Wednesday, April 28, 2010

BIAR FOTO YANG BICARA


















Kedua2 cadangan kulit ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari rakan FB aku. Masing2 dengan pendapat yang 'masuk akal'. Terima kasih semua. Keputusan belum lagi di buat. :)


Selama bertahun tahun aku menekuni fotografi digital tanpa jemu2 hanya dengan satu tekad, bahawasanya pada suatu hari nanti aku boleh menghasilkan sekurang kurangnya sebuah buku tentang Malaysia bertunjangkan foto2 yang aku ambil. Alhamdulillah nampaknya cita cita aku semakin hampir menjadi kenyataan.Selama setahun lepas aku mula mengumpulkan bahan2 yang sesuai untuk buku aku, 'my malaysian journey'(mungkin akan bertukar tajuk lagi?).

   Kebanyakan gambar2 yang aku pilih lebih menjurus pada dokumentari dan jalanan, kerana itulah genre fotografi kegemaran ku. Aku cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum melalui gambar2 yang aku ambil. Aku sedar bahawa buku ini bukanlah boleh menggambarkan secara total tentang malaysia, tapi aku harap ianya sedikit sebanyak dapat memberi sedikit gambaran tentang negara ini kepada masyarakat dalam dan luar negara.

  Mungkin kita tidak sedar tentang betapa kepelbagaian bangsa dan budaya yang wujud di Malaysia ini sangat unik dan sukar di temui ditempat lain. Persembahan buku ini dibuat seringkas mungkin, tiada cerita panjang berjela, hanyalah foto dan keterangannya sahaja. Aku benar2 berharap "Biar Foto Yang Bicara".

  Gambar2 yang termuat dalam buku ini juga merupakan satu manifestasi dunia fotografi digital, kerana bukan semua gambarnya berada dalam keadaan 'pure', ada gambar yang mengalami proses editing seperti HDR dan sebagainya. Golongan 'purist' mungkin akan melihat hal ini sebagai  kurang sihat, tetapi aku sentiasa percaya bahawa menggunakan teknologi yang ada tidak salah, asalkan tidak menambah atau membuang elemen2 yang terdapat di dalam foto. Aku berasakan kita akhirnya akan akur dengan perubahan teknologi, jadi apa salahnya jika kita menjadi antara orang yang terawal mengikut arus perubahan. Atau kita akan di tinggalkan jauh di belakang.

Aku benar2 berharap bahawa buku ini bukanlah merupakan buku ku yang pertama dan terakhir. Aku juga berharap akan sokongan rakan2 dan umum keatas buku ini, kerana cetakan pertamanya adalah terhad. :)

Akhir kata: Biar Foto Yang Bicara.....

sekian.

3 comments: