Sunday, September 19, 2010

..jadi yang MURAH atau yang MAHAL

HHermmm... hal yang selalu ditanya orang pada aku... ermmm sukar jugak nak jawab. Sekarang ni ada puluhan ribu orang yang mengaku dirinya fotografer. Hal ini senang, kerana di Malaysia, kita tak perlukan sijil, pengalaman, atau kelayakan khusus untuk menjadi fotografer. cukup dengan mempunyai sebiji kamera (kalau boleh DSLR), dah boleh mengaku diri adalah seorang fotografer.

 

Fotografer pulak terbahagi kepada beberapa golongan, ada profesional sepenuh masa, ada yang katanya pro tapi separuh masa, ada yang suka suka tapi sangat berbakat, serta ada yang baru sebulan dua kenal shutter, tapi mengaku hebat. Jangan kita kesah pada golongan2 fotografer ini kerana apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang bayaran kepada khidmat fotografi yang semakin mengecut, dek kerana kecanggihan teknologi digital serta dek kerana ramainya fotografer2 yang sanggup 'potong harga' atas pebagai alasan.

 

antara alasan yang popular untuk potong harga adalah.

1. saya baru belajar.

2. nakkan job pertama dari klient 'baru'

3. ketiadaan job.

4. tergoda dengan janji2 klient...'lain kali ada job lagi....'

 

Kesanggupan sesetengah fotografer menerima bayaran yang murah atas perkhidmatan yang di beri sebenarnya menjerut leher sendiri. Perasaan bahawa 'ini merupakan cara untuk menembusi market atau klien baru',adalah salah. Fotografer merasakan bahawa lain kali boleh lah harga dinaikkan.... namun apa yang berlaku adalah setiap kali mendapat job dari klient tersebut, upahnya tak boleh di tinggikan malah klient tersebut akan menggunakan 'harga rendah' itu sebagai benchmark untuk menekan fotografer2 lain pula. Yang jelas mengaut untung di sini adalah klient, kerana setiap kali berurusan dengan fotografer baru, mereka akan meminta harga rendah dengan alasan 'sebagai pengenalan'.

 

Belajarlah untuk berkata 'tidak' terhadap urus niaga yang jelas tidak menguntungkan kita dan rakan2 fotografer lain. Dengan cara itu sahaja klient akan memahami bahawa kita  bukannya monyet yang menekan2 shutter, terus jadi gambar. Kita adalah insan kreatif yang bertungkus lumus serta berusaha untuk melahirkan hasil kerja yang terbaik, penat lelah kita mestilah di imbangi dengan bayaran yang setimpal.

 

Sekian, renung2kan... dan selamat menggambar.


11 comments:

  1. pakat pikir dan bertindak bijak..... kalau kita bersatu, tak ada orang boleh 'meluku' kepala kita... :)

    ReplyDelete
  2. Setuju..! Harga saya mahal dan kerna itu saya x ada job photography.. Hihihi.. Saya sungguh suka tak ada job photo kerna saya x buang masa dan tenaga utk sejumlah duit yg x berbaloi..

    ReplyDelete
  3. yaman... aku antara peminat karya ko... tapi aku kurang setuju dgn cara ko berpikir... bagi aku mudah... ko ko punya rezki...orglain org lainpunya rezki...sama2 kita cari mknkat bumi tuhanni... ade lanih ada kurng...biasalh tu...semua orng bermula dari zero he hero...sepatutnya mende ni tak jadi isu beb....kalau kita bersikap prejudis camni...asyik nak lekehkn org...camne kita nak majukn bangsa kita...dan bnyk lagilh...aku rasa ko lagi arif...pehal pun karya ko tetap da best bagi aku

    ReplyDelete
  4. Abang Ustaz.. Thanks!! atas pendapat.
    betul tu masing2 punya rezeki. itu taklah aku nafikan. tapi disebabkan ramai yang suka potong2 harga.. bila klient bagitau harga forografer lain, dia sanggup potong harga.. itu yang tak best!.. klient naik lemak, masalah sekarng bangsa kita yang 'makan' bangsa sendiri... sampaikan sekarang klient cina pun pandai cari fotografer melayu sebab boleh dapat murah.. ha ha.. ini bukan cerita rekaan..bro.. :)...

    aku bukan nak perlekehkan orang, tapi aku rasa kalau kita nak cari makan dalam sesuatu bidang biarlah kita mahirkan diri dulu, barulah kita boleh pegang harga, ini tidak, baru pegang kamera dah nak buat JOB.. akibatnya rendahkan harga... habis rosak market.

    ha ha.. macam orang tak reti masak pastu bukak gerai di bazaar ramadan... akibatnya makanan tak sedap, silap2 belum berbuka makanan dah basi... :).. ni la akibat kalau ikut ikutan saja... :) ini pun pengalaman jugak bro...

    ReplyDelete
  5. :) selalu aku terpikir cam ni.. demi bersaing dengan photographer yang lain, kadang2 terpikir gak nak buat cam ni tapi demi menjaga status bermain dengan kamera yang walaupun masih kurang dari 10 tahun, ku tetap maintain dengan harga semasa pakej sendiri.. dan berserah kepada takdir, sama ada dipilih atau tidak..yang penting, pendekatan ke arah menjadikan gambar2 yang dicipta lebih menjadi baik atau terbaik berbanding dengan mereka yang lain walaupun masih jauh ketinggalan dengan mereka yang lain, yang telah jauh ke hadapan.. :) great post Mr.Yaman.. :)

    ReplyDelete
  6. mr. PirutPhotography, saya juga banyak menolak job wedding kerana saya rasa mereka terlalu berkira tentang bayaran, dalam masa yang sama membuat permintaan yang tak masuk akal.... :)

    ReplyDelete
  7. Salam Abg Yaman..saya tertarik dengan tajuk di atas..saya cuma ingin minta pendapat,sebab saya ni bukan la di kategorikan sebagai photographer pro atau pun sederhana..cuma berminat dan selalu join sekaki dengan kawan2 yg buat job wedding mereka..masalahnya disini ialah,ada beberapa sahabat saya yang berminat untuk menjadikan saya sebagai jurugambar mereka..dan kebiasaannya mereka ini bukanla di kalangan golongan yang berpendapatan tinggi ataupun kaya..dan ada juga yang berkemampuan serta bercita-rasa tinggi supaya gambar mereka dapat di hasil kan dengan sempurna mengikut kepuasan mereka..kebiasannya kalau saya dapat offer yang macam ni saya akan tolak sebab saya tidak mampu menghasilkan apa yang mereka inginkan walaupun mereka mampu membayar semahal manapun..dan saya lebih kepada mereka yang kurang berkemampuan.pasal harga pula biasanya bergantung daripada hasil yang telah saya buat.adakah tindakan ini juga sebagai 'potong harga'..sekadar minta pendapat..
    sekian..

    ReplyDelete