Monday, April 4, 2011

Alahai ITNM...


Hancingnya bau mu...

Adess!! Susahnya aku nak tulis entri ni. Tapi aku kena gagahkan juge agar menjadi panduan kepada rakan2 yang lain.

Ceritanya setahun yang lalu Neo Edition (aku dan beberapa fotografer lain) telah menerima satu ‘job’ mengambil gambar ‘acara’ dari Institut Terjemahan Negara Malaysia atau ringkasnya ITNM.

ACARA tu adalah mengambil gambar acara ‘temuramah sofa putih’ di Pesta Buku Antarabangsa KL 2010. Temuramah ini berlangsung selama sejam sehari selama 10 hari, iaitu sepanjang pesta buku berlangsung lah. Setelah harga dan syarat2 di persetujui maka kami pun mulai bekerja. Pada hari Lawatan PM tu kerja kami panjang sikitlah, tapi aku rasa tak ada masalah, kami bukannya nak berkira sangat. Apa ada hal, yer tak?

Seminggu selepas acara aku telah menghantar contoh print dan album sebagaimana yang dipersetujui. Kemudian kami di beri lampu hijau untuk print album kedua (kami perlu hantar 2 set album). Invois pun di kirim bersama 2 set album serta DVD yang mengandungi segala foto.

Hari berlalu, bulan berganti lah. Kabar berita apa pun tiada… Selepas 3 bulan ada beberapa kali kami cuba bertanya khabar, jawapan dari bahagian kewangannya adalah: “nanti saya call encik semula…” Yang mana tak pernah sekali pun perempuan ni call kitorang balik.

Bulan lepas, setelah sebelas bulan berlalu, aku cuba2 lah ‘terjah’ ke sana bertanya ‘apa sudah jadi dengan bayaran sejemput yang tertunggak tu?’

JENG JENG JENG!! Tadi kitorang dapat satu panggilan dari ITNM ni ……

“ SAYA NAK PROSES BAYARAN NI, TAPI BOSS TAK PUAS HATI DENGAN GAMBAR2 YANG KORANG AMIK, TAK BERKUALITI, SO KITA NAK BAYAR SEPARUH SAJA, BOLEH BAGI JAWAPAN SEGERA TAK.?.”

HeLLooooooooo... ITNM… Kalau nak main kotor pun agak agak lah, kalau sungguh tak suka kenapa tak cakap dari setahun lepas. Kenapa setelah hard copy kau ambik, soft copy kau sebat, kau drag sampai setahun… alih alih sekarang datang korang punya “TAK SUKA”.

Istilah PELANGGAN sentiasa betul selalu aku dengar. Tapi kalau gini cara dan gayanya, aku cuma nampak betapa ITNM sangat tidak profesional. Aku faham pelanggan berhak untuk 'suka' atau 'tidak suka' atas perkhidmatan yang diterimanya, cuma aku tidak boleh faham apabila tidak suka itu datang lama setelah persetujuan di capai. Aku malas nak maki hamun orang , korang yang baca ni fikir fikirkan lah. Daripada aku tunduk dengan tawaran mereka, lebih baik aku ambik balik segala apa yang telah aku serahkan dulu. Namun untuk aku tunduk pada TAWARAN YANG MENGHINA tu tidak sekali2.

EErrrmm seperkara lagi dalam masa menunggu bayaran job fotografi tu kami ada juga buat rekabentuk iklan untuk ITNM ni, setelah puas pi mai, pi mai buat pembetulan dan segalanya, maka mereka pun bersetujulah dengan reka bentuk iklan tersebut. Tup! tup! iklan tak jadi di siarkan… itu pun mereka suruh kami hantar tuntutan ‘separuh’ jugak. Sampai sekarang kami tak hantar tuntutan. Kerana tak setuju. Fikir2kan lah yang ni jugak hahaha… camana tu boleh derang nak main separuh2, terkena lagi lah kitorang gamaknya.

Inilah dia rupa rekabentuk press ad yang kitorang buat, aku tak tau samada projek ni jalan atau tidak, senyap sunyi... tau tau derang cakap boss suruh kitorang klaim separuh WTF!! Tak pro langsung! patutnya kalau projek tak jalan cakap jerlah kita boleh caj rejection fee , ini tak, derang buat senyap jer... apa derang ingat kitorang meniaga main pondok2 ka?

Korang mesti heran kan kenapa aku boleh terkena sampai camtu sekali? Jawapannya mudah saja… ITNM ni adalah sebuah badan berkanun yg di tubuhkan untuk memperbanyakkan karya2 terjemahan dari English ke BM atau sebaliknya. Aku menaruh sepenuh percaya...maklumlah 'semi gomen' lah katakan. Tapi tak sangka pula ‘BADAN BERKANUN’ boleh jadi macam LANUN.

