Friday, March 25, 2011


KRITIKAN…. PERLUKAH KITA KESAH?

Gambar unta di Pushkar ini adalah HIASAN semata2

Dewasa ini dengan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat, amat mudah untuk kita mendapatkan segala maklumat tentang sesuatu. Bak kata orang ‘google’ ajer. Hal sebegini telah menyebabkan ramai yang berasakan mereka boleh mengkritik atau memberi pendapat atau mengomen segala sesuatu, tanpa rasa ragu. kalau tak pasti mereka google ajer hehe.

Hal begini berlaku dalam semua bidang. Tidak terkecuali, pengamal seni visual: fotografer, pelukis serta pembikin filem. Ramai orang ingin memberi pendapat tentang karya mereka . Serta ramai juga orang yang cuba mendapatkan pendapat atau nasihat mereka. Terutamanya penggiat seni visual yang terkenal dan tergolong ‘pro’ katanya.

Namun begitu, jika difikir2kan adakah komentar2 ini mampu meningkatkan mutu sesuatu karya? Atau adakah ianya cuma akan menyebabkan semangat menyala2 seseorang penggiat itu malap dan padam? Penggiat seni visual berada di kancah bahaya kerana setiap orang mempunyai selera yang berbeda ke atas setiap karya, bergantung pada tahap pendidikan serta lingkungan sosial masing2.

Meminta pendapat atau pandangan tidak salah. Tetapi bergantung sepenuhnya pada pendapat orang lain bakal menjerumuskan kita kearah kebekuan karya. Tidak ada orang yang lebih memahami karya kita selain DIRI kita sendiri. Apabila ada orang meminta pandangan aku tentang karya mereka terutamanya foto, aku hanya mampu memberi pandangan yang sudah pastilah ianya TIDAK mutlak sifatnya.

Satu ingatan kepada para pengkarya, jangan biarkan idea atau pemikiran orang lain mempengaruhi perancangan atau idea asal kita. Berfikir sebagai individu bertaraf pengkarya serta kejarlah impian anda!

setengahnya akan berkata ADA AKU KESAH!!

SEKIAN. Selamat Berkarya.

Friday, March 18, 2011

MY BIO...

Fotografi adalah seni melihat serta seni melukis dengan menggunakan cahaya berperantarakan sebuah kamera. Minat yang mendalam serta kemahiran yang sentiasa di asah, akan berjaya melahirkan jurufoto yang peka dalam menghasilkan imej.

Ada diantara rakan2 ku yang bertanya berkenaan imej2 yang telah membawa kemenangan kepadaku samada di peringkat nasional atau pun internasional. Jadi aku telah menulis entri ini bersama gambar2 yang terlibat (bukan semua). Di harap foto2 ini mampu memberi sedikit inspirasi dan panduan pada rakan2 fotografer sekalian.

sekian, YI

1. Photographer of the year 2007, DCM UK - 1st place winner in ‘street category’ - winning picture was exhibited at the Mall Galleries, London, 18 feb-1st march 2008.


2. 1st prize winner “This is Life, Putrajaya, 2007” .

3. Photographer of the year 2008,DCM UK - 3rd place winner in ‘Dusk Till Dawn category’ - winning picture was exhibited at Mall Galleries, London, 16 feb-28 feb 2009.
4. 1st prize winner “Nikon 4x4 photo challenge 2008”

5. 1st prize winner “KL Life - Picture KL, 2008”

6. Consolation “Putrajaya, the vibrant city,2008”

7. Winner, Sandisk DCM Malaysia 2008

8. Winner, Canon DCM Malaysia 2008

9. Six (6) photos was published in ‘Digital Photographer UK, Year Book 2008’
10. Merit, 'Heritage Trail Photo Contest' 2009.

11. Merit, PGRM 'Environment Photo Contest' 2009.

12. Wedding Photographer Of The Year, Digital Photographer Magazine, UK. 2009- winning picture was exhibited at The New Forest Gallery, Lyndhurst, throughout January and February 2010.

13. 2nd place, Nikon culture and heritage photo contest 2010

14. 5th place, Nikon Charity Photo Contest 2010.

