Friday, January 29, 2010

Joe McNally, Bazuki dan Thaipusam.

Hari ni pepagi buta aku dah terpacak kat Batu Caves, mengikut kata sahabat aku Bazuki, biasanya semasa Thaipusam, dia akan berada di BC skitar jam 5 pagi. Kenapa? kerana nak mengambil gambar suasana Thaipusam ketika 'magic light' muncul. Sebelum matahari naik akan berlaku suasana langit yang biru sekitar 6 ke 8 minit, itulah yang dikatakan 'golden hour @ magic hour'. Malangnya aku tak pulak terpikir sampai kesitu, erkk... sebab 'magic hour' biasanya digemari oleh fotografer lanskap.

Bazuki, 'cari gambar'.

Dalam pada aku melilau lilau di tengah2 ribuan manusia dan puluhan fotografer itu, aku terpandang seorang mat salleh, cam kenal... betullah Joe McNally rupanya, aku tegur cam kenal jerk... ha haha , aku bersalam ngan lagenda strobist, sapa yang tak kenal mamat ni boleh gi sini...
http://portfolio.joemcnally.com

McNally sedang cari angle... 

McNally datang ke KL kerana dia ada Talk di KL, sayangnya aku tak dapat pegi kerana berada di Sabah pada tarikh tersebut.

Tiba2 bahu aku ditepuk dari belakang, Bazuki rupanya. Kali ini aku dapat belajar bagaimanacara nya dia menghasilkan foto thaipusamnya yang terkenal tidak lama dulu. Ha ha ha.. dia siap dok sebelah lagi.. cuba korang tengok foto kat bawah ni.... 


Dah lama aku nak tiru gambar Bazuki... he he he

Monday, January 18, 2010

Manipulasi Foto...

'Zaman dah berubah, dunia makin maju, takkan kita masih di takuk lama.' Merupakan ungkapan yang sering kita dengar. Memang betul, sangat2. Dalam sedekad lepas aku lihat perubahan yang sangat ketara terutamanya dalam dunia digital. Perubahan  mendadak dalam teknologi komputer telah menyebabkan kita membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Aku lebih suka melihatnya dari sudut fotografi. Dulu untuk mendapatkan gambar yang bagus, fotografer perlulah membuat persiapan yang sangat rapi serta mesti memastikan segalanya tepat dan betul sebelum shutter ditekan. Kini dengan kemajuan teknologi komputer persiapan ini lebih ringkas jadinya.

Kemajuan komputer juga memaksa fotografer beralih daripada menggunakan filem kepada digital. Disamping itu juga fotografer mesti mengetahui pelbagai sofware yang berkait rapat dengan fotografi, paling terkenal adalah fotoshop. Bagi fotografer generasi baru, hal ini tidak menjadi masalah, fotografer olskool pula tidak boleh memandang perkara ini remeh kerana foto digital kini bukan lagi satu igauan, malah telah nyata menjelma dan kualitinya semakin mantap hari demi hari.

Kemajuan teknologi digital ini telah menyebabkan kerja kerja memanipulasi foto kini semakin mudah dan murah. Malah kini anak sekolahan belasan tahun juga boleh menghasilkan foto montaj atau foto manipulasi yang tinggi kualitinya. Dengan  penggunaan sofware yang betul hasil manipulasi foto boleh  menipu mata orang ramai. Kaedah ini sangat biasa digunakan dalam industri pengiklanan. Industri ini memerlukan imej yang ada 'UUmmPhhh' serta berkuasa menarik perhatian orang ramai, jadi pemaparan visual secara melampau (konsep @ kecantikannya) mampu membuatkan kita melihatnya berulangkali.



7 keping foto yang di gunakan untuk menghasilkan sekeping foto yang hampir mustahil untuk di ambil secara sekaligus.

Baru baru ini aku mendapat tugasan untuk menghasilkan sekeping foto yang bakal digunakan pada billbod dan bahan cetakan. Fotonya menggambarkan lapan sekeluarga sedang tidur di atas sebuah katil yang sangat besar. Wah! bagaimana hendak di lakukan sesi fotonya, mana datang pulak katil yang boleh muat 8 orang. Di sinilah perlunya kemahiran fotografer dalam memanipulasi foto. Sebanyak 7 keping foto telah di potong dan di sambung agar menjadi sekeping foto seperti yang di kehendaki oleh ejensi.

