Saturday, November 7, 2009

KELATE kena GOMO......


merah memenuhi stadium... bagaikan lautan darah!! GO! Red Warrior!!


.. ni peluang aku , nah amik korang....

.. kecewa...

N9=3, Kel=1

penyokong kuningnya sedikit cuma... 

Aku ni bukan peminat bola, jauh sekali pemain bola, aku kaki bangku. Seumur hidup aku baru sekali aku tengok bola di stadium, itu pun masa aku kecil. Tapi malam tadi aku telah memecah tradisi hidup dewasa aku. Aku gi tengok Kelantan lawan N9, kerana teruja dengan semangat 'gomo kelate gomo', atau mungkin kerana dah 40 tahun kelantan tak ke final piala Malaysia. Bersesak2 lah aku dalam train ke Bukit Jalil.  Lautan manusia berbaju merah dalam stadium begitu mengujakan, dah macam tengok stadium MU dah. Merah memenuhi tiga suku stadium, kuning aku lihat tak sampai suku, sebab zon penampan yang polis ujudkan agak besar. 

Dek kerana zon penampan yang besar, ramai para penyokong kelantan terpaksa berasak asak di ruang penonton atau mengintai intai dari celah celah pagar kat atas. Sungguh tak puas hati rasanya., dah la beli tiket black market! dengarnya ada yang bayar sampai RM50, aku pun beli pasar gelap juga tapi rm21 jer, sebab 3 hari sebelum perlawanan. Ermmm...penganjur memang bangang jual tiket ikut kapasiti stadium, pastu ambik tempat duduk untuk jadikan zon penampan. Kalau FRU tu terrer sangat beratur la jadi pagar antara dua puak tu.. ha ha ha.. kita tengok sapa yang kena..... ini beratur kat tepi padang .. apa barang.... sapa yang boleh lompat longkang 8 kaki tu.... maka jadi la sasaran mercun penonton... :P

Gema sorakan 80 ribu penonton dalam stadium memang mengujakan, dan mampu mengheret perasaan bukan kaki bola untuk bersorak sama. Malam tadi aku melihat gelagat para penyokong Kelantan yang tertewas! Begitu kecewa! Sorakan Kelantan yang kuat , terhenti bila N9 menyumbat gol!!!  Aku dapat merasakan mereka begitu kecewa. Bayangkan mereka datang dari jauh dengan menempuh banjir dalam perjalanan, semata2 untuk melihat pasukan mereka beraksi. Alih alih satu gol demi satu gol terpaksa mereka telan. 

Bila N9 mendapat gol ketiga, para penyokong yang kecewa mula angkat kaki, balik..... Masa ni lah segala botol air, atau apa saja yang boleh di baling terbang ke padang. Masa ni juga mereka membaling mercun2 yang mereka bawa untuk meraikan 'kemenangan' mereka ke arah FRU.... dan masa ni juga pihak berkuasa boleh melepas geram mereka pada penyokong kelantan dengan menyembur serbuk pemadam api kearah penonton..... 

slogan ' gomo kelate gomo' malam tadi tak menjadi, nampak gaya kelantan yang kena gomol, apa boleh buat, bola itu bulat, licin pulak tuh! ha ha ha kita penyokong ni yang tak puas hati...... rasa macam mereka tu main 'main-main'.

1 comment:

  1. Permainan semalam memang hambar, pemain muda kelantan tak cukup pengalaman lagi berbanding pemain2 N9. Walau kalah 3-1, saya tetap sokong kelantan. Gomo Kelate Gomo.

    Buat penyokong fanatik yang tak reti nak jaga moral tu.. korang memang tak guna.. pasal korang, bikin satu kelantan malu saja. hishhh

    ReplyDelete