23 comments:

  1. like cerita ni sebagai pengajaran bro..:D

    ReplyDelete
  2. nak kena berhati2 dengan semua orang atau syarikat lah.. adoii

    ReplyDelete
  3. "wow...ini mcm pun ade, bussuuk punya olang!" kena berhati2, terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  4. cuba bawa perkara ni ke Tribunal Pengguna.

    ReplyDelete
  5. sebab tu kita kena ada persatuan... sy pun terkena gak kes mcm ni..tp xda tmpt leh report..

    ReplyDelete
  6. Mak aii...kalau depa nk sngt gambo tu free, bagi kamere pakai buang je...ingat nk shoot gambo tu main - main tangkap ke?...ingt senang ke job shooting, kehulur-kehilir kami usung kamera nak dpt shot yg cantik dn menarik... sabar je la bang... tiap2 satu ada balasanya...

    ReplyDelete
  7. cari Facebook depa, kasi up dalam dia punya Wall. kasi 'cubitan sayang' sikit kat depa. biaq sedar! hahahaha

    ReplyDelete
  8. @sinaga2- tak payah tribunal lah... ITNM ni memang takda integriti, aku nak kasi hot kat dalam cyber space dulu....
    @gafur- setuju tu
    @hafidz- derang ingat derang je reti tgk benda cantik, orang lain suma bodo... tatau apa2...
    @putat- memang itulah yang aku nak buat ni.. hahaha...

    ReplyDelete
  9. bro,

    customer is king and king never bargain!

    apahal nak separuh separuh pulak ni... like u said, lebih baik ambik semua tu balik!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. erm.. Ketua Unit Kewangan baru jer sentap dgn saya tadi.. aduhai.. Kita tunggu setahun, selepas setahun call ckp gambar kita x berkualiti kemudian nk byr separuh, bila kita sentap.. dia nk sentap kita balik.. She questiond me, what did I comment in a blog? aik.. nak komen kat blog pun x bebas dah skg.. (kebetulan masa tu x komen apa2 lagi kt blog ni, so.. jwpan sy "Komen apa tu..??") huhuhuu.. Mungkin dia patut tya penulis ni sendiri kesan dari perbuatan dia tu kat agensi kecik cam kita ni.. mungkin agensi lain bila terkena dgn mana2 kompeni, buat tak tau jer laa.. paling x pun kutuk atau bagi peringatan kat member2 dlm bidang ni belakang2.. but not this time..

    ReplyDelete
  12. @khairulhasbullah- fakir pun tak akan menawar bila harga telah dipersetujui...
    @cheRitz- mereka memang melampau, cacing naik ke mata....

    p.s. tadi ada gak aku berceritakan hal ni kat DBP... hahaha, mereka tak sangka ITNM boleh buat camni.... Siapa yang mendengarnya? biarlah rahsia... hehe ... bukan ke salah seorang Lembaga Pengarah ITNM dari DBP serta sorang lagi X DBP..... hermmmm rasanya yag 'X' tu aku kenal... :)

    ReplyDelete
  13. che ritz..diorang tanya apa yg nak di komen tu sebab diorang nak tolong che rits buat terjemahan dlm nahasa lain jika perlu :)
    so..untung untung boleh la cover yang tertunggak kot...

    ReplyDelete
  14. bahasa Tamil la kot... ehem ehem... lagi senang nak belit.... hehe

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah , ITNM sudah membayar PENUH bayaran untuk fotografi tersebut.

    ReplyDelete
  16. geram gila dengar.. tak sangka.. alhamdulilah..
    jd pengajaran.

    ReplyDelete
  17. Syabas...anda telah mempertahankan hak anda.

    ReplyDelete
  18. Wow..... Sangat ber'integriti' lah badan berkanun tue....

    ReplyDelete
  19. iklan tu derang tak bayar lagi... senyap jer la tu... aku dengar pompuan yang jaga corporat comm tu dah berenti dari ITNM... tapi sekarang jadi konsultan untuk projek ITNM... cam tu pun boleh yer... untungnya dia yerrr.... kalau jadi konsultan pastilah lagi masyukkkk....

    ReplyDelete
  20. Sabor je lah bang.....ape-ape pun majulah fotografi untuk semua

    ReplyDelete
  21. sy pnh kena dulu jgn jabatan kerajaa... payment ciput, tp hampir setahun... ada2 jer yg x lengkap... akhir sekali, sy emel & cc kpd menteri, KSU, set-pol, pengarah & timb. pengarah..

    pandai pulak dibayarnya dgn segera, keesokan hari...

    ReplyDelete
  22. Tumpang simpati je bro...nasib badan.

    ReplyDelete