Untuk foto jenis ini, peranan pencahayaan sangat penting. Keduduk
an lampu tidak boleh berubah, kerana foto akhir mestilah mampu menipu mata audien supaya percaya bahawa itu adalah sekeping gambar yang sebenar. 
... hasilnya...

Kedudukan model dalam foto di atas perlu di rancang dengan betul dari peringkat awal lagi, supaya kelak tidak timbul kejanggalan dan proses montaj menjadi rumit. Proses menukar beberapa keping foto untuk menjadi sekeping foto merupakan satu proses yang agak rumit dan menuntut banyak masa serta kemahiran mengendalikan sofware yang tinggi. Proses yang juga di panggil DI atau 'digital imaging' ini tidak semestinya di lakukan oleh fotografer, ia juga boleh di lakukan oleh orang lain yang mahir dengan sofware2 imaging seperti photoshop, paintshop pro, painter dan banyak lagi. 
                                                             iklan untuk Kota Seriemas

Untuk foto ini aku melakukan proses DI sendiri. Mak aih... bersekang mata nak menyiapkan nya. Tapi alhamdulillah dapat juga aku siapkan mengikut dateline. Walau bersekang mata, hati puas sebab dapat melihat foto pelik yang terhasil.

Sekian. :)

Sunday, January 17, 2010

FLASH... bounce @ tidak....

Salam...
minggu lepas merupakan minggu yang agak panas dalam komuniti fotografer terutamanya di dalam laman Facebook. Kisah bermula apabila ada seorang fotografer perkahwinan terkenal yang dikatakan bertaraf 'jutawan' telah mengeluarkan komen tidak berlapik terhadap fotografer2 press.

Di sini bukanlah aku nak menyibuk atau mencampuri hal dalam kain orang, tapi aku rasa terpanggil untuk memberi komen tentang hal ini, itu pun dalam blog sendiri jer lah. Ada jugalah aku membaca pelbagai bagai komen, kerana nampak gaya
nya sesetengah yang terlibat tu merupakan rakan FB aku ( yang pastinya aku bukan kawan fotografer jutawan.. ). Jadi berjela-jela la news feed aku... layann jer lahh.

Sememangnya komen fotografer jutawan tu sangat lah tidak patut dan kedengaran sangat angkuh. Di tambah pula dengan komen komen tambahan yang dibuat oleh para penyokongnya yang masih cuba menegakkan benang basah. Adoii... merepek betul. Aku tak nak komen banyak pasal fotografer press, sebab aku paham benar kekangan kerja diorang, editor adalah raja. Gambar mutlak adalah pilihan editor. Editor tak peduli gambar tu lighting cantik ke hapa ker.. Yang mereka nak ialah nilai berita dalam gambar. Kalau nilai berita nya terlalu tinggi, gambar blur pun derang sanggup siarkan. Jadi paham paham sajalah.

Lain halnya dengan genre fotografi yang lain, gambar nak cantik, berseni, sharp @ blur (terpulang pada taste), warna warni, BW.. dan macam macam lagi lah. Ini kerana segalanya boleh di atur. Bukan berlaku secara spontan. Tak banyak foto yang lawa boleh diKandid kandid. Kena plan tuuu... :)

Menuduh atau mengata orang lain tidak bagus (secara tak langsung, mengaku kita bagus), secara terbuka begitu adalah secara sengaja mencari publisiti murahan. Publisiti jenis ini kadang2 memakan diri sendiri. Walau beribu ucapan maaf di pinta, hati orang orang yang dah terguris dan menyampah susah nak di sejukkan.

Perkara yang berlaku itu tetap akan menjadi ingatan orang, sekurang kurangnya 3 @ 4 tahun orang ramai akan ingat. Jadi fotografer jutawan nampak gayanya menang jadi arang ni (..dia kata dia terrer, jadi menang lah). Kalau pun dia tu menganggap dirinya seperti bukit , yang tak runtuh dek salakan anjing. Jangan dia lupa, datang jentolak, bukit jadi rata. ha ha ha...

renung renungkan dan selamat mengambil gambar!

Sunday, January 10, 2010

Wedding Photography...

Kali ni aku nak bercerita pasal fotografi orang kawin pulak. Genre fotografi ni sangat lah popular di kalangan fotografer di Malaysia ni, sementelah pula dengan perkembangan teknologi digital yang sangat pesat. Kalau sepuluh tahun dahulu, tak ramai orang boleh jadi fotografer. Kalau pun mampu beli kamera, tak berapa mampu pulak nak terus bergiat (terutama utk suka suka) kerana kos filem dan cuci yang tinggi. Berbeza dengan masa kini, anak berumur 12 tahun pun boleh ambil gambar, kerana harga kamera digital (SLR atau bukan) yang sangat berpatutan kini, pastu takyah kecoh kecoh nak gi cuci, tengok je kat skrin komputer atau tv.


Oleh sebab ini lah maka bidang fotografi kahwin kini telah menjadi sangat kompetitif. Pagi beli kamera, petang dah jadi fotografer. Ramai orang yang berasakan bidang ini adalah paling mudah untuk membuat duit. Tapi pada aku bidang inilah yang teramat payah nak buat duit, ha ha ha. Terlalu ramai fotografer yang sanggup menjual khidmat mereka di bawah harga pasaran. 

Laut bukan biru lagi, malah sudah bertukar menjadi lautan darah yang pekat dan likat

Hal ini biasanya di lakukan oleh fotografer yang menceburi bidang ini secara sambilan atau separuh masa. Mereka tidak kisah dengan bayaran ciput. Apa apa hal pun mereka masih ada gaji bulanan. Macam macam alasan yang di berikan: nak praktis lah! promosi lah! Walhal jika benar mereka ingin menjadikan bidang ini sebagai sumber kewangan, mereka mesti membantu mengekang harga kerana mereka tidak perlu risau kalau ketiadaan job! Mereka ada kerja tetap! 

Dengan adanya fotografer yang bersikap begini, maka seiring itu wujud pula golongan pelanggan yang dengan sengaja ingin mengambil kesempatan. Mereka mula membanding bandingkan harga yang mereka perolehi, cuba menekan harga. Kalau boleh nak bayar empat lima ratus jer. Kadang2 mereka masih minta diskaun, walaupun harga telah di persetujui. Addooii. Sikap macam ni tidak membantu industri langsung!



Hal sebegini amat membimbangkan aku, kerana aku adalah fotografer sepenuh masa. Waima apa genre fotografi aku layan. Janji di bayar. Peliknya dah banyak tahun aku bergelumang dalam bidang ni, dari part time sehinggalah full time, aku jarang mendapat job orang kahwin (boleh di bilang dengan jari). Adakah aku tidak pandai mengambil foto orang kahwin? Atau bakal pengantin berasakan portfolio aku tak cukup banyak? Aku nak lihat selepas ini kerana ironinya walaupun aku jarang shoot wedding, aku telah berjaya meraih gelaran 'PHOTOGRAPHER OF THE YEAR 2009, wedding category' majalah Digital Photographer, UK. 
keputusan penuh kat bawah:

Bukanlah aku nak mem'poyo'kan diri, cuma aku nak juga tahu apakah kemenangan ini akan memberi sedikit manfaat keatas kerjaya aku ini. Ha ha ha, jika kemenangan2 aku di masa lepas, telah menyebabkan aku menerima ayat.. " client takut kau caj mahal...

ErrKK...  cam tu la pulak!

kemenangan kali ini diharap dapat membantu aku menembusi genre ini dengan lebih jauh lagi.

Sekian!  :)

Sunday, January 3, 2010

flickr aku ...

Dulu, aku tak layan flickr! mungkin sebab aku tak mengerti sangat tentang fungsinya. Lebih kurang setahun lepas, aku layan flickr! itu pun akaun free.. he he he..
kalau benda free ni kecanggihannya pun agak terhad. Jadi aku layan flickr berbayar, sekitar 50 USD untuk 2 tahun. Ini dah kira agak murah berbanding dengan site2 foto yang lain. Pada aku bayaran ini berbaloi lah dengan servis yang di berinya. Aku pun bukannya nak yang canggih2 sangat.

Setiap hari aku upload pelbagai2 gambar yang aku shoot kat flickr! Sekurang2nya sekeping dua aku cuba untuk setiap hari. Kalau dulu banyak juga gambar2 aku yang di upload kat fesbuk! kini tak lagi kerana kualiti gambar yang di paparkan kat FB tu, cam haram! sesekali boleh la di upload kat fb. Demi untuk gambar yang seronok di lihat, aku layan flickr! 

Seperkara tentang flickr ni aku lihat nak dapatkan trafik untuk melihat gambar kita agak sukar, nak kena tag dan letak gambar tu dlm pelbagai grup, baru la ada orang g tengok. Ada gambar2 yang aku letak di lihat oleh sorang dua jer. Tapi tak kisah lah sebab aku ni baru dok melayan flickr, jadi aku dok heran juga bila tgk ada gambar2 orang yang boleh cecah ribuan hit! bila la aku nak dapat peluang camtu...
JENG! JENG! JENG!

Masa untuk ku telah tiba... akhirnya. 
sekeping gambar bunga api tahun baru yang aku shoot telah di hit lebih dari 2 ribu dalam satu hari, dan photostream aku telah di selak lebih dari 10 ribu kali dalam masa 2 hari... he he ini kira sesuatu yang memberangsangkan! Memang aku tak menjangka ini akan berlaku, kerana sebelum ini tiada gambar yang aku letak boleh cecah 1k hit pun. walaupun gambar tu ada buka bukaan 18! Tak caya korang boleh gi tengok.

http://www.flickr.com/photos/yamanibrahim/

Aku harap perkara seperti ini akan selalu berlaku kepada gambar2 ku selepas ini...

ERMMM permulaan yang baik untuk tahun 2010.....

SALAM TAHUN BARU...!

Monday, December 14, 2009

Hikayat 1001 kawan....

Orang tua tua kata berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Korang rasa betul tak perumpamaan tu? 

Pada aku, itu teramatlah betulnya kecuali sekarang ni ramai orang berkasih beribu-ribu (kalau boleh ler..). Sesama kawan biasanya kita mendapat benefit antara satu sama lain,  kita berkawan biasanya kerana interes yang sama. Sebagai contoh, aku sebagai seorang fotografer mempunyai ramai kawan2 di kalangan fotografer. Namun begitu ada juga kawan2 ku bukan terdiri dari fotografer.

Kat sini aku nak kongsikan konsep 'kawan' anutan aku.

 Apabila kita berkawan, kita perlu jujur.Tahu dengan jelas, apa tujuannya.  Tiada niat tersembunyi terutama yang tidak baik. Namun aku mengerti bahawa setiap manusia mencari kawan 'bersebab'. Kerana tiada guna kalau kita ada ramai kawan tapi tidak seorang pun boleh memberi faedah atau mendatangkan menafaat samada dari sudut spiritual atau materi. Jadi soal mengguna atau dipergunakan kawan adalah lumrah. Asal kita sedar tentangnya. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Oleh kerana aku amat memahami tentang konsep ini maka kadang kala aku tidak perduli apabila berasakan ada antara kawanku yang mengambil kesempatan keatasku, tanpa membawa mudarat ke atas ku, kerana aku dengan sesungguhnya sedar bahawa di satu hari yang lain aku akan meminta pertolongan atau 'ambil kesempatan' keatas kawanku tu pulak!
 :D.

kawan: macam bungapi... cantik dilihat, silap sikit boleh membakar....

Mudahkan konsep 'kawan' ku?.... korang jangan lupa ada satu golongan kawan lagi yang kita panggil 'kawan baik'. Ini kira lain kes lah! Biasanya kita tak punyai ramai 'kawan baik'. Kalau dengan kawan aku boleh buat2 bodo aja atas isu2 yang ditimbulkan. Tapi bagi kes 'kawan baik' aku sentimental sket la..... :). yer la kan.. ngan kawan baik kita selalu berkongsi apa apa saja yang boleh di kongsi yer tak? Hatta kita sangat berlebih kurang dengannya. Kita mendengar masalahnya. Kita membelanya bila ada orang mengutuknya. Kita memandang tinggi padanya.

Tetapi yang selalu menyebabkan kita bengang ialah kawan yang rapat dengan kita lah! Orang yang selama ini kita pandang tinggi tu lah yang akan memandang rendah pada kita.... ha ha ha... salah tu kalau kita gunakan istilah memandang tinggi pada manusia, sebab balasannya adalah dia akan memandang rendah pada kita! Inilah yang berlaku pada aku.... ha ha ha... semenjak menerjuni bidang fotografi ni banyak rakan yang begini kujumpai.

Aku pernah ada kawan yang kononnya berkongsi minat dalam fotografi, ingin naik sama2, tapi sudahnya tanpa ribut, tanpa taufan, SENYAP. Tahu-tahu hantar SMS ' kunci studio ada dalam posbox'. Maklum dah jumpa partner baru.. ha ha ngan aku ni cuma kawan bukan rakan kongsi. 

Ada juga, telah menuding jari kearahku kononnya aku adalah penambah perisa keatas cerita2 tentangnya. Padahal aku memberitahunya tentang pandangan orang lain tentangnya supaya dia tau apa yang berlaku disekelilingnya, tanpa ada niat untuk memburukkan sesiapa. Salah rupanya langkah ku itu, niat baikku telah memakan diriku sendiri. Dia boleh mempercayai cakap orang yang tidak kenalpun siapa aku. 

Segala yang berlaku, aku terima saja dengan seadanya, sebab aku yakin dan pasti segala perkara yang ku lakukan memang dengan 'niat'. Dan aku tidak pernah berniat buruk terhadap orang lain. Bukanlah nak menegakkan benang basah atau berlagak baik, tapi aku sentiasa percaya akan diri manusia yang mempunya dua sisi. Terang dan gelap (macam foto) terpulanglah sisi mana yang lebih banyak. Bagi aku, akan ku cuba mengenepikan sisi gelap mereka dan hanya menumpukan pada sisi cerah. (walaupun dalam foto perlu kedua dua sisi.. kalu tak OE jadinya.. :D). 

Tidak ada manusia yang mempunyai sisi cerah semata. Jadi aku percaya jika kita mengasingkan sisi gelap dan cerah dengan berhati hati kita akan dapat berkawan dengan ramai orang. Pun begitu kadang kadang kita terlewat melihat sisi gelap kawan kita.. :) Sekiranya ini berlaku... pandai pandai lah cari jalan keluar.... kira jadikan kawan....

 "HI HI, 
BYE BYE" jer lah.. :D







Wednesday, December 9, 2009

antara Kellie's Castle, Ipoh dan Nasi Ganja.....


kellie's castle yang di katakan berhantu....
Pagi semalam aku bersama geng entusias photo ke Batu Gajah Perak, gi melawat mansion uncle Kellie.... sebetulnya dah banyak kali aku lalu kat situ tapi belum pernah sekali pun aku singgah untuk mengambil gambar. Kalau dulu2 tempat tu nampak scarry jerk, sekarang tak tau la pulak.


dari kiri: enche adykasyah, zamrud, kurt G & joe.

Sekitar jam sebelas kami sampai, matahari terik memancar, langit biru. Haaa... seswai sangat untuk IR fotografi nih! nasib baik aku bawak kamera IR(foto2 kat sini semuanya guna kamera IR). Kami berlima tak membuang masa terus mencari angle yang menarik untuk di foto. Mengambil gambar bangunan atau arkitekstur ni sebetulnya agak mengelirukan kerana kita perlu memahami dengan sangat mendalam berkenaan bangunan yang nak di foto... err.. kena amik masa yang lama sket (..untuk aku). Memahami setiap sudut dan dinding serta struktur akan membantu kita merakam gambar yang akan mencermin kan 'jiwa' bangunan tersebut. Yang sememangnya agak sukar untuk di terjemahkan ke dalam bentuk visual foto.


koridor...

Ku cuba-cuba merakamkan gambar Kellie's Castle, seperti yang korang dapat lihat di sini. Berjaya atau tidak bergantunglah pada rasa korang... ha ha..


sebahagian dari runtuhan kellie...

sesudah tu kami ke Bandaraya Ipoh untuk mengisi perut yang kelaparan... jeng jeng jeng.... kitorang pekena .. nasi ganja... kenapa dipanggil begitu? aku pun tak tau. Yang pasti mereka kata kalau dah terkena sekali yang pasti akan datang lagi. Buktinya aku... abis jer makan, terus bungkus lagi, bawak balik hu hu hu.... dah tersangkut kot?? Dalam kedai pelanggan penuh, kat luar panjang beratur..... memang terbukti sangat terkenal. Kopi kat situ pun kaw kaw best! kalau aku singgah ipoh lagi pasti aku akan pekena 'nasi ganja'.

.. nasi ganja..

deretan bangunan lama di Ipoh...