atau satu dengan satu sahaja.
foto: Arifoto

Alhamdulillah kelas untuk kumpulan terakhir ini mengumpulkan 19 orang peserta. Melebihi jangkaan aku, ada dua peserta yang terbang dari Sarawak, khusus untuk kelas ini. Terima kasih aku ucapkan segala sokongan yang anda semua berikan kepada ku tidak dapat di balas. Melihat kepada respon serta hasil2 editing peserta kali ini, aku amat berpuas hati.
jauh datangnya ni... Eddy dan Azmin.

Perjalanan cerita editing potret ku tidak akan berakhir di sini saja. Selepas ini aku akan meneruskannya dengan "CHIAROSCURO PORTRAIT" pula. nak tahu apa ceritanya. kena tunggulah sebulan dua lagi. Kena kumpul bahan dulu.


Chiao!

Friday, October 23, 2015

Sailang bukan sebarang SAILANG!

Entah kenapa sehari dua ni rajin pulak aku nak mengarut2 kat blog ni, harap2 bukan kerana buang tebiat lah. Kali ni aku nak cerita kat korang sakitnya hati bila kita tau kita kena SAILANG! Errr korang tahu kan apa makna sailang tu? Kalau tak tau meh aku kasi sikit pencerahan, sailang tu bahasa pasar yang bermaksud 'kena rampas' atau kena 'potong line' dan seangkatan dengan nya lah.

Ni aku nak cerita sikit lah pasal kisah 'JOB' aku kena sailang. Kisah awalannya bermula lama dahhh, hujung tahun 2014 lagi, bulan november. Ceritanya satu agensi pengiklanan telah bersetuju dengan sebut harga aku untuk mengambil gambar 'interior' rumah yang akan di gunakan dalam iklan serta bilbod. Sebut harga aku tu pun bukannya mahal, maklumlah katanya mereka cuma perlukan 4 keping foto saja, lagi pun klien tadak bajet katanya. Ayat biasa la tuh. Setelah kedua2 pihak bersetuju, aku pun tunggu tarikh nak shooting lah. Tunggu punya tunggu, tertangguh2 la pulak. Biasa la, aku rilek ajer.
logo ini adalah hiasan semata2....

Bulan November tu aku telah ke India dua minggu, untuk trip Yes India, Pushkar Mela. Bila balik agensi yang sama call, minta sebut harga utk job fotografi yang lain pulak. Katanya ini adalah untuk pembungkusan produk kopi yang di keluarkan oleh syarikat yang agak ternama juga di malaysia ni. Aku macam biasa lah, ON ajer. Kasi sebut harga, juga telah di persetujui oleh mereka. Agaknya harga aku tu murah sangat la kot (dalam pada tu derang bertawar menawar jugak).

Dalam masa yang sama mereka kasitau JOB interior tu mereka dah jalankan, menggunakan fotografer lain, pasal klien nak cepat, aku pulak kat India masa tu. Macam biasa aku Okeyyy jer. Aku anggap tadak rezeki jer. Aku ni COOL jer kalau korang dah kenal. Takderlah sesombong raut muka... hahah.

Hari berganti minggu, ada jugak aku bertanya bila mereka nak selesaikan sesi foto untuk produk kopi tu? Senyapppp.... tiada call, tiada sms, tiada email dari mereka. Bila kitorang tanya, adalah alasan2 nya. Akhirnya aku buat bodo jer lah. Anggap lah TIADA rezeki aku juga! Kita kena COOL geng, hidup kita di teruskan, ada banyak tempat lagi kita boleh cari rezeki.

Sekarang ni dah penghujung bulan oktober 2015, bermakna hampir cukup setahun perkara tu berlalu.

Aku baru mendapat tahu, Creative Director yg baru masuk agensi tersebut telah menyerahkan job interior yang sepatutnya aku shoot  kepada fotografer lain dengan harga enam kali ganda dari sebut harga aku. Aku terkedu kerana CD itu merupakan seorang melayu yang sangat senior dan terhormat dalam dunia pengiklanan. Lebih best lagi, job kopi yg sepatutnya aku buat tu beliau serahkan kepada fotografer lain, rakan kepada anaknya.

Moral cerita ini adalah "nasi yang telah di kunyah di dalam mulut pun boleh tersembur keluar" jika itu bukan rezeki yang tertulis untuk kita. Juga dalam dunia foto kemersial ni, harga bukan segala2nya kualiti pun bukan segala2nya. Yang penting adalah NETWORK! ya NETWORK! apa setengah2 orang cakap KABEL! ya KABEL!! atau pun 'know who' bukannya 'know how'.


Sekian.

p.s; foto yang sangat MAHAL tu korang boleh lihat di billboard J***W*** yang merentang NKVE dekat exit Damansara.

Thursday, October 22, 2015

Penting ke "Behind The Scene?"

Bila melihat foto yang menarik kita selalu juga tertanya2 bagaimana foto tersebut dihasilkan. Sebagai fotografer, sama ada baru, nubis, lama, otai, sifut, atau master akan terkesan dengan foto yang mempunyai pencahayaan yang baik.

