Friday, May 20, 2011

Jangan takut untuk bereksperimen…

gambar hiasan: bereksperimen dengan cahaya serta pergerakan.

Experimental Photography, boleh dipanggil ujikaji fotografi? Fotografi percubaan? Ermm aku rasa seronok di dengar jika di sebut fotografi eksperimen. Namun aku rasa sebelum kita bereksperimen, adalah wajib kita memahami secara jelas asas2 fotografi. Memahami yang asas sangat penting. Memahami bagaimana cahaya yang menerobos masuk melalui lensa lalu membentuk imej di sensor digital, kemudian boleh dijelmakan menjadi foto. Pengetahuan yang asas ini akan membantu kita mencipta hasil seni yang ‘sedap’ di lihat. Mempunyai makna.

Jangan takut membuat silap. Jangan terlalu peduli akan pandangan orang. BUAT dan kemudian belajar dari kesilapan (jika ada). Itu maknanya bereksperimen. Keseronokan bereksperimen dengan fotografi digital kini adalah kerana maklum balasnya boleh di lihat dengan segera. Melalui paparan LCD serta histogram. Kita boleh terus memahami dan melihat ‘hasil’ yang berbeza untuk setiap setting yang berlainan. Berbeza dengan zaman filem, bereksperimen boleh menyebabkan poket ‘koyak’.

Tiada lagi halangan untuk kita ‘pantas berlari’ dalam era fotografi digital, selepas membeli kamera, lensa, kad memori atau juga flash, kita mempunyai encik GOOGLE untuk membantu. Melalui pembacaan dan penyelidikan di tambah pula dengan eksperimen yang berterusan, pasti foto2 anda selepas itu akan ada UUmmPPHH!!

Walau sesukar mana pun fotografi digital ini pada sesetengah orang, hakikatnya adalah ianya hanya perlu dipelajari sahaja. Sebagai contoh: melalui cubaan2 kita akan memahami bagaimana gambar akan lebih gelap jika kita menggunakan dedahan kurang 2 stop dari yang sepatutnya. Segala peralatannya sudah dicipta, pelajari saja. Kita bukannya perlu menghasilkan kamera atau lensa, Jadi tidak sukar bukan?

Jangan bimbang jika foto kita kelihatan kurang tajam, terlebih terang, atau mungkin kelihatan seperti tersalah WB. Sememangnya tidak semua foto2 yang di ambil akan menepati segala syarat2 dalam fotografi. Ada setengahnya kelihatan ‘sedang elok’, ada yang kelihatan seperti ‘fine art’, ada yang seperti ‘berbicara’. Namun sekiranya anda rasa foto itu anda suka, maka jangan di risaukan apa orang lain nak kata. Cuma anda tidak boleh nak memaksa orang lain menyukai foto yang anda suka. Itu saja. Mudah.

Cuma anda perlu sentiasa bertanya, "apa lagi yang perlu di buat untuk menghasilkan foto yang baik?" Itu bermakna anda sentiasa bersedia untuk belajar. Maka teruskan pembelajaran dan jangan berhenti bereksperimen, walau pun terdapat suara2 sumbang di belakang anda. Di hujung hari anda yang akan untung.

Sekian,

selamat menembak…

1 comment: