Sunday, April 4, 2010

ada apa dengan 'PERTANDINGAN FOTOGRAFI'

Kalau kita bercakap pasal fotografi, pasti tak boleh lari daripada "pertandingan fotografi". Ada banyak pendapat tentang pertandingan foto ini, ada yang suka dan sudah pasti ada yang kurang suka. Sebabnya ada pelbagailah.. dari yang munasabah, sampailah kepada yang tidak masuk akal.

Ada apa sebenarnya dengan 'pertandingan foto' ini???

Kalau nak ikutkan aku senang saja lah:

1. melaluinya kita boleh menunjukkan bakat kita pada umum.
2. 'work' kita mudah di kenali ramai.
3. kita juga akan di kenali ramai.
4. mudah nak 'mencari makan' dengan fotografi.
5. paling penting... habuannya yang bukan sedikit, sekiranya kita menang.
6. untuk menang, kita terpaksa menghasilkan foto yang bagus dari segenap segi.

Namun terdapat juga orang2 yang memandang rendah pada fotografer yang gemarkan pertandingan. Hermmm... apa sebabnya secara tepat tidaklah pula dapat aku butirkan. Aku rasa untuk memenangi sesuatu pertandingan, foto kita perlu bagus, ikut tema, tepat dari segi teknikal dan sebagainya. Tapi ada setengah2 orang yang sudah lama dalam arena fotografi ni, memandang rendah atau sengaja merendahkan fotografer2 baru yang ingin mencuba nasib di bidang ini melalui pertandingan2 fotografi.

Pendapat aku mudah saja; GO for It lah..... yang penting kita tidak mengganggu gugat orang lain, serta kita dapat membuktikan kebolehan kita. kerana akulah 'FOTOGRAFER PERTANDINGAN'.

Sekiranya ada rakan2 yang memenangi pertandingan, aku tidak pernah mengungkapkan ayat "aku saja jer tak masuk pertandingan tu", kerana ini adalah ayat yang lahir dari manusia pengecut dan pendengki yang boleh memusnahkan bangsa!!

JOM IKUT AKU KE TAIPING ' NIKON PHOTO HUNT 2010' PADA 11/4/2010.

19 comments:

  1. sy nak ikut bole ke bro? naik skali dgn bro. sy xde transport ke sana plak ni... kekeke

    ReplyDelete
  2. alahaii... keta aku da penuh... cari la geng ramai2 tontong minyak dan tol.. pasti meriah.

    ReplyDelete
  3. gurau2 je bro... sy sendiri x sure lg dpt gi ke idak hari tu... bln ni byk plak program last minit...

    ReplyDelete
  4. ha ha takper... kalau keta aku ada space... no hal la...

    ReplyDelete
  5. salam bro..
    aku enjoy baca blog ko.. best..
    & harap satu hari nanti dapat jumpa ko face to face.. & boleh juga nuntut ilmu dari bro nanti..

    all the best bro.. thumbs up for your great works..

    -asin-

    ReplyDelete
  6. thanks bro!.. harap dapat ketemu suatu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. setuju.. banyak orang memandang rendah pada photografer yang suka join competition. Mungkin sebab diorang dengki tak? Biasanya, org yg mengata ni rasa dia bagus.. :)) cuba masuk competition, tengok sebagus mana kita bila kita terpaksa compete dgn beribu org dalam satu competition.. kan kan.. saya da pernah menang Nikon dan Canon photohunt.. saya kira tererr aa ehhh.. ekekekke

    ReplyDelete
  8. Saya kenal bro dari pertandingan Digital Camera Magazine(DCM) bukan versi Malaysia tapi versi UK. Your pushing us.. I mean "anak Melayu" out off Malaysian "box". Menang tak menang belakang kire.. tapi membanggakan orang Malaysia tuu yang power!!

    ReplyDelete
  9. Rashidi: Thanks!! :)

    Nazer: Jom ler...!! bila lagi nak tunjuk kehebatan dgn D300s tuuuu...

    ReplyDelete
  10. camera jer d300s,orgnyer d80 lagih :P, daftar kat saner terus erk.

    ReplyDelete
  11. daftar sana... jangan lambat... :D

    ReplyDelete
  12. canon pun buleh... kena bayar lebih sket .. :)

    ReplyDelete
  13. "aku saja jer tak masuk pertandingan tu".... Macam pernah dengar ungkapan tu bos!

    ReplyDelete
  14. he he he....zul, kalau kau pernah dengar ... aku no komen tu... ha ha

    ReplyDelete
  15. sorry baru nak update..... nampak gayenya aku tak ada rezeki di Taiping... tapi dua orang sahabat telah menang... Suhairy, tempat pertama dan Capix, saguhati... hermmm sekurang kurangnya geng kitorang tidak balik tangan kosong ha ha.....

    ReplyDelete
  16. ... Tapi aku menang 'Nikon photo contest' cultre and heritage.... tempat kedua.. hu hu...

    ReplyDelete