Sunday, September 19, 2010

..jadi yang MURAH atau yang MAHAL

HHermmm... hal yang selalu ditanya orang pada aku... ermmm sukar jugak nak jawab. Sekarang ni ada puluhan ribu orang yang mengaku dirinya fotografer. Hal ini senang, kerana di Malaysia, kita tak perlukan sijil, pengalaman, atau kelayakan khusus untuk menjadi fotografer. cukup dengan mempunyai sebiji kamera (kalau boleh DSLR), dah boleh mengaku diri adalah seorang fotografer.

 

Fotografer pulak terbahagi kepada beberapa golongan, ada profesional sepenuh masa, ada yang katanya pro tapi separuh masa, ada yang suka suka tapi sangat berbakat, serta ada yang baru sebulan dua kenal shutter, tapi mengaku hebat. Jangan kita kesah pada golongan2 fotografer ini kerana apa yang aku nak ceritakan di sini adalah tentang bayaran kepada khidmat fotografi yang semakin mengecut, dek kerana kecanggihan teknologi digital serta dek kerana ramainya fotografer2 yang sanggup 'potong harga' atas pebagai alasan.

 

antara alasan yang popular untuk potong harga adalah.

1. saya baru belajar.

2. nakkan job pertama dari klient 'baru'

3. ketiadaan job.

4. tergoda dengan janji2 klient...'lain kali ada job lagi....'

 

Kesanggupan sesetengah fotografer menerima bayaran yang murah atas perkhidmatan yang di beri sebenarnya menjerut leher sendiri. Perasaan bahawa 'ini merupakan cara untuk menembusi market atau klien baru',adalah salah. Fotografer merasakan bahawa lain kali boleh lah harga dinaikkan.... namun apa yang berlaku adalah setiap kali mendapat job dari klient tersebut, upahnya tak boleh di tinggikan malah klient tersebut akan menggunakan 'harga rendah' itu sebagai benchmark untuk menekan fotografer2 lain pula. Yang jelas mengaut untung di sini adalah klient, kerana setiap kali berurusan dengan fotografer baru, mereka akan meminta harga rendah dengan alasan 'sebagai pengenalan'.

 

Belajarlah untuk berkata 'tidak' terhadap urus niaga yang jelas tidak menguntungkan kita dan rakan2 fotografer lain. Dengan cara itu sahaja klient akan memahami bahawa kita  bukannya monyet yang menekan2 shutter, terus jadi gambar. Kita adalah insan kreatif yang bertungkus lumus serta berusaha untuk melahirkan hasil kerja yang terbaik, penat lelah kita mestilah di imbangi dengan bayaran yang setimpal.

 

Sekian, renung2kan... dan selamat menggambar.


Wednesday, August 11, 2010

Hyper Portrait Kota Bharu 2


Para peserta kursus Hyper Portrait di KB

Berakhir sudah sesi kelas hyper portrait ku di Kota Bharu yang telah berlangsung selama 2 hari. Satu sesi yang sangat mengujakan. Dengan jumlah peserta yang begitu ramai, sesi tersebut tetap berlangsung dengan jayanya. Terima kasih pada pihak penganjur Digimarc academy, yang telah mampu menjayakan bengkel ini dengan begitu baik sekali.
peniup serunai yang di bawa khas dari pasir mas....

Melihat pada hasil2 kerja para peserta, aku yakin mereka telah dapat memahami dan seterusnya menerapkan editing cara hyper ku yang sangat mudah itu ke atas foto2 mereka. Memang terdapat perbezaan antara satu peserta dengan satu peserta, hal ini kerana setiap dari mereka mempunyai pengalaman dan latar penggunaan photoshop yang berbeza. Namun aku percaya dengan latihan yang konsisten serta gabungan dengan kemahiran2 editing yang mereka ada , maka gambar2 potret mereka akan menjadi lebih baik, malah mungkin akan lebih baik dari gambar2 hyper kepunyaanku.

Akhir sekali aku berharap para peserta menggunakan ilmu hyper mereka untuk menghasilkan gambar2 yang cantik dan 'munasabah' dari segi editingnya..... serta mampu mendatangkan pulangan yang berpatutan kepada mereka.