15. 1st solo photo exhibition, "MALAYSIA THE WALK OF LIFE", @
MAP KL, 29 dec '10 - 14 jan '11.

16. Three (3) photos was published in 'World of Photography-vol 1' bookazine, published by Photography Monthly 2010.

17. 1st book published, 'Malaysia The Walk Of Life'. NeoEdition 2010.


18. 1st group photo exhibition,'LiFest 2011', The Map Gallery KL, 2011.

Sunday, March 6, 2011

OOHH BuKu Ku....



TAWARAN ISTIMEWA.... Malaysia The Walk Of Life.

PERCUMA!! Kalendar meja/katalog pameran fotografi 'MALAYSIA: The Walk Of Life' dengan setiap pembelian buku tersebut.

Stok buku semakin terhad. STOK kalendar ... memang sangat sangat terhad!!

SIAPA CEPAT DIA DAPAT.. :)
Book Title : MALAYSIA - The Walk of Life
Photographer : Yaman Ibrahim
Publisher : Neo Edition, 2010

Size : 8" x 10"
Pages : 170 - full color
Finishing : Matt Lam + Spot UV + Emboss

Two types of Cover

> Hard Cover : 128gm Art Paper wrap on 1400gm Chipboard
> Soft Cover : 360gm Art Card

Price for order:

> Hard Cover : RM160.00
> Soft Cover : RM130.00

*Discount 20% (HC: RM128 / SC: RM104) for customer who collect their book at Neo Studio only.
** Discount 10% (HC: RM144 / SC: RM117) for purchase by post. However, no additional (postal) charges will be apply.

NEO STUDIO
60-2 Block H, Platinum Walk
2 Jalan Langkawi, Tmn Danau Kota
53300 Setapak, Kuala Lumpur
MALAYSIA

tel: 019.304.4533 - Rita Aziz
email: ritarita80@gmail.com

Wednesday, March 2, 2011

Fotografi Jalanan...


Aku minat.. aku suka.. aku buat... fotografi jalanan.
Mat Salleh kata "street Photography". kita selalu sebut fotografi street.. haha...maknanya aku rasa dah ramai yang tahu, Ini merupakan satu genre fotografi yang sangat popular terutama untuk orang2 yang baru berjinak jinak dengan dunia fotografi ni. Ramai yang beranggapan bahawa genre ini merupakan satu genre fotografi yang paling mudah untuk di terokai, tak perlu banyak modal. Dengan bermodalkan kamera dan masa, seseorang itu sudah boleh mengambil gambar2 dijalanan.

less is more... kata omputeh.

Fotografi jalanan ini sememangnya merupakan satu genre fotografi yang sangat menarik dan mencabar. Mencabar ketahanan minda dan fizikal, mencabar keberanian dan kreativiti dalam mencari originaliti.

Untuk mendapatkan gambar jalanan yang baik fotografer hanya perlu berbekalkan sebuah kamera yang sederhana, dengan lens 20mm, 35mm atau 50mm. Ada juga fotografer yang gemarkan sudut pandang yang lebih luas, lalu menggunakan 10-20mm hatta 'fish eye' juga. Namun telefoto lens juga sangat berguna. Begitu pun aku rasa tidak perlulah membawa banyak peralatan kerana faktor keselamatan peralatan, juga faktor beban berat yang dipikul bakal menyumbang pada 'sakit belakang' :).

beca buruk pun boleh juga... di ambil di bandar lama Ipoh....

Banyak gambar2 jalanan yang baik diambil dari paras pinggang, maksudnya memotret tanpa melihat view finder. Teknik ini memerlukan banyak latihan. Cuba dapatkan imej2 yang membawa makna dan ada cerita tanpa perlu mengaibkan 'subjek'. Sebagai contoh: memotret pengemis atau orang gelandangan hanya semata2 kerana penampilan mereka, adalah sangat 'memualkan'.

diambil dari aras pinggang, di jalan Alor. D3 + 14-24mm

Percayalah bahawa 'Low Angle' lebih berkesan daripada 'normal angle'. Jadi rajin rajin lah berlatih mengambil gambar dari angle yang lebih rendah. Mungkin secara mencangkung atau bersila atau meniarap... :P. Jarak antara fotografer dengan subjek juga memainkan peranan dalam keberkesanan foto anda keatas audien.

Anda juga berkemungkinan di marah oleh subjek ketika sedang mengambil gambar mereka, hal ini ada juga terjadi pada aku. Sabar... senyum... say sorry atau apa2 yang patut... dan BLAH.. hahaha. Jangan cari gaduh, tak berbaloi. Seperkara lagi, biasanya kita agak takut untuk memotret subjek yang berwajah garang atau kelihatan agak menggerunkan. Jangan bimbang, biasanya subjek sebegini jarang membantah, malah yang selalunya banyak songeh adalah subjek yang berwajah cute serta kelihatan baik dan penyayang.. hahaha.... hati hati!!

Aku dimarah oleh pakcik ni... :) gambar ni diambil menggunakan D200 + 80-200mm.

Cubalah merayau rayau kebahagian2 bandar yang jarang dilalui orang seperti belakang2 bangunan. Cuma kita perlu lebih berwaspada, maklumlah sekarang ni perompak dan penyamun dah tau nilai dan harga barang2 yang tergalas dalam beg 'lowepro@thinktank@tamrac'. Jadi untuk mengurangkan risiko kena rampok, bawalah peratan asas dalam beg sandang atau beg galas biasa. Jangan jadi macam setengah2 orang yang mengangkut segala peralatan fotografi yang dia ada kehulu kehilir, tanpa digunakan.

Berkreatiflah... dengan pencahayaan, kepelbagaian subjek, bentuk dan corak, perlakuan dan peristiwa serta Jangan lupa menikmati pemandangan yang ada di depan anda dengan penuh rasa kesedaran!

Sekian! selamat menggambar.

Monday, February 14, 2011

INDIA - Entri 6 / makan & makanan


Jauh berjalan, luas pandangan.... perut pun lapar.. HHaaaHH.. :). Kalau nak cerita bab makan ni, aku jenis yang memilih sikit. Bukan nak pilih yang mahal, cuma aku sentiasa bimbang kalau kalau makanan yang aku nak makan tu tak kena dengan tekak aku ajer... Setakat ini, walau kemana aku pergi, aku belum pernah lagi terpaksa berlapar. Bagaimana pulak di India, negara yang baru pertama kali aku kunjungi.

Hari pertama aku di India, aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bernama KAREEM yang terkenal seantero dunia yang terletak di Old Delhi. Mengikut kata menunya, kedai ini pernah di nobatkan oleh majalah TIME sebagai berada dalam 50 senarai terbest di Asia. Kalau kita buka mana2 buku travel berkenaan Delhi, pasti kita juga akan terbaca berkenaan kedai ini. Tak susah nak mencari kedai ini, berada hampir dengan Jama' Masjid, hampir semua tukang beca tau tempat ini.

Makan di Kareem, bagaikan makan di kedai nasi kandar LineClear di Penang, menunya hampir sama, harganya juga lebih kurang. Mungkin sedikit murah sekitar 30%. Aku suka sekali dengan kari ayam dan ayam tandoorinya... WAHH!! memang terangkat. Untuk hidangan yang boleh membuntang kan empat orang (aku maksudkan benar2 kenyang), kita kena bayar sekitar 1,000 rupee... hehehe.. dekat seratus ringgit juga tu....

Restoran Noore Ilahi yg terletak di kawasan Muslim di Jaipur ini menjadi kunjungan ramai, makanannya murah dan sangat lazat... untuk mengenyangkan 4 orang kita cuma bayar sekitar 300 rupee saja....

Di India, sekiranya nak makan di restoran2 besar, kosnya agak tinggilah, boleh mencecah 1,000 rupee utk sarapan yang simple.... jadi aku memilih untuk mencuba makanan dan restoran yang biasanya dikunjungi oleh orang kebanyakan. Mungkin bagi setengah2 dari kita 'tak sanggup' nak makan kat situ... :). Pada aku, apa ada hal... layan ajer.....

Penjual kurma di pinggir Jama' Masjid Old Delhi, dah lama aku tak tengok kurma bertempek2 macam tahi kambing ni, kurma jenis ini biasa di dapati di Malaysia sekitar tahun 70an gitu, kini orang Malaysia makan kurma yusuf tayyoub... yer tak?