Kali ni aku nak kongsi sedikit cerita tentang sekeping foto aku ni. Tidaklah kompleks mana pun pencahayaanya, tetapi harus di perhatikan juga tentang peralatan yg digunakan. Untuk mendapatkan foto sebegitu beberapa perkara perlu di ambil kira,
pertama; LOKASI,
kedua; PENCAHAYAAN,
ketiga; PERALATAN,
keempat; KEMAHIRAN MEMILIH SUDUT PENGGAMBARAN.

subjek di ambil dari celah antara 2 pokok yang terletak di depan dan belakangnya (tidak selari)

Kamera: EOS 5DM3
Lens: EF300mm f/2.8L IS II USM
@300mm / f/4 /1/200s / ISO 100

Light: Profoto B1-500w @ 4.5 power


Tercatat di atas ada 4 kriteria, tapi aku cuma nak bercerita tentang 2 sahaja iaitu pencahayaan dan peralatan. Sekali imbas (untuk mata yg tidak terlatih), gambar tu cuma menggunakan cahaya sedia ada. Tetapi sebenarnya ianya mempunyai cahaya bantuan yang di tembak dari sebelah kiri subjek.

Di belakang tabir - menggunakan bantuan cahaya dari monobloc 500w

Manakala efek blur pada latar belakang serta latar depan subjek tu pula terhasil daripada penggunaan lensa tele 300mm. Lensa tele sebegini juga menghilangkan herotan pada subjek (sekiranya kita shoot dengan lensa lebar). Subjek dlm gambar kelihatan 'sama' dengan orang sebenar.


SEKIAN.

“Chasing The Light” apa sebenarnya?


Semua fotografer tahu tentang pentingnya cahaya dalam fotografi. Namun adakah mereka secara ‘sedar’ mempergunakan cahaya utk menghasilkan foto yang baik?  Lamaaaaa dulu aku mengambil gambar asal jangan terlalu terang, atau terlalu gelap. Maknanya dedahannya seimbang. Akhirnya aku berasakan gambar2ku BORINGGG!!

Aku mula tercari2 cahaya yang bagaimana yang mampu membuat diriku bernafsu dalam menggambar. Akhirnya aku sedar bahawa cahaya yang datang dari samping atau belakang begitu mengujakan pandangan, cahaya ini  bersifat kontras tinggi dan kadang2 kita akan bersua jenis yang lembut, terutama di waktu pagi2. Aku mula melatih diri “MELIHAT” cahaya. Di mana pun aku pergi, perkara pertama yang aku amati ialah, keadaan cahaya dan bayang serta arah matahari naik dan turun.


Untuk memahirkan diri serta menguasai seni melihat cahaya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak juga terlalu susah, asalkan kita rajin berlatih. Latihan melihat kontras antara cahaya dan bayang serta tona yang berada di antara kedua2nya amat penting bagi kita utk melihat ‘kualiti’ cahaya semasa. Adakah ianya sesuai dengan kehendak kita waktu itu. Perbezaan cuaca serta masa dalam sehari akan mempengaruhi jenis cahaya semasa, awal pagi yang cerah kita akan dapat suasana cahaya lembut berkabus, selepas jam 8 pagi, kontras nya mulai tinggi. Lewat petang pula cahayanya agak lembut tetapi suhunya agak panas.


Mata kita cenderung untuk tertarik kepada cahaya yang paling terang, jadi pastikan subjek kita berada dalam lingkungan yang mana kontras gelap terangnya adalah jelas. Namun pastikan ruang terang itu tidak terlalu menonjol sehinggakan mencuri tumpuan subjek.

Cahaya yang ‘ENAK’di pandang berada di sekeliling kita, ianya berada di mana2 samada di desa atau di kota. Kita cuma perlu ‘melihatnya’ serta mengeksploitasikan nya  untuk foto yang bakal di hasilkan.

Gambar2 contoh serta rajah di bawah di harap mampu memberi sedikit bantuan kepada anda dalam memahami bagaimana caranya untuk mencari serta mengejar cahaya yang baik.

Cuba perhatikan kedudukan fotografer, subjek serta latar dalam rajah dibawah.


Foto budak dan kerbau ini telah di ambil secara ‘back lighting’. Iaitu cahayanya datang dari belakang subjek atau dari depan fotografer. Pokok2 hutan di belakang telah menjadi pelindung kepada cahaya matahari. Cahaya hanya terkena subjek serta pokok yg di depannya, manakala pokok hutan di belakangnya tidak terkena cahaya dan kekallah ia sebagai latar yang gelap.


Jarak antara subjek dan pokok hutan itu juga memainkan peranan yang penting, begitu juga dengan ‘waktu’ foto itu di ambil. Biasanya untuk efek sebegini, fotonya diambil sekitar jam 7 hingga 8.30 pagi. Fotografer yang serius ‘mengejar’ cahaya perlu bangun pagi2 demi untuk sekeping foto yang baik.