Sunday, January 3, 2010

flickr aku ...

Dulu, aku tak layan flickr! mungkin sebab aku tak mengerti sangat tentang fungsinya. Lebih kurang setahun lepas, aku layan flickr! itu pun akaun free.. he he he..
kalau benda free ni kecanggihannya pun agak terhad. Jadi aku layan flickr berbayar, sekitar 50 USD untuk 2 tahun. Ini dah kira agak murah berbanding dengan site2 foto yang lain. Pada aku bayaran ini berbaloi lah dengan servis yang di berinya. Aku pun bukannya nak yang canggih2 sangat.

Setiap hari aku upload pelbagai2 gambar yang aku shoot kat flickr! Sekurang2nya sekeping dua aku cuba untuk setiap hari. Kalau dulu banyak juga gambar2 aku yang di upload kat fesbuk! kini tak lagi kerana kualiti gambar yang di paparkan kat FB tu, cam haram! sesekali boleh la di upload kat fb. Demi untuk gambar yang seronok di lihat, aku layan flickr! 

Seperkara tentang flickr ni aku lihat nak dapatkan trafik untuk melihat gambar kita agak sukar, nak kena tag dan letak gambar tu dlm pelbagai grup, baru la ada orang g tengok. Ada gambar2 yang aku letak di lihat oleh sorang dua jer. Tapi tak kisah lah sebab aku ni baru dok melayan flickr, jadi aku dok heran juga bila tgk ada gambar2 orang yang boleh cecah ribuan hit! bila la aku nak dapat peluang camtu...
JENG! JENG! JENG!

Masa untuk ku telah tiba... akhirnya. 
sekeping gambar bunga api tahun baru yang aku shoot telah di hit lebih dari 2 ribu dalam satu hari, dan photostream aku telah di selak lebih dari 10 ribu kali dalam masa 2 hari... he he ini kira sesuatu yang memberangsangkan! Memang aku tak menjangka ini akan berlaku, kerana sebelum ini tiada gambar yang aku letak boleh cecah 1k hit pun. walaupun gambar tu ada buka bukaan 18! Tak caya korang boleh gi tengok.

http://www.flickr.com/photos/yamanibrahim/

Aku harap perkara seperti ini akan selalu berlaku kepada gambar2 ku selepas ini...

ERMMM permulaan yang baik untuk tahun 2010.....

SALAM TAHUN BARU...!

5 comments:

  1. Bak kata Zam, dunia semua tu.. Hehehehehee.....
    2k hit? Satu hari saya buka u punya photostream sampai 800 kali maa.... Wakakakakaa....

    ReplyDelete
  2. Eh, Pak Yaman.. Satu info yng kurang betul... Flickr account USD 24.95 tu untuk satu tahun lah..

    ReplyDelete
  3. alaa aku cadangkan kau klik seribu kali plak... baru la sahabat....

    alamak!! aku baru chek resit... USD 47.99 utk 2 tahun tu.... ha ha ha.. jangan maraaa aaa.... :P

    ReplyDelete
  4. wahhhh hebat sungguh...hheheeh. permulaan tahun baru yg memberangsangkan. flickr ni kdg2 gmbr yg tak best pun hit bnyk sebab kawan2 diorg ramai sgt. kat malaysia ni pulak semua org dok gila fbook...flickr tak best sebab diorg tak boleh chat,main farmville(game yg aku tak tau mcmana org boleh layan)..pendek cerita...website yg ada manfaat ni org kurang layan...yg bersosial org suke.

    ReplyDelete
  5. harap2 tahun 2010... cerah masa depan laa... he he

    ReplyDelete