Sekian.

Thursday, August 5, 2010

Hyper Portrait di Kota Bharu...

Bermula lusa, iaitu pada 7 dan 8 ogos 2010 akan berlangsung sesi ketiga bengkel editing hyper portrait ku untuk tahun ini. Ianya akan berlangsung di bangunan Perpustakaan Negeri Kelantan di Kota Bharu. Pihak penganjur bertungkus lumus untuk menyempurnakan event itu dengan sebaik mungkin. Hebat Abe JO ngan Abe R'zley weh... banyak malam doh tak cukup tido... Terima kasih kerana bersungguh2 dalam menjayakan bengkel foto ini.

Melihat pada persiapan2 yang telah di lakukan aku rasa sungguh kagum kerana begitu teratur dan rapi. Sehingga kini mereka belum memaklumkan berapa ramai yang akan hadir, cuma katanya 'ramai'... aduss.... berapa ramai tu..??

Sesi kali ini juga dikembarkan bersekali dengan bual bicara foto bersama Saudara Bazuki Muhammad dari Reuters. Beliau merupakan seorang fotografer yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi... feymess sudaa.. :)

Sunday, July 25, 2010

Seminggu Bersama RARINDRA PRAKARSA....

Dayak Losarang.....

Pada tarikh  16-23 julai 2010 aku telah mengikuti  kembara foto bersama Rarindra Prakarsa, seorang fotografer ternama dari negara seberang, Indonesia. Selama seminggu aku dan teman2 fotografer lain berkunjung ke tempat tempat yang sangat menarik untuk di foto. Secara jujurnya kedatangan aku adalah untuk melihat, memerhati, serta mempelajari cara sang maestro foto ini bekerja.

 

Pengukir topeng di Indramayu....

Kesimpulannya adalah beliau merupakan seorang yang sangat sederhana dan merendah diri. Beliau juga mengambil gambar dengan membawa peralatan yang sangat minima, sebuah kamera dan 3 lens. Aku kira lens fevretnya adalah 135mm 2L dan 50mm. Hampir sepanjang masa aku melihat lens 135mm itu melekat pada kameranya. Tergantung di beg galasnya adalah sebidang reflector bersaiz kecil, yang biasanya di gunakan untuk membalikkan cahaya kepada wajah subjek.

 

Pemandangan pagi di Tasik Situ Gunung....yang terletak di Sukabumi.

Setelah melihat sendiri cara beliau ‘membuat’ gambar, samada mencari subjek, menentukan angle, memberi arahan sehinggalah saatnya menekan shutter, membuatkan aku sedar bahawa gambar yang baik tidak  selalu ‘datang’ kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan ‘mencipta’ gambar, agar gambar yang kita hasilkan tidak sama dengan gambar2 orang lain. Semua orang bisa menggambar, tapi tidak semua orang bisa mendapatkan ‘gambar’.

 

Aku dan Rarindra.....

Sudah bertahun tahun aku melihat gambar2 beliau di fotografer.net. Kini aku berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat cara beliau menghasilkan foto2nya. Rarindra terkenal dengan foto2 yang memperlihatkan ‘ray of light’. Sehinggakan ada yang mengandaikan bahawa ROL tersebut merupakan hasilan dari photoshop. Juga terdapat ramai fotografer2 yang cuba meniru gaya foto beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Nampak gayanya keberhasilan terbesar aku pada kali ini adalah bukan foto2 yang ku bawa pulang, tetapi pemahaman ku tentang bagaimana hendak menghasilkan gambar2 yang memperlihatkan ROL serta mempunyai kesan seperti sinematografi wayang gambar.

Wednesday, June 2, 2010

PhotoTravel Semporna













Pengail kecil di Pulau Omadal.

Salam rakan2 semua,
Aku baru sahaja menyelesaikan trip pertama aktiviti Photo Travel yang aku jalankan bersama sama rakanku mr. Zamrud. Perjalanan pertama ini kami buat ke Pulau2 sekitar Semporna, Sabah. Tempat ini adalah merupakan syurga bagi peminat2 fotografi kerana terdapat begitu banyak benda yang boleh dijadikan subjek foto, dari lanskap hinggalah kepada manusianya. Segalanya memukau.













Semua orang galak mengambil gambar.

Pada awalnya aku tidaklah menjangka projek ini akan berjaya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semua peserta yang terlibat begitu berpuas hati kerana mereka berpeluang untuk melihat sendiri gaya hidup masyarakat Bajau Laut, yang  tidak bernegara itu. Di samping itu
 mereka juga dapat mengambil gambar2 yang sukar utk di temui di tempat lain di Malaysia ini.
Terdapat juga peserta yang ingin lagi menyertai trip ke Semporna ini di masa akan datang. Hal ini amatlah mengujakan serta membakar semangat aku dan zamrud untuk meneruskan aktiviti ini di masa akan datang.

Mendarat di Pulau Sibuan.

Kami merancang untuk mengadakan trip kedua ke Semporna dan kawasan sekitarnya sewaktu bulan mengambang, kerana suasana malam bulan mengambang di pulau2 di situ adalah umpama siang hari. Untuk trip kedua ini juga kami akan mengubah tempat2 yang akan dilawati. Jadi kepada fotografer2 diluar sana yang berminat, tungguuuuu.... :)

sekian.


Saturday, May 15, 2010

Biar Foto Yang Bicara 3













Kulit buku - Malaysia-The walk of life.

Photographer : Yaman Ibrahim
Size : 8" x 10"
Pages : 164 - full color
Finishing : Matt Lam + Spot UV

Two types of Cover

> Hard Cover : 157gm Art Paper wrap on 1400gm Chipboard
> Soft Cover : 360gm Art CardProducts:Price for order:

> Hard Cover : RM149.00
> Soft Cover : RM98.00


Syukur Alhamdulillah, akhirnya buah tangan ku untuk pencinta Malaysia dan fotografi di Malaysia khususnya bakal terbit tidak lama lagi. Setelah meneliti pandangan2 yang di beri oleh pelbagai pihak di FB, akhirnya aku memilih gambar rumah suluk ini sebagai kulit buku, kenapa?

Kerana setelah meneliti akan buku2 tentang Malaysia di kedai2 buku merata Ibu kota, aku dapati hampir kesemuanya menggunakan KLCC di kulit mukanya. Seakan akan imej KLCC itu, walau bagaimana bagus sekali pun agak kurang mampu menarik mata pengunjung kedai buku. Aku faham bahawa KLCC itu merupakan lambang kemajuan negara ini, namun imej 'rumah suluk' yang aku gunakan ini juga merupakan sebahagian realiti kehidupan rakyat Malaysia, dengan peratusan yang agak tinggi juga.

Pendekatan 'Photo album' telah digunakan untuk menghasilkan buku ini. Ini kerana aku berharap ianya akan wujud sebagai sebuah buku fotografi, bukannya buku pelancongan. Pun begitu ianya boleh juga menjadi panduan kepada pelancong untuk lebih memahami Malaysia menerusi foto.

Akhir sekali aku berharap kepada rakan dan taulan agar dapat memberi sokongan kepada buku ini. Aku faham mungkin ada yang berasakan harganya agak mahal dan membandingkan dengan buku2 keluaran luar negara. Tapi fahamilah bahawasanya buku ini di cetak dalam jumlah yang sangat terhad (cetakan Malaysia), berbeza dengan buku2 luar negara yang dicetak dalam jumlah yang sangat banyak (di China pulak tu.. tapi masih dijual dgn harga tinggi).

Sokongan anda sangat2 di hargai....
sekian.
TK.

Monday, May 10, 2010

Biar Foto Yang Bicara 2

biar biar biar biarkanlah  mereka yang tidak mengerti itu mengarut tentang hal2 sampingan yang tidak membantu sesebuah karya............

foto merupakan sebuah karya seni?
masih boleh diperdebatkan.......

foto untuk komersial?
pun boleh dibincang panjang lebar......

foto engkau bagus?
belum tentu......

foto aku hebat?
siapa cakap..........

engkau bagus?
aku hebat?


aku rasa bukan diri sendiri yang memberi jawapan......
BIAR FOTO YANG BICARA

gambar hiasan semata mata........ :)