Bila berada di Jaipur aku telah mengunjungi sebuah kedai makan bergelar 'Hotel Nor Ilahi', aku pun kurang periksa kenapa kebanyakan kedai makan di Jaipur ada perkataan hotel, walau pun kedainya macam nak roboh. Kari ayam dan Tandoori di sini amatlah lazat sehingga aku datang berulang kali untuk menikmatinya, hahahahahah.......

Wanita ini sedang menyediakan 'chai' untuk aku dengan menggunakan bahan api dari tahi lembu. Percaya atau tidak, aku layan ajer chai tu habis secawan... hahahaha sedap juga...

Selain dari menjaga makan, di India kita 'AMAT' perlu menjaga air minuman yang di minum, aku hanya minum air mineral atau air tin sahaja disini. Takut kena dairea atau penyakit2 yang seangkatan dengannya. Namun begitu ada beberapa kali aku minum 'chai' atau teh susu panas yang dijual ditepi2 jalan. Secawan kecil chai dapat membantu menghangatkan badan yang kesejukan....

Sekian.

Sunday, February 13, 2011

Hikayat 1001 Kawan #2

Kata orang berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu.... HHaaaAhhHH!!
Bolehlah dipercaya kot! sebabnya ada segelintir manusia yang kita panggil kawan ni ramai yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kealpaan kita. Jadi.... kawan datang... kenyang!!.... kawan pergi.

Orang kata kalau kita berkawan jangan kita terlalu berkira, tolong menolong apa terdaya. Namun terdapat juga kawan yang semasa susah datang bertandang, bila senang dia menghilang! Tapi orang tetap juga berkata jadilah insan pemaaf, namun apa yang terjadi perkara sama tetap akan berulang! Walhasilnya siapakah yang akan menjadi manusia 'bodo' dalam situasi ini?

Wahai Wahai Wahai..... insan yang bernama 'kawan'.... kalau beginilah perangai kau.." Pergi kau berlakon disana, Buat apa kau datang berdrama di sini!!"

MEMANG SUKAR MENCARI RAKAN SEJATI!!!

sekian......

Friday, February 11, 2011

INDIA - Entri 5 / Dhobi Ghatt


...dari kejauhan kelihatan pakaian dan kain dijemur...... biasanya orang lelaki yang menjadi pendobi...

Bila kereta yang aku naiki melalui jambatan merentasi sungai Yamuna di Agra, aku memandang jauh ke bawah... kelihatan hamparan kain2 berwarna warni sedang di jemur di tebing sungai Yamuna. Kelihatan juga ramai orang sedang membanting kain ke batu2 yang terletak di gigi air.Nampaknya membasuh pakaian cara tradisi ini masih diamalkan dengan meluas di India. Dobi ini juga memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di kawasan sekitar sungai ini.Aku telah mengunjungi 'dhobi ghatt' tersebut. Ternyata mereka membasuh, merebus dan menjemur kain2 itu di tebing sungai Yamuna tersebut.

... aku kurang pasti apa tujuan mereka merebus kain2 tersebut, sukar utk mendapat kan maklumat dari mereka kerana mereka cuma bertutur Hindi...

Mengikut maklumat yang diperolehi dari pekerja2 dobi itu, kain2 yang di basuh itu adalah kepunyaan pengusaha2 tekstil di sekitar Agra. Kain kain itu di jemur di atas pasir, serta dipijak sewenang wenangnya oleh manusia dan binatang. Pendobi ini juga membasuh kain2 serta pakaian dari pelanggan domestik. Melihat kepada cara mereka mengering kan pakaian tersebut, aku menjadi sangat sangsi akan kebersihannya......

... dari kejauhan kelihatan berbalam-balam Agra Fort...jambatan keretapi itu dapat di lihat dalam filem Slumdog Milionaire...

Rupa-rupanya dhobi ghatt yang aku kunjungi itu merupakan lokasi penggambaran 'Slumdog Millionaire'. Ini ku ketahui melalui seorang tempatan yang berada disitu. Aku telah mengulang tayang DVD slumdog tersebut dan ternyata kenyataan tersebut benar.....

... inikah slumdog millionaire yang sebenar?........