Sunday, January 17, 2010

FLASH... bounce @ tidak....

Salam...
minggu lepas merupakan minggu yang agak panas dalam komuniti fotografer terutamanya di dalam laman Facebook. Kisah bermula apabila ada seorang fotografer perkahwinan terkenal yang dikatakan bertaraf 'jutawan' telah mengeluarkan komen tidak berlapik terhadap fotografer2 press.

Di sini bukanlah aku nak menyibuk atau mencampuri hal dalam kain orang, tapi aku rasa terpanggil untuk memberi komen tentang hal ini, itu pun dalam blog sendiri jer lah. Ada jugalah aku membaca pelbagai bagai komen, kerana nampak gaya
nya sesetengah yang terlibat tu merupakan rakan FB aku ( yang pastinya aku bukan kawan fotografer jutawan.. ). Jadi berjela-jela la news feed aku... layann jer lahh.

Sememangnya komen fotografer jutawan tu sangat lah tidak patut dan kedengaran sangat angkuh. Di tambah pula dengan komen komen tambahan yang dibuat oleh para penyokongnya yang masih cuba menegakkan benang basah. Adoii... merepek betul. Aku tak nak komen banyak pasal fotografer press, sebab aku paham benar kekangan kerja diorang, editor adalah raja. Gambar mutlak adalah pilihan editor. Editor tak peduli gambar tu lighting cantik ke hapa ker.. Yang mereka nak ialah nilai berita dalam gambar. Kalau nilai berita nya terlalu tinggi, gambar blur pun derang sanggup siarkan. Jadi paham paham sajalah.

Lain halnya dengan genre fotografi yang lain, gambar nak cantik, berseni, sharp @ blur (terpulang pada taste), warna warni, BW.. dan macam macam lagi lah. Ini kerana segalanya boleh di atur. Bukan berlaku secara spontan. Tak banyak foto yang lawa boleh diKandid kandid. Kena plan tuuu... :)

Menuduh atau mengata orang lain tidak bagus (secara tak langsung, mengaku kita bagus), secara terbuka begitu adalah secara sengaja mencari publisiti murahan. Publisiti jenis ini kadang2 memakan diri sendiri. Walau beribu ucapan maaf di pinta, hati orang orang yang dah terguris dan menyampah susah nak di sejukkan.

Perkara yang berlaku itu tetap akan menjadi ingatan orang, sekurang kurangnya 3 @ 4 tahun orang ramai akan ingat. Jadi fotografer jutawan nampak gayanya menang jadi arang ni (..dia kata dia terrer, jadi menang lah). Kalau pun dia tu menganggap dirinya seperti bukit , yang tak runtuh dek salakan anjing. Jangan dia lupa, datang jentolak, bukit jadi rata. ha ha ha...

renung renungkan dan selamat mengambil gambar!

8 comments:

  1. Hangat.... but i dont know any about it.... any direction?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yup..i know about this..memang x patut la dia cakap macam tu..walaupun ada betol benda yang dia cakap yg press ramai yang x pandai ambik gmbr..tp bidang dia org lain..keja dia org nak ambik gmbr utk cerita bukan nya utk gambar yang cantik..

    ReplyDelete
  4. apa yang dia cakap tu tak ada yang betul bro, kalau dah fotografer, mestilah pandai amik gambar. cuma mahir atau sangat mahir... itu lain soal. silap haribulan kalau dia tgk gambar kawen yang press ftgr tu amik, jauh lagi bagus dari gambar2 yang dia amik. itulah pasal kalau cakap siang pandang2, cakap malam dengar2... :)

    ReplyDelete
  5. siapalah agaknya budak tu, sian juga dia,masih mentah dalam dunia fotografi,dalam dunia fotografi ni bukan sahaja kena pandai mengambil gambar, tapi kenalah juga pandai mengambil hati kawan2 seangkatan dengan nya.

    ReplyDelete
  6. ermm agaknya buta mata hati tu.. :D

    ReplyDelete
  7. hahaha nice entry bang ...betul
    eh abg ikhals pon ade blog rupanya..hehe

    ReplyDelete