Seminggu Bersama RARINDRA PRAKARSA....



Pemandangan pagi di Tasik Situ Gunung....yang terletak di Sukabumi.
Setelah melihat sendiri cara beliau ‘membuat’ gambar, samada mencari subjek, menentukan angle, memberi arahan sehinggalah saatnya menekan shutter, membuatkan aku sedar bahawa gambar yang baik tidak selalu ‘datang’ kepada kita. Kita perlu mencari, melihat dan ‘mencipta’ gambar, agar gambar yang kita hasilkan tidak sama dengan gambar2 orang lain. Semua orang bisa menggambar, tapi tidak semua orang bisa mendapatkan ‘gambar’.

Aku dan Rarindra.....
Sudah bertahun tahun aku melihat gambar2 beliau di fotografer.net. Kini aku berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat cara beliau menghasilkan foto2nya. Rarindra terkenal dengan foto2 yang memperlihatkan ‘ray of light’. Sehinggakan ada yang mengandaikan bahawa ROL tersebut merupakan hasilan dari photoshop. Juga terdapat ramai fotografer2 yang cuba meniru gaya foto beliau samada di Indonesia atau di Malaysia. Nampak gayanya keberhasilan terbesar aku pada kali ini adalah bukan foto2 yang ku bawa pulang, tetapi pemahaman ku tentang bagaimana hendak menghasilkan gambar2 yang memperlihatkan ROL serta mempunyai kesan seperti sinematografi wayang gambar.