Monday, December 14, 2009

Hikayat 1001 kawan....

Orang tua tua kata berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Korang rasa betul tak perumpamaan tu? 

Pada aku, itu teramatlah betulnya kecuali sekarang ni ramai orang berkasih beribu-ribu (kalau boleh ler..). Sesama kawan biasanya kita mendapat benefit antara satu sama lain,  kita berkawan biasanya kerana interes yang sama. Sebagai contoh, aku sebagai seorang fotografer mempunyai ramai kawan2 di kalangan fotografer. Namun begitu ada juga kawan2 ku bukan terdiri dari fotografer.

Kat sini aku nak kongsikan konsep 'kawan' anutan aku.

 Apabila kita berkawan, kita perlu jujur.Tahu dengan jelas, apa tujuannya.  Tiada niat tersembunyi terutama yang tidak baik. Namun aku mengerti bahawa setiap manusia mencari kawan 'bersebab'. Kerana tiada guna kalau kita ada ramai kawan tapi tidak seorang pun boleh memberi faedah atau mendatangkan menafaat samada dari sudut spiritual atau materi. Jadi soal mengguna atau dipergunakan kawan adalah lumrah. Asal kita sedar tentangnya. Ini adalah sifat semulajadi manusia. Oleh kerana aku amat memahami tentang konsep ini maka kadang kala aku tidak perduli apabila berasakan ada antara kawanku yang mengambil kesempatan keatasku, tanpa membawa mudarat ke atas ku, kerana aku dengan sesungguhnya sedar bahawa di satu hari yang lain aku akan meminta pertolongan atau 'ambil kesempatan' keatas kawanku tu pulak!
 :D.

kawan: macam bungapi... cantik dilihat, silap sikit boleh membakar....

Mudahkan konsep 'kawan' ku?.... korang jangan lupa ada satu golongan kawan lagi yang kita panggil 'kawan baik'. Ini kira lain kes lah! Biasanya kita tak punyai ramai 'kawan baik'. Kalau dengan kawan aku boleh buat2 bodo aja atas isu2 yang ditimbulkan. Tapi bagi kes 'kawan baik' aku sentimental sket la..... :). yer la kan.. ngan kawan baik kita selalu berkongsi apa apa saja yang boleh di kongsi yer tak? Hatta kita sangat berlebih kurang dengannya. Kita mendengar masalahnya. Kita membelanya bila ada orang mengutuknya. Kita memandang tinggi padanya.

Tetapi yang selalu menyebabkan kita bengang ialah kawan yang rapat dengan kita lah! Orang yang selama ini kita pandang tinggi tu lah yang akan memandang rendah pada kita.... ha ha ha... salah tu kalau kita gunakan istilah memandang tinggi pada manusia, sebab balasannya adalah dia akan memandang rendah pada kita! Inilah yang berlaku pada aku.... ha ha ha... semenjak menerjuni bidang fotografi ni banyak rakan yang begini kujumpai.

Aku pernah ada kawan yang kononnya berkongsi minat dalam fotografi, ingin naik sama2, tapi sudahnya tanpa ribut, tanpa taufan, SENYAP. Tahu-tahu hantar SMS ' kunci studio ada dalam posbox'. Maklum dah jumpa partner baru.. ha ha ngan aku ni cuma kawan bukan rakan kongsi. 

Ada juga, telah menuding jari kearahku kononnya aku adalah penambah perisa keatas cerita2 tentangnya. Padahal aku memberitahunya tentang pandangan orang lain tentangnya supaya dia tau apa yang berlaku disekelilingnya, tanpa ada niat untuk memburukkan sesiapa. Salah rupanya langkah ku itu, niat baikku telah memakan diriku sendiri. Dia boleh mempercayai cakap orang yang tidak kenalpun siapa aku. 

Segala yang berlaku, aku terima saja dengan seadanya, sebab aku yakin dan pasti segala perkara yang ku lakukan memang dengan 'niat'. Dan aku tidak pernah berniat buruk terhadap orang lain. Bukanlah nak menegakkan benang basah atau berlagak baik, tapi aku sentiasa percaya akan diri manusia yang mempunya dua sisi. Terang dan gelap (macam foto) terpulanglah sisi mana yang lebih banyak. Bagi aku, akan ku cuba mengenepikan sisi gelap mereka dan hanya menumpukan pada sisi cerah. (walaupun dalam foto perlu kedua dua sisi.. kalu tak OE jadinya.. :D). 

Tidak ada manusia yang mempunyai sisi cerah semata. Jadi aku percaya jika kita mengasingkan sisi gelap dan cerah dengan berhati hati kita akan dapat berkawan dengan ramai orang. Pun begitu kadang kadang kita terlewat melihat sisi gelap kawan kita.. :) Sekiranya ini berlaku... pandai pandai lah cari jalan keluar.... kira jadikan kawan....

 "HI HI, 
BYE BYE" jer lah.. :D







3 comments:

  1. Setuju..! Kerana itulah kawan saya baik saya juga tak ramai.. cuma satu aja. Ala2 berkasih biar satu, kasih tu juga la kawan baik saya.

    Lain-lain, kira kawan2 Hi-Hi Bye-Bye ajalahh. Byk kawan saya yg macam ni.. diorang pun suka kita tak ada menyibuk dalam hidup diorang sepenuhnya.. Kawan2 mcm ni, kalau buat masalah, hati kita tak sakit sgt, kita pun bleh berkawan dgn diorang sampai bila2..

    Bab mendapat manfaat dari persahabatan pulak, hurmmm.. ada ker orang yg berkwn dengan seseorang sebab saja suka-suka?? tentulah, bila kita kawan dgn orang yg Genius, kita harap kita pun dapat tumpang Geniusnya juga ya tak?

    Sekianlahh.. apa2 pun.. manusia ni pelbagai.. tak semua titik bleh bersambung sempurna.. biasa lah tu..

    ReplyDelete
  2. dapat tempias kejeniusannya pun jadi laa... yer tak?

    ReplyDelete
  3. Yaman i suka la blog you.. ini first time i baca !!

    ReplyDelete