Semua fotografer tahu tentang pentingnya cahaya dalam
fotografi. Namun adakah mereka secara ‘sedar’ mempergunakan cahaya utk menghasilkan
foto yang baik? Lamaaaaa dulu aku
mengambil gambar asal jangan terlalu terang, atau terlalu gelap. Maknanya
dedahannya seimbang. Akhirnya aku berasakan gambar2ku BORINGGG!!
Aku mula tercari2 cahaya yang bagaimana yang mampu membuat
diriku bernafsu dalam menggambar. Akhirnya aku sedar bahawa cahaya yang datang
dari samping atau belakang begitu mengujakan pandangan, cahaya ini bersifat kontras tinggi dan kadang2 kita akan
bersua jenis yang lembut, terutama di waktu pagi2. Aku mula melatih diri “MELIHAT”
cahaya. Di mana pun aku pergi, perkara pertama yang aku amati ialah, keadaan
cahaya dan bayang serta arah matahari naik dan turun.
Untuk memahirkan diri serta menguasai seni melihat cahaya
bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi tidak juga terlalu susah, asalkan kita
rajin berlatih. Latihan melihat kontras antara cahaya dan bayang serta tona
yang berada di antara kedua2nya amat penting bagi kita utk melihat ‘kualiti’
cahaya semasa. Adakah ianya sesuai dengan kehendak kita waktu itu. Perbezaan
cuaca serta masa dalam sehari akan mempengaruhi jenis cahaya semasa, awal pagi
yang cerah kita akan dapat suasana cahaya lembut berkabus, selepas jam 8 pagi,
kontras nya mulai tinggi. Lewat petang pula cahayanya agak lembut tetapi
suhunya agak panas.
Mata kita cenderung untuk tertarik kepada cahaya yang paling
terang, jadi pastikan subjek kita berada dalam lingkungan yang mana kontras
gelap terangnya adalah jelas. Namun pastikan ruang terang itu tidak terlalu
menonjol sehinggakan mencuri tumpuan subjek.
Cahaya yang ‘ENAK’di pandang berada di sekeliling kita,
ianya berada di mana2 samada di desa atau di kota. Kita cuma perlu ‘melihatnya’
serta mengeksploitasikan nya untuk foto
yang bakal di hasilkan.
Gambar2 contoh serta rajah di bawah di harap mampu memberi
sedikit bantuan kepada anda dalam memahami bagaimana caranya untuk mencari
serta mengejar cahaya yang baik.
Cuba perhatikan kedudukan fotografer, subjek serta latar
dalam rajah dibawah.
Foto budak dan kerbau ini telah di ambil secara ‘back
lighting’. Iaitu cahayanya datang dari belakang subjek atau dari depan
fotografer. Pokok2 hutan di belakang telah menjadi pelindung kepada cahaya
matahari. Cahaya hanya terkena subjek serta pokok yg di depannya, manakala pokok
hutan di belakangnya tidak terkena cahaya dan kekallah ia sebagai latar yang
gelap.
Jarak antara subjek dan pokok hutan itu juga memainkan
peranan yang penting, begitu juga dengan ‘waktu’ foto itu di ambil. Biasanya untuk
efek sebegini, fotonya diambil sekitar jam 7 hingga 8.30 pagi. Fotografer yang
serius ‘mengejar’ cahaya perlu bangun pagi2 demi untuk sekeping foto yang baik.
No comments:
Post a Comment